Wednesday, 1 February 2012

Seagung Cinta Taj Mahal

Assalamualaikum..

Entry kali ini aku akan ceritakan mengenai lawatan aku dan kawanku di Taj Mahal. Walaupun sudah satu tahun kami ke sana dan ceritanya mungkin sudah basi tetapi tak salah kan aku update juga pasal Taj Mahal tambah-tambah tempat ni sangat famous.


Memang dari kecil lagi aku teringin sangat nak pergi melawat Taj Mahal tapi tak sangka Allah bagi peluang untuk merealisasikan impian aku tu. Alhamdulillah terima kasih ya Allah.. Pagi itu kami bertolak dari hotel kami di New Delhi ke Agra menaiki teksi. Perjalanan mengambil masa selama 4-5 jam .Pasal harga teksi tu kene pandai-pandai la bargain dengan tempe nih. Aku ni tak pandai sangat bab-bab bargain sebab aku mudah kesian kat orang. Jadi bahagian bargain-bargain harga ni kami serahkan kepada Hussien dan Aidil. Lepas tu kami pun dapat harga yang lebih berpatutan la.

                      Dalam perjalanan ke Agra nampak sebuah monument tapi tak singgah pun.

             Singgah di sebuah perhentian, kat dalam ada restoran, tandas dan kedai cendera hati.

Barangan kat sini mahal-mahal, so kalau singgah sini baik jangan shopping dulu sebab dekat Taj Mahal lagi murah dan berbaloi.
                                   Setelah 4 jam lebih perjalanan dari Delhi kami pun sampai di Agra

Keunikan menjual nasi beriani di sebuah restoran

Selepas check in hotel kami pun terus pergi ke Taj Mahal. Hotel kami terletak kira-kira 10 minit dari Taj Mahal dan sampai di suatu kawasan yang berhampiran dengan Taj Mahal kami pun berjalan kaki sambil mencari restoran untuk mengisi perut yang sangat kelaparan ini. Kami memberitahu Tourist Guide agar membawa kami ke restoran yang murah dan sedap. Akhirnya dia membawa kami ke sini (seperti yang terpampang di dalam gambar di atas). 

Kalau tengok dari luar restoran ni memang la tak selera nak makan sebab kotor sangat-sangat tapi disebabkan kebuluran punya pasal kami pun tibai je. Harga nasi beriani ini sangatlah murah iaitu Rs30 sahaja dan rasanya pun sedap juga. Seronok gila dapat makan nasi beriani yang sedap ini sampai siap menambah lagi. TETAPI tanpa diduga semasa hendak membayar, kami melihat pinggang yang kami makan tu sebenarnya TIDAK DIBASUH!! Pinggang yang kami makan tadi hanya dilap menggunakan surat khabar dan terus diletakkan nasi. Aiyoo patot la sedap semacam je nasi beriani tadi. 

Melangkah ke kawasan Taj Mahal melalui dua pintu gerbang. Ini pintu gerbang yang kedua iaitu The Great Gate.
Tiba sahaja di hadapan The Great Gate kelihatan ramai pelancong yang terutamanya orang India sendiri. Maklumlah tiket masuk untuk tempe cuma Rs20 berbanding dengan foreigner kene bayar Rs750.


                              Taj Mahal atau Husien yang lebih tinggi??hehe Nice la gambar ni bro!

Jauh sungguh Taj Mahal ni dari pintu gerbang, kami berjalan menuju ke sana dengan sangat gembira, sementara hati kami sangat tidak sabar untuk menyentuh dinding Taj Mahal. Dah la 5 jam duk dalam teksi, sampai kat hotel terus je solat & mandi dan terus keluar.
                                                        Walkway becides the reflecting pool

Mesti korang tak tau kan apa itu Taj Mahal?? Sebenarnya Taj Mahal tu daripada bahasa Parsi yang bermaksud "MAHKOTA ISTANA". Ianya dibina bagi memperigati isterinya, Mumtaz Mahal yang sudah meninggal dunia. Taj Mahal merupakan "permata  orang Islam di india" dan merupakan salah satu daripada TUJUH KEAJAIBAN DUNIA. Arkiteknya menggabungkan element Turkey, Parsi dan India.

