Friday, 13 January 2012

Gharkul: A Home & Hope For Aged People

Assalamualaikum..

Entry kali ini akan menceritakan pengalaman kami semasa melawat rumah orang tua Gharkul baru-baru ini. Aktiviti ini dibuat semasa blok CFCS (community & family case study) dimana kami dibahagikan kepada 4 group yang terdiri daripada 22 orang pelajar. Group 1&2 diberi peluang melawat Gharkul manakala group 3&4 melawat mental retarded school.

Gharkul terletak di Benkanhalli village(Bennali) kira-kira 6km dari Bogarves Circle atau 10km dari USM-KLE, 30 minit perjalanan.  

Kenapa Gharkul dibina?

Objektif Gharkul ialah untuk menyediakan perlindungan dalam homely athmosphere kepada warga tua, yang datang jauh dari rumah asal mereka kerana masalah-masalah tertentu. Warga emas yang tidak berkahwin, tidak mempunyai anak, ataupun mereka yang tinggal berasingan dengan anak-anak mereka dengan berbagai sebab boleh tinggal dengan gembiranya di Gharkul sambil menghabiskan sisa-sisa hidup mereka dengan tenang dan selesa. 

Bagi mendirikan Gharkul sudah pasti mempunyai cabaran yang besar dan tidak mampu diuruskan oleh orang perseorangan. Oleh itu, SWAMI CHAYA PRATISTHAN telah diwujudkan pada 2001. sejak ditubuhkan, ramai warga tua enjoy hidup mereka di Gharkul dan kebanyakannya terus tinggal di sana dengan happy sekali.

Siapa yang mencetuskan idea penubuhan Gharkul?

Shri Mukund Potdar, merupakan seorang jurutera pertahanan bercita-cita ingin menjaga bapa mertuanya yang menderita sakit sendi (artheritis) sehingga tidak mampu berjalan jauh. Pada 2001 Mukund telah menyediakan sebuah tempat yang kecil untuk bapa mertua kesayangannya tinggal. Lama-kelamaan, ramai orang tua yang lain meminta kebenaran daripada beliau untuk tinggal di rumah berkenaan. Sejak itulah beliau mula membenarkan orang tua yang lain tinggal sama di rumah itu. Tahniah Shri atas sifat pemurah dan baik hati kamu..

Gharkul yang lama..

Ditubuhkan pada 26 april 2001 dimana terdapat 22 orang pendaftar iaitu 2 orang lelaki dan 20 orang perempuan. Hari ini juga terdapat 22 orang ahli, 1 lelaki dan 20 orang perempuan.


Gharkul yang baru..
masih dalam pembinaan.....

                                          Bangunan ini menelan belanja sebanyak Rs21514400.00

                                                       Bangunan ni baru 10% jer siap.

Yuran kemasukan ke rumah Gharkul ialah Rs15000 (RM1000) utuk pendaftaran dan Rs3000 (RM210) yuran bulanan. Rs30000 (RM2000) dibayar sekali seumur hidup manakala yuran perubatan pula diuruskan oleh keluarga mereka.

Sebab kenapa mereka tinggal di Gharkul:

1-Kebanyakan mereka tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak. Jadi mereka tidak mempunyai
   penjaga.

2-Untuk mengelakkan mereka berasa stres tinggal berkeseorangan

3-Sesetengah daripada mereka mempunyai keluarga tetapi malangnya mereka tidak mampu adjust
   dengan cara hidup keluarga. Akhirnya mereka dihantar ke Gharkul.

4-Sesetengah mereka juga mempunyai anak-anak yang sudah berkerjaya tetapi disebabkan
   kesibukan bekerja, mereka dihantar ke sini oleh anak-anak mereka sendiri.
 
