Sunday, 1 January 2012

Sonamarg Kashmir

Assalamualaikum..Entry kali ini aku akan menceritakan dengan lebih lanjut tentang pengalaman dan perjalanan kami di Kashmir tempoh hari.

Makan KFC dekat Delhi Airport sebelum berlepas ke Kashmir. Mesti korang tertanya kat India ni halal tak KFC? Menurut budak-budak Bangalore, mereka pernah tanya mufti Perlis yang datang kat tempat mereka tentang makanan kat India ni. katanya mufti itu cakap kalau nak makan, makan je jangan ragu-ragu asalkan jangan daging babi dan arak. Kalau rasa was-was baik jangan makan terus. Sebab itulah aku tibai je KFC.haha Lagi pun kat India yang sembelih binatang kebanyakannya orang Islam.

Teringat lagi satu peristiwa kat airport berkenaan dimana NAMA AKU  telah dilaungkan beberapa kali oleh pekerja airport menggunakan pembesar suara. Cuak gila time tu aku ingat ada dadah ke apa kat dalam travelers bag aku. Wahh aku rasa famous seketika bila nama aku dilaungkan kat speaker.haha Bila pergi kat kaunter yang disebutkan itu rupa-rupanya si Aidil tertinggal satu beg dia. Ish3 buat aku risau je. Nasib baik aku letak student card aku dalam beg tu kalu tidak nanya ko Dil. haha


                                                              Pemandangan banjaran himalaya

Perasaan takut akan keselamatan masih menyelubungi diri aku semasa tiba di Kashmir International Airport. Setelah keluar daripada airport menaiki sebuah kereta aku memerhatikan kawasan di sekeliling bandar Srinagar. Kelihatan ramai askar yang bertugas sambil memegang senapang di tempat-tempat tertentu. Kesemua mereka kelihatan  seperti orang India yang berasal daripada kawasan selatan dan utara India. Askar-askar itu tidak menahan dan memeriksa kami pun sebab aku ingat kalau kawasan bergolak ni mesti mereka akan adakan kawalan ketat tetapi lain pula yang berlaku. Aku berasa aman sekali kerana mereka tidak mengganggu sedikit pun para pelancong bahkan mereka juga menghormati para pelancong dan penduduk tempatan.

                                                            Kashmir International Airport

Selepas solat zohor kami pun terus bertolak ke Sonamarg menaiki kereta yang disediakan pihak hotel. Perjalanan kami mengambil masa selama satu jam lebih. Di sepanjang perjalanan itu aku hanya memerhatikan permandangan di sekeliling. Aku lihat penduduk Kashmir agak miskin berdasarkan pembangunan bandar srinagar yang kurang maju jika dibandingkan dengan bandar-bandar lain di India seperti Bangalore, Mumbai dan Delhi. Namun begitu terdapat banyak rumah banglo yang besar-besar dibina di sepanjang perjalanan itu. Perghh!!! Biar betol orang Kashmir ni, nampak je miskin tetapi mampu memiliki kediaman yang lebih baik daripada orang India di tempat aku.


                                     Odw ke Sonamarg, bergambar dengan kanak-kanak kashmiri

                                                                             Tiba di Sonamarg

                                              Pak cik yang sebelah kanan tu driver kami.

Cuba tengok pakaian orang Kashmir tu. Kalau korang nak tahu itulah winter clotch mereka. Aku pun dah lupa nama pakaian tu. Sekali tengok macam duk kat Morocco pulak sebab pakaian orang sana pun ala-ala macam ni juga.


First time naik kuda rasa sedikit janggal. Beberapa orang tempatan membantu kami duduk atas belakang kuda. Ingat, nak naik tu ada cara dia, jangan main hentam je. Kaki kiri kena pijak dulu baru melompat keatas. Kasut Phua Chu Kang dan sweater tu kene sewa. Sebenarnya tak payah pun sewa sweater tuh sebab lama-lama tubuh kita akan adapt juga, tak rasa sejuk pun!!

                                Inilah pertama kali aku tengok salji yang real dan menunggang kuda.

Satu benda je aku tak suka iaitu Winter clotch aku tuh. Dah la BESAR + HODOH pulak tu. Huh                               Kurang asam betol la diaorang bagi baju macam ni kat aku. Sediiihhh gila!!!!










Jakun dengan salji.haha




                                   Dah tak tau nak buat apa ngan salji bila tengok rasa geram je..




        Singgah kat rumah Rahim Cha-Cha. Nampak tak aku tengah panaskan tangan dekat benda tuh.

Lepas saja main salji kami pun dibawa oleh driver kami ke rumah Rahim Cha-Cha. Pak cik Cha-Cha ialah pemilik kuda dan benda yang kami sewa tadi. Tauke besar la juga tapi rumah dia simple je.
 Kat sini kami berbual-bual tentang Kashmir sambil menkmati roti dan Kashmiri kahwa yang disediakan oleh anaknya.

                                                                       Roti made in Kashmir



                                   Odw nak balik hotel kami singgah sebentar di sebuah masjid.
                                                                           
Sebenarnya kat Sonamarg ni takda pape pun, kalau tak pergi pun takpe tapi masa tu kami dah plan kan nak pergi sana, so terpaksa la p. Pelancong pun tak ramai kat sana jika dibandingkan dengan Gulmarg dan Pahalgam. Apa pun kami tetap enjoy dapat main salji. Ok next time aku update pasal Gulmarg dan Pahalgam pulak.

8 comments:

  1. Salam...azhar...boleh ke share travel agency masa cuti di Kashmir tu..teringin pulak nak pegi sana...
    thank you so much..
    shahril puncak alam..
    012 254 2923

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.. hermm saya tidak berapa tahu pasal travel agency kashmir tu. tp dulu masa saya ke sana, sy berurusan dgn pemilik hotel itu utk bawa kami ke sonamarg, gulmarg, pahalgam. yang saya tahu cuma seorang je iaitu mak cik zabedah, tourist agent yg bekerja di kashmir airport. ada kaan2 saya yg pernah menginap di rumah banglo dia(Ahmad Guest House) dan dia juga yg sediakn pengangkutan utk ke tempat menarik. :)

      Delete
  2. Wow..best nyer mcm tu...hmm..kalau mcm tu..masa Azhar berurusan dengan pemilik hotel kat sana tu, cost nyer ok ke...mak cik zabedah tu ada contact number ke..
    anyway..thank you for sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa tu dia letak mahal juga harga. selepas kami negotiate dgn dia dpt la harga murah sikit..tp yg auntie zabedah tu junior sy cakap murah sb diaorang pergi ramai dlm 15 org , so kalo total kos bahagi dgn 15 org jadi murah sgt2 la. ada je no.hp dia: +919419016816. kalau nak tolong saya bagitahu auntie zahedah pun boleh in case xdpt hubungi dia.

      Delete
  3. alhamdulillah..terima kasih banyak banyak ye Azhar..in shaa Allah..just in case, kalau tak dapat hubungi anti Zabedah tu, nanti saya minta tolong Azhar..thanks again...

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay. sementara saya masih berada di India saya akan cuba bantu. tapi bulan 6 smpai september sy balik malaysia. masa tu saya dh terpurus hubungan dgn india bt sementara waktu. nanti apa2 jgn segan la gitau sini. tq

      Delete
  4. in shaa Allah..terima kasih banyak banyak...

    ReplyDelete
  5. Salam . Sy nadia. Nk tny, berapa hari bulan awak pergi kashmir ni? Sbb sy plan nk main salji kat kashmir. Now tgh study the best time g sana 😁 .

    ReplyDelete

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...