Sunday, 16 December 2012

Hari Terakhir Di Melbourne

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog ini. Pertama sekali izinkan Azhariyman membahasakan diri sebagai "saya" kerana perkataan saya itu lebih sopan berbanding "aku". Jika mengimbau kembali kenangan semasa di sekolah rendah, ada seorang cikgu pernah bagitahu supaya jangan guna perkataan aku sebab bermaksud "hantu". ahaha! Then saya nak minta maaf kepada follower blog ini kerana saya tidak dapat follow anda balik kerana masalah teknikal. Tak tahu apa masalah tetiba keluar NOT FOUND!! Hernn

Back to our business..(*___*)

Cerita tentang Australia masih belum habis lagi tapi kita sudah pun berada di pertengahan perjalanan kembara ini. Post ini masih berkisarkan pengalaman kami di Melbourne dan syukurlah ini adalah post terakhir tentang Melbourne. Hari ini ialah 1 September 2012 dan merupakan hari yang kesembilan kami di benua terkecil itu. Masih ingatkah anda tentang tragedi kehilangan beg milik Saiful itu? Sebenarnya pagi itu kami menerima panggilan dari Melben Airport yang mengatakan bahawa beg kepunyaan Saiful telah ditemui dan sudah dibawa ke airport berkenaan. Alhamdulillah. Syukur sangat kerana selesai juga masalah yang menghantui kami semenjak menjejakkan kaki di Melben. Reaksi Saiful ketika itu memang happy sangat dan barulah dia bersemangat untuk menempuh hari-hari yang masih tersisa di sini.

City Circle-free of charge!

Sekitar pukul 8.45 pagi kami bersiap siaga dan mengemas barang kerana kami akan check out tepat pukul 10 pagi nanti. Flight untuk ke Sydney masih lambat lagi iaitu pada pukul 8 esok hari. Jadi kami hanya menyimpan luggage kami buat sementara waktu di store YHA Hostel dan bayarannya cuma 3 Dollar sahaja. Berdasarkan pelan asal, kami akan overnight di Melben airport pada malam ini kerana ingin berjimat-cermat. Bagi memenuhi masa yang terluang ini maka hari ini kami akan berjalan-jalan ke tempat yang masih belum sempat pergi di sini. Oleh kerana ketidakpuasan membeli-belah souvenir maka kami akan sekali lagi singgah di Victoria Market untuk shopping habis-habisan sampai pengsang. 

Sampai di Victoria Market

Suasana di dalam Victoria Market. Not bad! macam Rantau Panjang je.Haha


Ini alatan tradisional orang asli Australia

This is quite funny. Bell sex!


Boomerang

First time jumpa kaktus yang colourful cenggini


Waduh banyak doit sih cewek-cewek indon ni siap boleh jalan-jalan segala.

Street performers ala orang asli

Kami sampai di Victoria Market awal sikit sebab tak nak jadi macam semalam. Untuk makluman anda sekali lagi saya ingin beritahu bahawa market ini beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 1 atau 2 tengah hari. Jadi faham-fahamlah ye kalau nak shopping barang kat sini. Kenalah datang awal tau! Kat sini saya shopping  fridge magnet, keychain, pencil box kangaroo dan beberapa helai baju "I LOVE MELBOURNE" yang dikirim oleh kawan. Kat family saya tak beli baju sebab ingat nak belikan mereka baju "I LOVE SYDNEY" bila sampai di Syney nanti. Sydney kan lagi pemes berbanding Melben dan semua orang kenal Opera House tu kan. Saya juga beli satu je boomerang yang paling besar dan harganya cuma $7.5! Rasanya itulah harga yang paling murah yang saya dapat setakat ini. Lama jugak kami lepaking dekat Victoria Market sehingga pukul 1 tengah hari. Selepas itu kami melawat University Of Melbourne. Kami ke sana dengan berjalan kaki sahaja walaupun kami tahu jaraknya agak jauh. Cuma saja nak penuhi masa yang tersisa ini dengan aktiviti sikit.

