Friday, 24 February 2012

A Moment in Srinagar


Entry kali ini akan saya ceritakan sedikit-sebanyak tentang sebuah bandar bernama SRINAGAR.
Dulu kalau dengar je Srinagar mesti anda dan termasuk saya juga akan terbayang sebuah tempat yang sering bergolak dan tidak aman. Hermm betul ke Srinagar ni tidak tenteram?? Mengikut sejarah pula memang Kashmir menjadi rebutan antara tiga negara iaitu India, Pakistan dan China. Disebabkan itulah Kashmir dibahagikan kepada beberapa bahagian. Ada bahagian yang diperintah oleh India, Pakistan dan juga China ( if im not mistaken la) tetapi yang paling famous adalah Jammu&Kashmir yang berada dibawah kekuasaan India. Srinagar ialah ibu negeri Jammu&Kashmir atau kerajaan J&K.

Apa pula kata sesetengah orang Kashmir?

Hari tu sempat juga kami menemu-ramah driver kami iaitu Irfan Khan tentang pendapat mereka sendiri  mengenai India dan Pakistan. Katanya dia lebih suka kalau Kashmir diperintah oleh Pakistan berbanding India sebab Pakistan kan negara Islam. Tambahan pula Kashmir ni 99 peratus adalah Muslim.Hal ini dapat dilihat dengan jelas kerana pada masa itu berlangsungnya kejohanan Kriket Sedunia dan mereka juga menyokong pasukan kriket Pakistan berbanding pasukan negara mereka sendiri.

Boat house dekat Dal Lake, Srinagar

Apa pula pendapat diri saya sendiri tentang Srinagar,Kashmir??

Setelah melawat Kashmir tempoh hari, saya merasakan bahawa Kashmir ni aman dan damai je. Berada di bandar Srinagar membuatkan saya lebih tenang dari sebarang ancaman dan keganasan walaupun disana terdapat kawasan larangan atau Red Spot yang mana lebih berbahaya dan banyak askar India yang memegang senapang kononnya nak jaga keamanan la. Sebelum ini banyak rumor tentang keganasan di Kashmir yang saya dengar melalui pelbagai pihak dan media tetapi saya percaya semua itu hanyalah agenda beberapa pihak tertentu untuk memburukkan Kashmir.


Pendapat saya tentang orang Kashmir?

Bagi saya pertama sekali nak comment pasal orang Kashmir ialah rupa paras yang cantik.hehe ni bukan nak gatal ke apa tapi memamg orang Kashmir kebanyakannya lawa-lawa. Keluar je daripada airport tergamam kami melihat bidadari-bidadari Kashmir, wajahnya macam orang Arab-Pakistan campur Hindustan. Hahah Tapi kami tak tangkap la gambar mereka sebab kami ni baik-baik belaka. Driver kami pun dah pesan awal-awal kat kami agar tidak tangkap gambar perempuan Kashmir sebab mereka sangat respect saudari muslimah mereka. Ni haa kawan-kawan saya semua dah pikir nak kawin dengan orang Kashmir, mentang-mentang la orang sana lawa.

Lupa pulak apa nama baju sejuk yang mereka pakai ni..erkkk!

Jalan-jalan di sekitar bandar Srinagar

Excited sangat nak shopping, sebelum kedai buka kami dah keluar.

Seperti yang dilihat pada gambar di atas, bandar Srinagar tidaklah membangun pun malah ianya seperti tersisih je tetapi kami lebih suka berjalan-jalan di bandar ini kerana orang-orangnya yang baik. Sekali tengok Srinagar ni macam sebuah pekan kecil sahaja dengan deretan kedai di setiap corok jalan. Sesuatu yang aku suka adalah kat sini tiada anjing, most of the time kita hanya jumpa kucing je kat tepi-tepi jalan dan walaupun bandar ni tak berapa maju at least la mereka menjaga kebersihan. Kalau nak beli makanan kat tepi jalan pun aku tak kisah sebab makanan mereka bersih.


Penjual roti yang peramah

Masa tengah jalan-jalan tu kami ternampak sebuah kedai roti yang baru buka. Aku ingat mereka jual roti je tapi kat dalam tu macam-macam makanan lagi ada seperti burger, kek, donat etc. Makanannya boleh tahan jugak, sedap dan murah. Tuan kedai ni baik sangat dah la peramah sampai ajak kami menziarahi rumah dia lagi tapi tak boleh sebab masa tak mengizinkan kerana kami kena kejar flight kami pula kejap lagi.

Kat sini kalau tak beli shawl memang rugi la sebab Kashmir sangat terkenal dengan Shawlnya yang cantik. Suka gila shopping shawl dah la harganya berpatutan. Shawl ni ada banyak jenis juga macam Kashmiri shawl, Kashmiri pushminar dan macam-macam lagi. Kashmiri pushminar tu kecil sikit, lebih nipis dan sesuai la untuk gadis-gadis muda. 


Shopping kasut kulit.

Kami memang shopping sakan la kat sini terutamanya beli shawl.



Hotel centre point

Masa mula-mula sampai kat airport Kashmir tu kami cuba menanyakan seorang pemandu pelancong tentang hotel kat sini. Kalau ikutkan pelan asal kami akan menginap di sebuah hotel tu( lupa nama hotel tu apa) tapi hotel tu nampak mewah la sikit. Setelah sembang dengannya kami pun bersetuju menginap di Hotel Cetre Point, yang dimiliki olehnya sendiri. Harga yang kami dapat memang murah dah la biliknya besar dan selesa, siap ada TV, water heater, dan tiga heater lagi kat tepi katil, depan katil dan kat bawah tilam. Memang selesa habis duk kat hotel ni tambah pula pekerja dia juga layan kami dengan baik. Setiap kali kami nak keluar dan balik mereka pasti akan tanyakan tentang perjalanan kami okey ke tidak. Kami jawap je, Happy!!!

Gambar kenangan bersama pekerja-pekerja hotel yang baik.

Check out dari hotel sebelum menuju ke airport.

Rumah orang-orang kashmir!! Jangan underestimate dengan orang sini, nampak je bandar dia tak maju tapi rumah mereka sangat besar. On the way nak pergi Pahalgam tu boleh tegok penuh deretan rumah banglo di sepanjang jalan. 

Lastly kami telah buat satu video kat Kashmir..
Saksikan ya...hehe

Backpacking Kashmir 2011

Sekian...

1 comment:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...