Monday, 2 January 2012

Gulmarg Kashmir

Welcome to Gulmarg


Pada hari kedua kami di Kashmir, kami pergi ke Gulmarg, tempat yang famous untuk meluncur salji selain mempunyai Cable Car terpanjang di dunia. Mengikut driver kami  Irfan Khan, Gulmarg itu bermaksud "Gunung yang diliputi bunga-bungaan" kerana pada musim panas kawasan gunung ini akan dihiasi dengan pokok-pokok pine yang menghijau serta bunga-bunga yang mekar. Disamping itu, terdapat banyak kambing biri-biri ternakan oleh kaum Gypsie yang hidup secara nomad. Kaum gypsie ini akan berpindah dari sana ke Jammu apabila musim sejuk dan akan kembali selepas tamatnya winter. Diaorang cakap kalau nak tengok Kashmir yang betol-betol datanglah time summer.

Untuk sampai ke kawasan atas gunung itu kami terpaksa mengambil dua jenis kenderaan. Pada mulanya kami menaiki jeep, kemudian bila sampai separuh perjalanan kami menaiki 4 X 4  kerana keadaan salji yang sangat lebat. Bagi mereka yang ingin ke puncak gunung itu, mereka perlulah menaiki helicopter tetapi berbaloi la sebab kat puncak gunung tu macam switzerland dah. Sampai dekat satu check point kami menyewa kasut Phua Chu kang, baju sejuk dan membeli sarung tangan.
Kami juga diberi seorang pemandu pelancong untuk guide kami. Bayaran semua benda tuh sangatlah berpatutan.

suke dapat pakai baju berbulu tebal!

Opps baju sejuk yang ada bulu tak boleh pakai sebab kat atas sana salji sangat tebal. Untuk keselamatan para pelancong, kami disarankan untuk memakai baju sejuk jenis polyethene kerana ianya kalis air. Haha kami dah heppy dapat pakai baju ni tetiba mereka suruh tukar pulak.. Agak down la jugak macam ni.

                                                             Tiba di check point ke dua.


Sebuah restoran kat atas gunung, berhampiran dengan cable car.

                                        Heavy snow!! sekali tengok dah macam duduk kat Europe.


Kalau nak main ski jangan risau kat atas tu ada satu tempat lapang untuk main ski. Semasa musim panas tempat ini menjadi padang golf tertinggi di dunia. Ini memang fakta bukan rekaan semata-mata tau! Nak senang korang cakap je kat pemandu pelancong tu nak main ski, nanti dia akan bawa terus kat tempat tu. Harga untuk pinjam alatan tuh korang boleh deal dengan orang yang uruskan sebab kalau mereka tahu kita ni orang islam nanti mereka akan bagi diskaun banyak-banyak. Kami juga boleh dapat dengan harga yang sangat murah.

Mereka juga akan mengajar kita cara-cara untuk naik papan luncur itu dengan betul. Position tubuh kita juga kene jaga, tubuh kene condong ke depan dan lutut kita kene bengkok ke depan, macam duduk atas kerusi la tapi badan kene condong sedikit. First time main ski memang melucukan. Kami siap terjatuh beberapa kali tapi kami tidak berputus asa main sampai berpeluh-peluh tubuh nih. sebelum ni aku ingat main ski tu senang je tetapi bila dah try memang ternyata susah dan memenatkan. Diaorang cakap pelancong dari Jepun sangat malas nak main ski. Yelah kat negara mereka pun ada salji jugak kan. Kat sana ramai gila orang yang  skiing, kanak-kanak pun ada malah lagi hebat daripada aku sendiri. wat malu kat budak-budak je..







A restorant was sunken by the heavy snow

                                        Gondola Cable Car- The longest cable car in the world

                                Best jugak naik cable car nih. kalo tak caya cuba la sediri..

       Pemandangan yang mengerikan  melalui cable car


Selepas naik cable car kami pun singgah di sebuah restoran yang berada kat atas gunung itu. Restoran ini nampak macam sebuah pondok buruk je tapi jangan under estimate sebab kat sinilah adanya nasi beriani paling sedap yang pernah aku jumpa kat India. Sumpah aku cakap, nasi beriani dia memang sedap gila, kalau sesiapa yang ingin ke sini wajib makan nasi beriani ini!



                                                     Serba sedikit gambar kami main salji..


Salji kat mana-mana sahaja sampai kami pun tak tau nak buat apa. Kami siap main gumpal-gumpal dan pecahkan bebola salji lagi. Aku juga sempat  makan  salji dan rasanya macam neutral je tapi sangat lembut. Kalau buat ABC memang best tu..





Sebelum balik kami singgah di sebuah kedai roti. Rotinya standard la nak kata sedap pun tak juga ,macam roti Arab je.


Amboi Al-Belgaumi tu dah pasang niat dah nak kawin dengan orang kashmir. Maklumlah wanita kashmir memang cantik gila. Nanti terbeliak bijik mata korang bila tengok mereka.

Tentang makanan kat Kashmir tak perlu risau sebab kat sini 95% adalah orang Islam. So, semua makanan dekat restoran atau hotel halal. Kalau nak makan bagitahu je kat driver nanti dia akan bawa kita pergi kat restoran yang best-best. Satu benda je aku tak suka iaitu aku asyik je dapat baju sejuk yang HODOH dan TAK COMEL serta BESAR!!!huhu benci la macam ni.. Namun, pengalaman di Gulmarg sangat menyeronokkan kerana aku dapat main ski, naik cable car dan yang paling penting dapat main salji sepuas-puasnya.


4 comments:

  1. salam azhar...nasi briani yang paling sedap tu kat restoran mana...kat gulmarg ke...kedai kong posh tu ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat atas bukit gulmarg. tmpt ada cable car tu. kedai dia kecik dan usang je. lupa nama apa.

      Delete
  2. hi ..nk tanya..klu pegi december still ada salji kan di gulmarg?

    ReplyDelete
  3. hi ..nk tanya..klu pegi december still ada salji kan di gulmarg?

    ReplyDelete

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...