Tuesday, 28 February 2012

Mysore: The City Of Palaces

Assalamualaikum..

Minggu lepas (20-24 Feb) berlalunya sebuah peperiksaan yang paling sukar bagi kami selama setahun setengah berada dalam dunia medik. Perrrrgh memang susah sangat Selanjar 1, kami hanya mampu bertawakal sahaja kepada Ilahi agar LULUS. Bagi menghiburkan hati yang hancur dek peperiksaan kejam itu aku bersama dua orang kawan yang lain iaitu Sivaraj dan Arif merancang untuk melawat Mysore.

Jalan yang paling mudah dan selesa untuk pergi ke Mysore adalah melalui Bangalore kerana jaraknya yang lebih dekat kira-kira 135km. Jadi kami hanya menginap di sebuah hotel di Bangalore dan pergi ke Mysore dengan menyewa kereta. Bayarannya dikira mengikut Kilometer dimana untuk setiap Kilometer akan dicaj sebanyak Rs8 sahaja( harga ni aku pun tak sure murah ke tak tapi rasanya dah berpatutan kot). Kami bertolak pada pukul 9 pagi dan sampai disana TIGA jam kemudian.

Mysore Palace or Amba Vilas Palace

Mysore adalah sebuah bandar Istana terletak di selatan India yang mempunyai TUJUH buah Istana tetapi istana yang paling menyerlah ialah Mysore Palace atau kadang-kala dipanggil sebagai Istana Utama. Nama lain bagi istana ini ialah Ambar Vilas Palace. Istana ini terletak di tengah-tengah bandar Mysore dan sebagai memperingati sebuah kerajaan agung yang pernah memerintah dan membina Istana ini iaitu Empayar Raja Wodeyar.

Panoramic view of Mysore Palace


Serba sedikit sejarah Mysore Palace:

Istana yang gah berdiri pada hari ini adalah keempat kali dibina atas kawasan yang sama. Pertama kali dibina pada kurun ke-14 oleh Raja Wodeyar Pertama. Mengikut sejarah, pusat pemerintahan pernah berpindah dari Mysore ke Srirangapatnam semasa era pemerintahan Tippu Sultan. Selepas kematian Tippu Sultan, maka pusat pemerintahan dipindah balik ke Mysore dan Istana ini terus dibina menggunakan KAYU dan TANAH LIAT mengikut style Hindu.

Setelah pembinaannya selesai keluarga diraja pun berpindah ke Istana Mysore dalam 1801 tetapi malangnya Istana ini kemudiannya rosak kerana satu kebakaran besar yang berlaku semasa perkahwinan anak perempuan Maharaja Chamaraja Wodeyar yang paling sulung pada tahun 1897. Pembinaan semula istana ini dilakukan dengan segera dan keluarga Diraja telah berpindah ke Istana Jaganmohan. Seorang arkitek English telah mereka istana Mysore yang baru yang menelan belanja sebanyak Rs41 Lakh serta siap dibina 15 tahun kemudiannya.

 Patung Leopard yang berada di hadapan istana itu diperbuat daripada gangsa dan beratnya mencecah 1000 tan. Terdapat ENAM buah patung Leopard di sekitar istana ini dan dua daripadanya berada di dalam istana di Dewan Pertarungan.

 Pintu Gerbang Utama Istana

Aku sengaja pakai kurta dan shawl warna ni sebab nk bagi sama dengan warna Mysore Palace dan kubahnya.





 Ruangan dalam dari pandangan hadapan istana adalah Public Darbar Hall

 Pandangan hadapan istana.

Gombe Thotti (Doll’s Pavilion)

Pintu masuk ke dalam istana adalah melalui Gombe Thotti atau the Doll’s Pavilion, sebuah galeri tradisional  daripada kurun ke-19 dan awal kurun ke-20. Pavilion ini juga menempatkan suatu koleksi halus India dan Europe serta 'ceremonial objects' seperti sebuah  kereta kayu gajah( digunakan untuk mengangkut penumpang yang dihiasi dengan 84 kilogram emas. Terdapat juga 7 buah meriam di hadapan Gombe Thotti dan digunakan sehingga hari ini untuk menandakan permulaan dan pengakhiran festival Dasara setiap tahun. Selepas melalui Gombe Thotti anda akan memasuki kawasan tengah istana melalui 'Elephant Gate' kemudian anda akan menemui Peacock Hall atau juga dipanggil sebagai Kalyana Mantapa.


Bangga dapat berdiri di hadapan Mysore Palace. Anda bila lagi??:p

 Setahu aku Mysore Palace adalah tempat kedua tertinggi jumlah pengunjung yang datang selepas Taj Mahal. Jadi aku nasihatkan kepada sesiapa yang ingin ke Bangalore luangkan sedikit masa untuk melawat Mysore kerana jaraknyan dah dekat. Rugi la kalau duduk kat India tapi tak melawat tempat-tempat macam ni. Lastly, majulah pelancongan untuk negara.Yeahhh..

Another Gate- dari gerbang inilah kami memasuki istana. Tiket untuk local Rs20 sahaja while foreigner Rs200 seorang  tetapi kami hanya membayar Rs20 je sebab salah seorang daripada kami pandai berbahasa Tamil dan dia menyamar sebagai tempe.



Rasa macam anak raja pulak dengan kurta yang comel nih.hihi

Possing dah lawa tapi face expression tak relevant pulak..

 Budak dua orang ni tak suka bergambar tapi disebabkan aku mereka terpaksa berkorban.

 Tension dengan exam sampai merelakan harimau ni ngap kepala dia.

Gajah adalah satu haiwan yang sangat disayangi di Mysore..Cewah!! Bagi mereka yang teringin menunggang binatang ini jangan risau kerana perkhidmatan itu ada di belakang Mysore Palace.