University Of Melbourne

Lunch di Nasik Lemak House

Dari UniBelben tu kami meneruskan perjalanan ke Museum berpandukan peta yang kami ambil di YHA Hostel. Jarak dia agak jauh. Memang tidak dinafikan la tapi nasib baik je masa tengah jalan tu terhidup aroma nasi lemak. Then kami pun berpaling ke kiri dan secara kebetulan kami ternampak kedai menjual nasi lemak. Jadi kami terus la bertandang ke sana. Bukan senang nak jumpa nasi lemak di negara orang. Actually restoran ini kepunyaan orag Malaysia yang berbangsa Cina. Kat sana menu utama ialah nasi lemak! Memang tidak hairanlah sebab nama kedainya pun Nasi Lemak House. Antara nasi lemak yang ada ialah nasi lemak Kelantan, nasi lemak Special dan Nasi lemak Biasa. Makanan lain seperti mee goreng, mihun dan macam-macam lagi makanan Malaysia dapat ditemui. Rasanya kedai ni halalkot sebab kat sana saya ternampat sijil halal yang terpampang di dinding bahagian dalam. Saya makan nasi lemak Kelantan je sebab rindu sangat dengan kampung halaman. Ironisnya dekat Kelantan saya tidak pernah pula jumpa nasi lemak yang dinamakan Nasi Lemak Kelantan. Hahah!


Tandas awam Australia

Entry to Melbourne Museum

IMAX yang terletak bersebelahan dengan Melben Museum

Pada masa tu IMAX tengah buat pameran tentang Tamadun Mesopotamia, Babylon

Inilah dia Melbourne Museum

Ahaha sempat lagi main hide and seek

Melben Museum( bahagian depan)

Bunga Lavender hidup subur di sini tapi bila cium tak bau pun

Solat jamak zohor-asar di satu sudut halaman museum itu

Sesetengah orang muda kat sini suka sangat lepaking dekat padang dan taman-taman

Aktiviti hari ini sebenarnya sangat bosan. Kami cuma meredah bandar Melben untuk menghabiskan masa yang ada padahal hati kami sudah tidak tertarik lagi dengan Melben. Tak tau la kenapa. Lagi bagus kalau pagi ini kami dapat bertolak terus ke Sydney. Okeh lepas je makan nasi lemak yang sedap itu kami terus  berjalan ke Museum. Melben museum ni terletak di kawasan Clinton dan jauh la jugak dari pusat bandar. Sampai sahaja dekat museum tu kami lepak sekejap di IMAX sebab dah letih nak jalan. Museum tu memang besar gila, siap ada taman bagai tapi saya tidak tahu mengapa pelancong tak boleh masuk. Bagi saya musem adalah tempat yang sangat bosan untuk dilawati melainkan kita minat sejarah tempat itu. Kami lepak dekat sana sampailah pukul 5 petang dengan hanya duduk berehat di atas rumput sambil memerhatikan kelibat mat saleh di sana. Pastu kami menaiki City Train dan kembali ke YHA Hostel untuk ambil barang-barang kami.

Naik City Circle untuk kembali ke YHA Hostel

Ingatkah anda tentang Nassier? Kawan kami yang menemani kami di Melbourne sejak hari pertama sampai sekarang. Izinkan saya untuk lari topik sikit. Actually Nassier tu sangat informative and very aware of surrounding. Dia tahu banyak benda pasal Melben, bukan sahaja jalannya malah sejarahnya juga. Dia banyak bercerita mengenai Melben, orang-orang Melben dan juga komuniti Islam yang ada di sini. Dia cakap dekat dengan Monash Universiti on the way nak ke airport  tu ramai gila orang Islam yang tinggal di situ dan kebanyakannya adalah pelarian dari Timur Tengah seperti Afghanistan, Lubnan dan yang sewaktu dengannya. They seek refuge in Australia. Biasanya mereka datang dan mereka akan berniaga dengan membuka kedai makan dan lain-lain. Kat Melben banyak sangat makanan halal. kalau tak silap saya dekat Melbourne Centre tu ada banyak restoran Malaysia seperti Chillipadi dan juga restoran Arab, Turkey dan Indon.

Nah informasi tambahan yang pernah diberitahu oleh Nassier:

1. Muslim population in Australia: 2% 
2. Good prayer sites access - kat main Uni mmg ada (e.g Monash University, RMIT, UniMelb). 
3. Kat centre of Melbourne, point of interest - Melbourne Madinah. Website kat bawah eh:
http://www.mercymissionworld.org/australia/our-programs/melbourne-madinah
4. Melbourne & Clayton (where I live) sangat meriah waktu Ramadhan. Banyak tempat utk break your fast and tarawikh. Depends on tempat, ada yang panjang, ada yang sangat pendek.