                                                                Taj Mahal in the reflecting pool

Inspirasi pembinaan Taj Mahal sebenarnya lahir setelah kematian isteri yang ketiganya iaitu Mumtaz Mahal yang meninggal ketika melahirkan anaknya yang ke-14,Gauhara Begum. Pembinaanya bermula pada tahun 1632. Setiap aspek pembinaan Taj Mahal ini mengilustrasikan cinta Shah Jahan yang menjadi pencetus inspirasi pembinaannya. Pembinaan Taj Mahal selesai pada tahun 1648, dan taman-taman sekelilingnya selesai dibina lima tahun kemudiannya.


                                    Bangga dapat berdiri di hadapan Taj Mahal! Anda bila lagi??

                      Kami ni kalau pergi je mana-mana tak sah kalau tak tangkap gambar melompat.

                                                     The Great Gate yang menghadap Taj Mahal

Mughal Garden of Taj Mahal:-

Taman ini dibina seluas 300meter yang membahagikan  empat quadrant kepada 16 taman bunga. Sebuah kolam air marmar yang ditinggikan dibina ditengah-tengah taman, diseparuh perjalanan daripada Makam dan Pintu Gerbang. Kolam air marmar ini dipanggil sebagai " al-khawd al-khawthar" yang merujuk kepada "Telaga Al-Khausar" atau "tank of Abundance" di syurga yang dikhabarkan oleh nabi Muhammad. Di sekeliling taman dihiasi dengan pokok-pokok dan juga pancuran air. Taman Parsi ini adalah simbolik kepada empat sungai yang mengalir di syurga (Jannah) dan mengilustrasikan  taman-taman syurga.

Sibuk je tempe-tempe nih ramai gila datang, mengalahkan pelancong asing. Sebab tempe yang agak ramailah kami tak berkesempatan untuk masuk ke dalam Taj Mahal, tak pun duk kat atas tu je.
                                                                  Pandangan dari arah Timur

                                  Menara kecil di setiap penjuru itu dikenali sebagai "Herringbone"

                                                                      Reflection of Taj Mahal

                                   Shah Jahan pernah menghuraikan Taj mahal dalam ayat berikut:

"Should guilty seek asylum here
Like one pardoned, he becomes free from sin
Should a sinner make his way to this mansion
All his past sins are to be washed away
The sight of this mansion creates sorrowing sighs
And the sun and the moon shed tears from their eyes
In this world this edifice has been made
To display thereby the creator's glory."

Kami diberi sepasang cover yang berwarna merah(lihat gambar di atas) untuk dipakai semasa menjejak lantai Taj Mahal agar lantainya tidak kotor. Kebanyakan tempe pula tidak diberi cover berkenaan tapi mereka perlu membuka kasut atau selipar di luar.
                                                                            Masjid Taj Mahal

                                                     Terlalu excited sampai nak terjun sungai.

                               Main "Iwan", pintu gerbang yang diatasnya terdapat kubah besar

Antara surah-surah yang dipilih oleh Amanat Khan yang bertemakan "judgement" yang diukir pada dinding Taj mahal:-  

Surah 36 – Ya Sin, Surah 39 – The Crowds Surah 48 – Victory, Surah 67 – Dominion, Surah 77 – Those Sent Forth, Surah 81 – The Folding Up, Surah 82 – The Cleaving Asunder, Surah 84 – The Rending Asunder, Surah 89 – Daybreak, Surah 91 – The Sun, Surah 93 – Morning Light, Surah 94 – The Solace, Surah 95 – The Fig, Surah 98 – The Evidence, Surah 112 – The Purity of Faith.