                                                                            Balkoni

Terdapat 7 bilik tidur dan setiap bilik ada 3 hingga 6 katil. Setiap bilik adalah disumbangkan pembiayaannya oleh penderma-penderma tertentu. Bilik itu juga dilengkapi dengan attached bath room, kipas dan pencahayaan yang jelas. Servis telefon juga disediakan di bilik pejabat untuk kegunaan sekiranya berlaku apa-apa kecemasan.


                                 Antara Fasiliti yang disediakan di Gharkul

                                                                   Dining hall..siap ada TV lagi!!

                                                         Dapur yang cukupluas dan selesa.

Dapur ini sangat luas dan dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap seperti sinki, dapur masak, dapur gas, peti, alatan dapur, bilik simpanan bekalan dan sebagainya. Biasanya tukang masak disediakan oleh pihak pentadbir Gharkul untuk menyediakan makanan kepada mereka. Mereka mempunyai jadual  makan yang lengkap iaitu sarapan pagi pada 9.00am, makan tengah hari pada 1.00pm, minum petang pada pukul 4.00pm dan makan malam pada pukul 8.00am. Semua makanan yang disediakan berunsurkan vegeteranian dan makanan yang berminyak serta berlemak dilarang sama sekali.

Bilik tidur mereka..Barangan seperti katil dan locker tu dibawa dari rumah lama mereka untuk sementara waktu, sebelum pihak Gharkul menggantikan yang baru. Rutin harian mereka ialah tiap-tiap hari mereka akan bangun seawal pukul 5.30am dan mereka akan sembahyang serta berjalan-jalan di balkoni.

                                                    Attached bath room yang selesa dan luas..

Laundry room- dilengkapi dengan mesin basuh lagi. pakaian mereka dicuci setiap hari oleh pekerja yang disediakan.

Bangunan yang siap sekarang hanyalah 10 percent sahaja!! sementara 90 percent lagi masih dalam pembinaan. Bahagian bangunan yang masih dalam pembinaan ini akan disediakan perpustakaan, lebih banyak bilik akan dibina, dining hall akan diperbesarkan, bilik Doctor akan disediakan, bilik sakit dan juga temple.

                                                Haishh derma tapi nak nunjuk..xleh jadi nih..



Erwin dan yang lain mencatat serba sedikit tentang kehidupan mereka di Gharkul sebab kami kene buat presentation pulak kat kelas.

                                                                   Berinteraksi dengan nenek.

                                               Dari raut wajahnya tersimpan sejuta makna


                                                     Mereka menikmati sedikit juadah petang

                                Buaian juga turut disediakan sebagai leisure activiti tambahan la.

Aktiviti lain yang turut diadakan ialah sambutan majlis perkahwinan dan yang paling penting menyambut hari jadi mereka.

         Pak cik yang kat tengah itulah yang bersusah payah menjaga orang-orang tua kat Ghakul nih.

                                                           Bye..next time kami datang lagi..

Ahkir kata, renungkanlah ayat ini,
" seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak tetapi malangnya sepuluh orang anak belum tentu lagi mampu menjaga seorang ibu yag sudah tua renta"



10 comments:

  1. Mewah jugak yer tempat nih. Fasilitis pom nampak macam ok doh dengan keadaan negara India tuh. BY the way, mung fasih doh ko berbahasa india? Nampak cam yakin jer kecek ngan makcik tuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk aku kecek english ngan dio..haha main2 ngn ore india ,sep dio pandai speaking..makcik tu sebenarnya professor..:)

      Delete
  2. mesti makcik n pakcik kat sana hepy kan....emm..btw,bwk oleh2 x pegi sana??hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah mereka sangat hepy dapat jumpa kami..ini first time kami pergi lawat mereka,mmg tak prepare apa2..next time kami raikan mereka dengan lebih meriah:)

      Delete
  3. Replies
    1. dan syurga itu dibawah telapak kaki ibu..:)

      Delete
  4. macam mahal je yuran dia....xde diskaun ke???? mcm kesian plak utk penghuni tu nk bayar.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..mahal kan..tapi yg masuk garkul suma kaya-kaya..

      Delete

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...