Singgah di Southern Cross Station untuk menunaikan solat

Sementara nak ambil barang lepas maghrib ,maka kami pun lepak di sebuah kedai kopi depan YHA sambil menunggu Nassier yang dalam perjalanan datang untuk menghantar kami ke Airport. Dalam pukul 6 lebih Nassier pun sampai. Then kami terus ambil barang-barang kami di YHA dan menuju ke Southern Cross Station kerana di sana ada prayer room. Kami menunaikan solat di sana la. Kat sana kami menunggu kawan Nassier yang ingin datang untuk menghantar kami ke Tullamarine Airport. Dalam pukul 8 kawan Nassier pun tiba. Masa on the way ke sana tu tiba-tiba plan kami bertukar. Kawan Nassier menawarkan kami untuk bermalam di rumahnya dahulu kerana rumah mereka juga dekat dengan airport berkenaan. Lepas pikir sejenak kami pun bersetuju walaupun dalam hati rasa serba salah dan malu sebab tak pernah kenal pun abang tu. Malam itu juga dia membawa kami ke airport untuk mengambil beg Saiful dan terus pulang ke rumah mereka di Monash University.

Berkenal-kenalan dengan abang-abang dekat Monash University

Sedang menunggu flight ke Sydney 

Di rumah abang Aizat tu kami mendapat layanan yang sangat baik. Kami berkenalan dengan semua yang ada di rumah itu dan mereka juga sangat peramah. Sambil berborak tu kami share sikit experience belajar di India. Semua kebaikan dan keburukan negara India kami cerita dan ternyata mereka juga terkejut dengan benda-benda pelik yang kami hadapi di negara India, yang mana tidak pernah ditemui di Australia. Apa pun kami sangat berterima kasih kepada mereka kerana membenarkan kami tumpang tidur di rumah mereka. Hanya Allah saja yang dapat membalas budi baik kalian. On the next day kami bertolak ke airport seawal pukul 6 pagi. Mereka sempat menemani kami di airport pagi itu sebelum flight kami tiba. Mungkin inilah hari yang ditunggu-tunggu dan kami pun sudah tidak sabar lagi untuk menjejakkan kaki di Sydney. Nantikan post akan datang  mengenai Sydney yang merupakan kemuncak perjalanan kami di Australia.

Sekian..



Tuesday, 27 November 2012

Melbourne From The Sky

Entry to Eureka Skydeck Tower

Post kali ini adalah sambungan daripada post sebelum ini tentang hari kedua kami di Melbourne. Saya saja membuat post yang berasingan untuk hari kedua kerana banyak sangat gambar kami tangkap. Lagi pun kalau letak gambar bebanyak nanti orang malas pula nak baca. Okeh pada hari yang kelapan ini kami telah singgah di DFO, Victoria market, Federation Square, Flinder's Street Station dan seterusnya kami akan melawat menara paling tinggi di Melbourne iaitu Eureka Skydeck Tower. Nahh menara apekah itu ye? Ini pun first time saya dengar tentang menara Eureka Skydeck. Sebelum ni memang tak tahu langsung wujudnya menara ini.

Eureka Skydeck merupakan mercu tanda Melbourne yang baharu dan ia terletak di tebing Sungai Yarra. Menara ini juga mempunyai 88 tingkat dan ketinggiannya adalah 297.3 meter. Hermm i think this is another 88 floor tower in the world after KLCC. Surprising or not inilah kali pertama saya memasuki menara yang tinggi. Walhal kat KL tu tak tergerak langsung untuk saya menjejakkan kaki ke tingkat atas menara KL. Aktiviti macam ni sebenarnya agar bosanlah sebab kami just naik ke tingkat paling atas menara dan duduk sambil watching sunset sampailah malam.


