Friday, 30 December 2011

First Trip to Mumbai

Hidup aku sebagai pelajar medik memang tiada life, buzy sangat-sangat dengan pelajaran yang Maha susah. Cuti hari ahad dah macam heaven bagi aku sebab hari itulah nak berehat, nak kemas bilik, basuh pakaian dan yang penting dapat outing. Kalau ada cuti dua hari pun dah suka sebab masa itulah aku boleh consider untuk pergi jalan-jalan. Memang tidak dirancang pun nak pergi Mumbai memandangkan  ada dua hari cuti maka aku gunakan masa itu untuk melancong. Dengar je Mumbai aku terus rasa nak join bila kawan aku ajak, kot-kot la kat sana dapat jumpa Preety Zinta ke...ehe

Trip kami hanya mengambil masa dua hari satu malam. Bunyinya agak rushing tapi bagi aku kalau nak pergi melancong kat bandar-bandar ni dua hari pun dah cukup, kalau lama-lama sangat nanti boring.
Kami bertolak pada pukul 9 malam menaiki bas VRL Express non-AC. Walaupun takda aircond tapi still sejuk sampai menggigil aku kat dalam tuh. Kami pergi hanya tiga orang sahaja. Masih teringat lagi satu peristiwa semasa berada di dalam bas itu dimana ada satu pasangan suami isteri bersama dua orang anaknya yang beragama islam yang miskin. Bayangkan mereka hanya membeli satu seat sahaja dan seat itu diduduki oleh si ibu dan sorang anaknya tetapi si ayah dan satu lagi anaknya hanya duduk di tengah-tengah laluan selama SEPULUH JAM!! Aku berasa sangat kesian dengan  mereka, rasa nak nangis pun ada.

10 jam telah berlalu dan akhirnya kami pun sampai dekat Victoria Terminal (VT station). Turun je dari bas memang aku terkejut melihat keadaan di Mumbai yang sangat teruk. Banyak sangat orang yang tidur dengan lenanya di kaki lima yang kotor beralaskan kotak atau surat khabar dan menutupi tubuh mereka dengan secebis kain. Apa la nak jadi dengan nasib mereka ni. Selain itu tempat yang kami turun tu bukannya sebuah stesen bas tetapi di bawah JAMBATAN dan kawasan sekelilingnya amat kotor kerana terdapat pasar ikan. Bau hanyir ikan sangatlah busuk. sabar je!

                                                Golongan yang merempat di bumi Mumbai

Selepas itu kami pun terus mencari hotel nak menginap. Dari VT kami menaiki teksi ke Colabar. Agak-agak jauh tak Colabar tu?hehe Cuma LIMA minit je kalau naik teksi dan bayarannya cuma Rs18. Teksi kat Mumbai ni agak murah la tapi make sure suruh diaorang gunakan METER. Nak cari hotel kami tak tahu kat mana jadi ada beberapa orang yang tolong kami. Dia bawa kami pergi dari satu hotel ke hotel yang lain. Pada mulanya dia bawak kami pergi usha hotel yang mahal tapi kami taknak sebab taknak bazir doit. Dapat hotel biasa dah kira ok janji bersih. Kemudian kami pun jalan lagi mencari hotel yang lain dan akhirnya jumpa jugak hotel yang murah, cantik dan selesa. Malangnya kami tidak diterima kerana salah seorang daripada kami terlupa nak bawa passport. Lagi pun aku tak salahkan dia juga sebab sebelum ini Prof KJ pernah cakap tak perlu bawa passport kalau nak p melancong dalam India.

Lepas tu kami try lagi cari hotel lain, dah hampir 10 hotel kami pergi dan semua taknak terima kami. Bukan ape mereka cuma takut pihak berkuasa Mumbai kenakan tindakan kepada mereka tambahan pula setiap hari polis Mumbai akan datang membuat pemeriksaan di hotel mereka. Operasi polis semakin menjadi terutamanya musim perayaan Krismas kerana sebelum ini Mumbai telah beberapa kali digemparkan dengan pengeboman. sebab itu la polis buat pemeriksaan ketat , takut ada orang nak bom sesuatu tempat. Penat gila cari hotel dah dekat 2 jam masih tak dapat, lastly kami pun merempat. Dari pagi sampai ke petang kami pikul beg kat atas belakang ni haa memang memenatkan. Nasib baik ada surau dan masjid. Kami salin pakaian kat surau je pada masa yang sama hati ini sangat bimbang memikirkan tempat tidur malam nanti. Takkan nak merempat pula!



                                 Bangunan-bangunan peninggalan British diiktiraf oleh UNESCO.



                                                                  Mumbai unitersity

                                                                              Menara Jam



                                                                                Taj Mahal Hotel

Ok sambung lagi*

Sepas berputus asa mencari hotel kami pun jalan-jalan di sekitar Colabar dan VT. Untuk makluman, Colabar adalah bandar perlancongan yang dipelihara oleh pihak berkuasa India dimana terdapat banyak bangunan peninggalan colonial British semasa era penjajahannya. Walaupun sudah berusia beratus tahun namun bangunan bersejarah yang masih tersergam indah dan cantik. Di Colabar terdapat banyak tempat menarik seperti GATE OF INDIA, VT terminal, National Museum, Elephant Cave dan sebagainya. Gate of India adalah mercu tanda bagi Mumbai kerana ia melambangkan pintu masuk utama pelabuhan kapal ke India.