                                                                                   Menara

                                                        Taj Mahal dari pandangan belakang

                                                                      Kubah kecil di atas menara

                                                          Taj Mahal dari pandangan Hadapan

                           Jangan jeles aku dah sentuh Taj Mahal. Sejuk sangat dinding marmar ni.

Kekebalan Taj mahal!!

Menurut pemandu pelancong aku tu, tapak Taj Mahal dibina pada kedalaman TIGA meter di dalam tanah  menggunakan teknologi tahan gegaran seperti tapak KLCC juga. Perghh hebat lah teknologi zaman dulu,pemikiran jurutera zaman itu sudah menjangkaui zaman millenium. Kekuatan base Taj Mahal mampu mengelakkan monument ini daripada runtuh jika berlaku gempa bumi.

Taj Mahal juga mempunyai EMPAT MENARA di setiap penjuru iaitu dua di bahagian depan dan dua lagi di bahagian belakang. Setiap menara itu dicipta menggunakan teknologi tersendiri dimana sekiranya berlaku gempa bumi, maka menara tersebut akan jatuh menjauhi Taj mahal tanpa menghempap bangunan utama. Sebagai info tambahan, KUBAH KECIL yang terletak mengelilingi KUBAH BESAR mempunyai simbolik yang tersendiri seperti lambang kepada "Cinta, Kasih Sayang, Pengorbanan dan Kesetiaan".

kami minta orang putih ambik gambar kami berempat.

Bila dah lama lepak kat sana terasa boring pulak. Tak tau dah nak posing macam mana.
                                                   Stylo betol cara hanif tangkap gambar tuh.

                                      Kaligrafi ayat suci Al-Quran menghiasi dinding monument

                          Sekali tengok dah macam model, siap denagan gaya berguling-guling lagi.

                                                                              Sungai Yamuna

Sungai ini adalah satu-satunya jalan untuk mengangkut batu-batu marmar dari tempat yang berdekatan yang jaraknya berkilometer semasa pembinaan Taj mahal ketika dahulu kerana menjimatkan masa dan tenaga.

                                                          Tapak pembinaan The Black Taj Mahal

Mengikut cerita pemandu pelancong kami, memang Shah Jahan ingin membina sabuah lagi Taj Mahal yang terletak di belakang Taj mahal yang sedia ada. Taj mahal itu dikenali sebagai The Black Taj Mahal kerana pembinaannya berasaskan batu marmar dan batu permata berwarna hitam. Tetapi malangnya anak Shah Jahan tidak membenarkannya kerana ayahandanya telah membelanjakan sejumlah wang yang sangat banyak untuk membina Taj Mahal pertama kira-kira dalam Rs60 bilion Lakh. The Black Taj Mahal ini unik kerana pada waktu malam bulan mengambang, cahaya bulan yang terkena The Black Taj Mahal akan terpantul ke Taj Mahal Putih dan menjadikannya bersinar di waktu malam. Hermm bunyinya memang gempakkan tapi kalau siap dulu mesti besh kan.

                                                   Ramainya yang berkelah kat depan halaman tu.

                                                            Pengunjung tak putus-putus datang


                Bermacam ragam manusia dapat dilihat kat sini, semuanya sebab nak tangkap gambar!

                                                           Kami juga turut bekelah macam tempe.hihi

                                                                      Comelnya budak kecik ni.

Bunga itu  sama warna dengan baju kurta aku..Baru aku sedar dah lama bunga ini menunggu kehadiran aku.haha Nice to meet u wahai bunga merah..

                                                         Kami berada tepat di hadapan Taj Mahal

                                           The Great Gate merupakan pintu masuk ke Taj Mahal



Ada kisah disebalik gambar ini dimana aku telah tertipu oleh budak yang menjual key chain nih. Mula-mula dia letak harga yang mahal sikit iaitu 5 keychain Rs100 ( kalau diikutkan tak mahal pun tapi sebab tempe kat sini suka menipu kami pun kene berkira la sikit) tapi setelah bargain dia bersetuju nak bagi 21 biji keychain dengan harga Rs100(kalau tak silap aku lerr) sebab aku tak kira masa dia bagi tu tengok-tengok ada 17 biji je. hahah sumpah lawak! hehe

                                                   Aiyoo unta di padang pasir pun ada laa..