 Inside Of Mysore Palace

Sesuatu yang amat mendukacitakan disini adalah kami tidak dibenarkan menangkap gambar dalam istana tersebut. Dah la di setiap penjuru ada je polis yang berjaga. Alasannya sebab mereka nak preserve segala ukiran dan lukisan dalam istana itu. Kata tourist guide kami, mungkin flash camera boleh memberikan sedikit kesan pada lukisan dinding kerana bahan kimia yang terpantul dari kamera. Tapi mereka juga tidak menafikan bahawa mereka khuatiri jika berlakunya serangan pengganas pada Istana itu kerana India ni selalu je ada tempat kene bom.

Mula-mula aku ingat istana ini biasa je, kalau tengok dari luar taklah grand sangat tapi jangan disangka pembinaan dalaman istana ini bagaikan istana kayangan. Ukiran yang unik menghiasi setiap inci bangunan bermula dari lantai, dinding, tiang, bumbung ,pintu dan termasuk lampu-lampu hiasan yang cantik. Lukisan yang berusia ratusan tahun pada dinding istana sangat menakjubkan kerana lukisan itu nampak  hidup dan sangat iluminasi. Para artisan melukis peristiwa "Dasara Prossesion" pada dinding istana sebelum dan selepas penjajahan British. 

Kalau nak melawat Mysore baik pergi semasa berlangsungnya festival Dasara pada bulan september dan october kerana anda mungkin dapat menyaksikan sendiri keunikan festival turun-temurun itu ,malah dapat melihat raja-raja Mysore yang masih tersisa.

 Peacock Hall

Peacock Hall adalah satu dewan berbentuk octagon yang grand dengan siling kaca yang berwarna-warni bermotifkan burung merak yang disusun secara geometrik. Ianya digunakan untuk perkahwinan kerabat Diraja dimana pengantin akan berada di dewan ini manakala para tetamu akan memerhati dari balkoni tingkat atas istana. Design dewan ini sebenarnya diadaptasikan daripada istana di Glasgow, Scottland.

Public Darbar Hall

 Ambavilasa or Diwan e khas

Ambavilasa digunakan oleh raja untuk 'private audience' dan merupakan sebuah bilik yang sangat menakjubkan. Pintu masuk ke dewan yang grand ini adalah melalui  laluan rosewood yang diukir secara elegant. 


Royal Paintings

Terdapat juga galeri potrait yang terletak di selatan Peacock Hall. Point utama galeri adalah dua buah potrait bayi berusia satu tahun iaitu prince Krishnaraja Wodeyar IV yang dilukis oleh Raja Ravivarma. Galeri ini juga mempunyai dua buah lukisan besar King Edward VII dan Queen Alexandra. Potrait berkenaan dilukis di atas kanvas menggunakan water-colour yang asli(diperbuat daripada bahan semulajadi).

Mysore Palace at night-Dihiasi dengan lebih 96000 lampu.

PHILOMENA CHURCH








 Kedai menjual souviner kat tepi church tapi tak beli sebab souviner dia lebih kepada agama Kristian.


 Sri Chamundeswari Temple

 Menemani Sivaraj sembahyang di temple. Ramai gila orang datang ke temple ni, kalau nak masuk cepat dan taknak menunggu lama kena bayar Rs100(foreigner).

Membasahi tekak dengan air kelapa sangat membahagiakan. Baiya yang duduk sebelah kanan aku tu driver kami. Dia boleh berbahasa Tamil(macam Sivaraj juga) dan sangat baik orangnya. 

 Panorama bandar Mysore dari sebuah bukit menuju temple.

 Lunch di hotel United-21. Kat sini kami makan Mysore mutton curry, Mysore chicken curry dan ikan goreng dan rasanya amat-amat sedap terutamanya ikan goreng sebab daging dia lembut gila. Okey untuk restoran hotel ni aku bagi A++ untuk makanannya yang sangat marvellous.

 Di hadapan restoran hotel United-21

 Orang cakap Mysore terkenal dengan sarinya yang cantik-cantik tapi kami tak shopping pun sari sebab tak berminat, tambah pula kakak aku tak suka sari.

Brindhavan Garden
Brindhavan garden ni terletak 22km daripada Istana Mysore. 


Bagi aku la kalau anda nak p mysore baik jangan pergi kat taman ni sebab tak ada apa pun yang menarik. Taman dia biasa je setakat ada empangan dan pokok-pokok yang dihias.

Trip satu hari ke Mysore ini sangatlah berbaloi walaupun ada orang cakap Mysore takda pape kecuali Istana Mysore je tapi mereka tak tahu kat sana sebenarnya ada TUJUH buah istana semuanya. Kami hanya sempat melawat mysore Palace sahaja kerana masa yang tidak mengizinkan. Waktu melawat Mysore Palace adalah start dari pukul 9am sampai 5.30pm. dan pada waktu malam pula tidak dibenarkan masuk.Antara istana lain yang mesti dilawati ialah Summer Palace, Tippu Sultan Palace, Lalitha Mahal Palace(telah ditukar menjadi hotel lima bintang) dan etc.

Ada satu tapak arkeologi di sana iaitu Somanathapura Temple yang boleh dilawati. Bagi mereka yang berminat dengan binatang boleh juga melawat Zoo Mysore(dekat saja dengan istana Mysore). Kat sana pun banyak juga muzeum seperti Art Museum, Mysore Rail Museum, Wax museum, Art Gallery dan lain-lain. Kalau nak menyaksikan festival penting di Mysore Palace datanglah semasa Dasara Festival yang diadakan setiap tahun.

1 comment:

  1. Sekali pandang yg pakai baju kurta tu dah cam hero hindustan da..

    ReplyDelete

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...