Kami berada di bahagian yang tidak dilitupi kaca di tingkat 88 menara Eureka Skydeck

Pengunjung memerhati panorama indah bandar melbourne

Bangunan berdekatan Federation Square, diambil dari atas

Rod Laver Arena-home to the Australian Open tennis tournament


Subhanallah indahnya melihat matahari terbenam dari Eureka Skydeck

Dalam masa sekajap saja Melben bertukar wajah dan dihiasi dengan cahaya neon di segenap penjuru

lampu dekat tingkat 88 bertukar setiap saat dari warna jingga, merah, ungu dan biru

Dekat Federation Square kami sebenarnya sedang menunggu Nassier yang datang dari Monash University untuk bawa kami ke Eureka Skydeck dan pada sebelah malam pula kami akan berjalan di tepi Yarra River sambil menikmati keindahan Bandar Melbourne. Sekitar pukul 5 petang Nassier pun sampai. Kami sangat berterima kasih kepada Nassier kerana sudi luangkan masa untuk bawa kami jalan-jalan di sini sedangkan dia sangat sibuk dengan kuliah. 

Kami cuma berjalan kaki dari Federation Square ke Eureka Skydeck. Apa yang saya lihat, bandar Melben sangatlah sibuk dan langsung tidak menenangkan. Secara jujurnya saya memang tidak suka bandar ini dan saya tidak rasa happy dengan tempat ini. Mungkin ada sesuatu yang kurang menyebabkan hati saya tidak tertarik dengan Melben. Harga tiket masuk ke Eureka Skydeck bagi student price adalah AUD14(RM40). Then kami pergi ke tinggat 88 menggunakan lift terpantas di dunia. Kalau tak silap, lift tu cuma mengambil masa selama 30 saat sahaja untuk ke tingkat paling atas.

Pandangan dari sebelah kiri Eureka Skydeck

Melbourne City, pemandangan dari sebelah kanan Eureka Skydeck

Flinder's Street Station, pandangan dari Yarra River



Pulang ke YHA Hostel untuk dinner dan solat

Alhamdulillah Nassier sempat lagi bawakan untuk kami spagheti buatannya

Hampir dua jam kami berada di atas Eureka Skydeck sampailah diri ini rasa sangat bosan. Then kami pun turun pada pukul 7.30 pm.  Apa pun menara Eureka tetap memberikan pengalaman yang menakjubkan buat kami. Walaupun Melbourne City amat sibuk di bawah tetapi dari langit Melbourne bandar ini sangat cantik dan mempesonakan. Nassier cakap once kalau dah sampai Melben memang wajib melawat Eureka Skydeck. Dari sanalah anda boleh melihat the whole city of Melbourne and get more fascinating experience. Tiba dekat YHA Hostel kami terus solat dan makan spageti yang dibawa oleh Nassier. Alhamdulillah, Nassier sangat baik hati dan dia siap berikan Saiful beberapa helai baju dan berus gigi, memandangkan Saiful kehilangan beg pakaiannya. 


Watching the hell fire


Kami lepak dekat bilik sampailah pukul 8.30 malam. Then kami keluar untuk melihat HELL FIRE yang akan berlangsung selama SATU MINIT pada pukul 9 MALAM setiap HARI. Timing kenalah tepat sikit untuk ke sana, kalau tak nanti terlepas pula sebab hell fire ni cuma satu minit je. Dari YHA Hostel tu kami jalan je ke area sebelah Southbank. Saya tidak tahu kenapa ia dipanggil hell fire. Mungkin kerana api yang keluar itu sangat besar sehingga mampu mencerahkan kawasan di sekelilingnya. Luckily kami sampai pada waktunya. Sambil menunggu hell fire nak keluar, kami menyaksikan persembahan street performance dekat kaki lima tuh. Exactly pada pukul 9pm, tetiba api yang kejinggaan pun keluar. Memula api tu kecik je, lama-lama ia jadi makin besar. Actually tak feel pun tengok hell fire tapi kami layan je. Kat Malaysia mana ada benda macam ni kan.

Di hadapan National Galery of Victoria


Lepas tengok hell fire, kami pun menghabiskan masa dengan meronda-ronda bandar Melbourne. Kononnya ingin menikmati suasana malam di Melben la. Next kami kembali ke Federation Square dan di sana tak ada apa pun cuma dapat tangkap gambar bangunan Flinders Street Staion yang berwarna kuning. Btw bangunan itu nampak lagi menyerlah pada waktu malam. Seharian berjalan di Melbourne City memang memenatkan. Tambah pula dengan suhu yang amat sejuk menjadikan kami malas untuk menjelajah bandar ini.

Sekian..

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...