Tanpa melengahkan masa kami mengambil teksi untuk memusing satu Mumbai tetapi kami juga tertipu dengan teksi berkenaan kerana kami terlupa akan penggunaan METER. Pada mulanya driver taxi itu meminta kami membayar sejumlah wang kepadanya dan dia akan bawa kami meronda-ronda di Mumbai sampai ke petang. Namun ku sangka panas sampai ke petang rupa-rupanya hujan di tengah hari.. Kurang asam betol driver tu dia bawa kami meronda hanya untuk 2 jam sahaja. Kami sempat pergi dekat are Marine Drive, Haji Ali Circle dan City Park sahaja. Kononnya tempat itu menarik la tapi bila pergi hampeh!



                                                         Kanak-kanak berkelah dekat taman

                                                     Arrrrrghh lega dapat minum air nyior

                                              National Museum of India-tiket bagi foreigner ialah rs500

Dekat tengah hari kami mengambil teksi yang lain untuk ke Dharavi dalam satu jam dari Colabar. Dharavi ni terkenal dengan barangan kulit dan banyak kedai kulit kat sana. Kalau nak pergi Dharavi ambil je teksi kalau guna meter bayar dalam rs 150-200 je. Sebelum sampai ke Dharavi kami melalui kawasan SLUM yang sangat kotor. Kadang-kadang ada juga teksi yang tersalah hantar apabila kita nak pergi kedai leather jacket tiba-tiba dia berhenti dekat kawasan setinggan tapi untuk mengelakkan berlakunya benda macam ni korang kene la bagi tahu specific shop yang hendak ditujui. Bagitahu nama kedai tu skali contohnya kedai kulit yang kami pergi ialah Kohinor Leather Shop. Barangan kulit kat sana memang murah juga dibandingkan dengan Malaysia. Quality barangan kulit kat sini juga memang tidak boleh dinafikan.

                   Menikmati makanan setelah hampir seharian berjalan. Beriani kat sini memang sedap!





Berhenti rehat dan solat di sebuah surau. Sempat juga kami salin pakaian kat sini.

Selepas makan kami pun meronda di sekitar Colabar dengan berjalan kaki sambil menikmati dan memerhati budaya kat sana. Kami juga membeli cendera hati dekat satu tempat dimana banyak gerai souviner dijual di sana. Lupa pulak nama Street tu apa.huhu Bila tengok pelancong-pelancong dari negara lain rasa seronok je sebab kita bukan berkeseorangan. Tambah-tambah si Aidil tu asyik je kene tegur kat pelancong dari Korea..Anneyong Hesangyong(sory la kalau silap splelling).

Kalau diikutkan peniaga kat sana memang mereka letak harga asal yang agak mahal tetapi kita kene pandai la negotiate dengan diaorang ni. Inilah masanya nak kencing mereka balik.haha Habis tu apa lagi, kami pun bargain harga teruk-teruk sampai dapat kurang 80%!! Kalau mereka tak nak bagi kami blah je kemudian beberapa saat selepas tu pasti mereka panggil balik dan bersetuju bagi harga yang kami mintak.

Sesuatu yang paling menarik disini ialah ada segelintir peniaga yang tahu  serba sedikit perkataan dalam bahasa Melayu. Mungkin  sebelum ini mereka pernah belajar daripada pelancong dari Malaysia dan Indonesia.






Kami shopping sakan la kat sini

Gate of India






Setelah melawat Gate Of India, kami  menaiki kereta kuda yang berada bersebelahan dengan hotel Taj Mahal. Bayarannya agak mahal la tapi sebab nak merasai pengalaman kami pun redha je. Kami dibawa mengelilingi bandar sekitar  Colabar dan VT lebih kurang satu jam. Ok la walaupun tak best sangat at least kami dapat rehat kat atas kereta kuda tersebut.

Kemudian , secara tak sengaja kami terserempak dengan pelancong dari Malaysia iaitu Puan Bibi dan keluarganya. Seronok bila dapat jumpa Malaysian kat negara orang nih. Lepas tu kami bersembang je sepuas-puasnya sampai tak sedar bahawa telah hampir 2 jam kami berbual-bual. 

Mak Cik Bibi,suami dan anaknya.

 Nasib menyebelahi kami akhirnya pada pukul 12 tengah malam dapat juga menginap di sebuah hotel.

Aku bersyukur sangat kerana malam itu kami dapat menginap di sebuah hotel. Kami menemui hotel tersebut semasa sedang berehat di masjid. Dalam kebuntuan memikirkan tentang hotel untuk kami tidur pada malam itu tiba-tiba salah seorang daripada orang masjid  menegur kami. Dialah yang membantu kami mendapatkan hotel berkenaan. Sebenarnya hotel itu terletak beberapa  tingkat lebih atas daripada masjid berkenaan. Lega sangat kerana dapat bermalam kat hotel dan kami pun tidur dengan lenanya kerana penat yang teramat sangat. Keesokan harinya pagi-pagi lagi aku dan Hanif  keluar menghirup udara segar di Gate of India. Suasana waktu pagi di sana sangat indah.