                                                                     Taj Mahal pada abad ke-18

Gambar Taj Mahal kat atas tu diambl dalam tahun 1800. Kalau anda perhatikan betol-betol gambar itu , sebenarnya  di dinding Taj Mahal dihiasi dengan batu permata. Ianya dapat dilihat apabila terkena cahaya bulan purnama dimana Taj mahal akan kelihatan sedikit berkilau lantaran pantulan cahaya bulan pada batu permata. Malangnya hari ini semua batu permata itu telah tiada kerana telah dicuri oleh British semasa menjajah India.

                         Pelbagai batu permata dijual di sini tapi aku tak beli pun sebab tak berminat.

Berlian ni nampak ori tak??Uhu Kata pemilik kedai, the black diamond ni memang yang original. Aku pun dah lupa nama diamond ni apa.
                                      Mahal seyh harga yang kecik macam ni pon dah Rs1800 ++.


Batu permata yang kecil-kecil ni harga dalam Rs1000-Rs2500. Harganya berdasarkan berat setiap permata yang ditimbang menggunakan penimbang khas

                                               Sebilangan pekerja mempamerkan skill mengukir

                             Beberapa jenis batu yang digunakan untuk mengukir dinding Taj Mahal

                                                                Ukiran bermotifkan bunga mawar

                                    Kami juga tidak melepaskan peluang mengukir di batu marmar

                                                      Pening aku tengok pasu nih sebab sangat colourful!

Tuan kedai ini melayan kami dengan sangat baik siap bagi kami minum teh lagi. Beliau juga boleh bercakap serba sedikit dalam bahasa Melayu seperti "kecil-kecil". Katanya dia belajar daripada pelancong Malaysia & Indonesia yang pernah berkunjung ke sini.


                                                    Beli-beli jangan tak beli stok masih banyak ni.


                                                                  Lawa siak Taj Mahal kecik nih.

                                           Cantiknya pinggan ni tapi aku tak beli sebab takot pecah.

          Ukiran pada marmar ini berunsurkan ukiran bunga-bungaan yang ada pada dinding Taj Mahal

Driver kami juga bawak kami p satu kedai kraftangan yang mana kat dalam tu ada jual shawl, saree, cendera hati dan ect
                                                                      Dinner di Hotel Areeba

Kat sini pun terselit kisah lucu..

Mengapa-mengapa??

Hehe..

Pasalnya kami masuk dalam restoran ni..

Kemudian kami pun duduk dan tengok menu ..

Tetibe..

Teeeeett!

Kami terus keluar!! Nape ye??

Ehem.. Pasalnya harga makanan mahal sangat..

Hahah! Pastu manager restoran terus tanya kami..

What happen sir..what happen??

Then kami jawap, Nothing sir but the price is so expensive!!
We are student, we cant afford it!

Oleh sebab itu dia pun bagi DISKAUN 15%!!

Wahhh happy gila  rasa...



Taj Mahal: Secrets & Mysteries




Sekian...

5 comments:

  1. wey!!..sgt2 best r kooo!!*jelesakuh*

    ReplyDelete
  2. Taj Mahal....!!!
    (tengok gamba jelh)
    nk g sana gak..bestnyer..
    jeles kuasa dua!

    **Jeles dpt sentuh mar2 taj mahal..sejuk eh...

    ReplyDelete
  3. hihi..xpe2 nanti dtg la sini..
    btw mar2 taj mahal tu tejuk la!

    ReplyDelete
  4. tempe? hahahaha anyway nice review

    ReplyDelete

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...