                                                                            
pergi shopping mall dekat Bandra


Keesokan harinya kami hanya berjalan-jalan di Bandra. Pagi itu dekat pukul 11 kami terus check out dari hotel dan meneruskan perjalanan ke Bandra sampai petang. Kemudian kami balik ke Colabar dan terus ke VT untuk menaiki bas pulang ke Belgaum.

bergambar bersama kanak-kanak area setinggan. sekali tengok dah macam slumdog millionare kan..haha

Banyak perkara yang aku dapat melalui pengalaman semasa trip kali ini walaupun terdapat sedikit masalah namun aku berasa sangat enjoy. Trip ke Mumbai ini adalah antara trip yang paling baik dalam hidup aku kerana mengajar aku erti kesabaran dan persahabatan..sekian..

Wednesday, 28 December 2011

USM-KLE International Medical Programme, INDIA


                                 Sedikit sebanyak tentang fasiliti yang disediakan di USM-KLE.


                                                             USM-KLE First Batch Students




Bangga tengok logo USM kat India


USM-KLE at night

USM-KLE adalah gabungan kerjasama antara dua buah universiti iaitu Universiti Sains Malaysia dan Karnataka Lingayat Education India. Idea penubuhan USM-KLE sebenarnya dicetuskan oleh Dr. Prabhakar Kore yang merupakan orang paling tinggi la dalam KLE society nih. Beliau juga memiliki Prabhakar Kore  Hospital yang terletak bertentangan dengan USM-KLE. USM-KLE ini didirikan dalam satu struktur sahaja yang mana mengandungi lima tingkat bangunan. Tingkat pertama dan kedua terdapat pejabat-pejabat utama seperti director office, dean office dan Biochemistry department.

Prabhakar Kore Hospital

suasana pagi hari semasa kami nak p kuliah

Halaman depan dari pandangan atas

Pintu masuk utama 


Koridor yang sangat CANTIK!!

Bilik MDL dilengkapi dengan LCD TV

Bilik ini digunakan untuk praktikal biochemistry dan physiology, belajar anatomy menggunakan model-model anatomy yang disediakan dan juga mengadakan peperiksaan SSA dan OSPE.

Lecture Hall 1

Inilah kelas kami, tempat dimana kami mendengar leteran lecturer dari pukul 8 sampai pukul 5 setiap hari kecuali hari ahad. Belajar medik memanglah memenatkan dan sangat mencabar tetapi bagi kami kesusahan itu telah menjadi kebiasaan, bak kata orang bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian kan. Bilik lecture satu ini dilengkapi dengan kerusi yang cukup untuk seratus orang pelajar, ada white screen kat depan,  air conditoner, papan hitam kecil,  LCD TV untuk rakam semasa sesi pembelajaran dan sangat kondusif untuk sesi pembelajaran.

Dissection Hall

Dissection hall ini terletak di tingkat lima bangunan. Ia merupakan sebuah bilik yang sangat besar menempatkan 10 dissection table dan satu bilik untuk menyimpan cadaver. Keluasan bilik ini sangat selesa untuk student membedah mayat serta belajar anatomy manusia melalui cadaver yang disediakan. Di India pembekalan cadaver bukanlah menjadi suatu masalah malah ia adalah sesuatu yang biasa bagi seorang mati untuk mendermakan jasadnya kepada sekolah perubatan bagi tujuan pembelajaran. Mungkin inilah satu keunikan belajar dekat India.

Makmal

Discussion Room

Bilik inilah biasanya kami gunakan untuk SGD (small group discussion)  dan PBL (problem based learning). Para pelajar akan diberi soalan-soalan yang berkaitan dengan topic yang dipelajari di dalam kelas dan akan dibincangkan di sini pada waktu yang telah ditetapkan. Seorang lecturer akan bersama-sama dalam perbincangan itu untuk 'guide' pelajar disamping menjadi tempat rujukan kepada kami apabila ingin bertanyakan sesuatu kekeliruan tentang pelajaran. Jadi setiap pelajar perlu bersedia terlebih dahulu sebelum memasuki discussion room dan mengambil bahagian dalam perbincangan.

Reading Room

Anatomy Museum

Anatomy Museum ialah sebuah bilik dimana terdapat banyak spesimen anatomy manusia dari kepala sampailah ke bahagian kaki yang diletakkan di dalam bekas kaca kedap udara. Spesimen itu diawet menggunakan Formalin. Bahan-bahan yang disediakan disini sangat berguna untuk membantu para pelajar memahami anatomy dengan lebih baik.



University address  :  USM-KLE International Medical Programme,
                                 District Stadium Road, J.N.M.C. Campus, Nehru Nagar,
                                 Belgaum-590010. Karnataka, INDIA.
Email                      : director@usmkle.edu.in 
website                   : www.usmkle.edu.in








There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...