Saturday, 18 February 2012

Once Upon A Time In Delhi


Assalamualaikum..

Mengikut kronologi perjalanan kami melawat North India pada February 2011 yang lalu, sepatutnya aku menceritakan tentang New Delhi dahulu sebelum menceritakan pasal Taj Mahal dan Kashmir tetapi disebabkan excited sangat dengan saljilah aku terpaksa melangkah bendul. Jadi entry kali ini aku hanya menfokuskan pada Delhi sahaja. Korang rasa best ke Delhi nih?? Dulu sebelum pergi aku pun tak tahu juga apa yang ada kat bandar New Delhi tu.

Sebenarnya ada beberapa pelajar JNMC yang mendahului trip kami dua bulan sebelum kami melawat Delhi antaranya Nasrun dan Mahmud tetapi mereka tidak menjejaki Kashmir. Mereka cakap Delhi tu not bad la tapi banyak juga mereka kene kencing terutamanya dengan pemandu teksi yang suka menipu. Kesian mereka sampai beribu Rupee kene tipu kat driver teksi kat Delhi. Mendengarkan cerita mereka itu kami berazam untuk lebih berhati-hati agar tidak tertipu apabila melawat Delhi nanti. Kalau kat India ni senang je tak nak bagi kene tipu, kita sendiri kene lebih TEGAS dan jangan sesekali berasa kesian kat mereka ,kalau tak mereka akan mula ambil kesempatan dan pijak kepala kita.

Rakan-rakan MSU-IMS Bangalore

Sebelum berlepas ke Delhi kami singgah di rumah pelajar Malaysia di Bangalore. Mereka ni aku tak kenal pun tapi nasib baik salah seorang daripada kami mengenali mereka, so senang la sikit kami nak tumpang.Hehe Jutaan terima kasih diucapkan buat rakan-rakan di Bangalore yang sudi bagi kami menginap kat rumah korang di kawasan Gokula Tower dan melayan kami dengan baik serta bawa kami berjalan-jalan kat bandar Bangalore even korang ada exam pada hari itu. Best dapat kenal korang semua sebab korang memang sempoi habis dan baik. 

Flight kami ke Delhi ialah pada pukul 6am-9.30am. Dari rumah mereka kami bertolak ke Bangaluru International Airport menaiki teksi dalam sejam perjalanan. Hermm jauh la jugak airport tu dengan rumah mereka even masa tu jalan tak sibuk sangat pun. Kami keluar seawal pukul 3 pagi sebab tak nak bagi kalut masa kat airport nanti tambah pula kalau dekat subuh tu mungkin jalan kat sana dah makin sibuk. 

Menunggu flight kami tiba di Bangalore Airport

Setelah 2 jam menunggu akhirnya flight kami pun sampai jua.

Kami memilih Spice Jet Airlines sebab harga tiketnya yang jauh lebih murah berbanding dengan Kingfisher dan lain-lain flight. Bayangkan harga tiket kami hanyalah lebih kurang Rs8000 atau dalam Rm 600 untuk EMPAT kali penerbangan iaitu Bangalore-Delhi dan Delhi-Kashmir. Flight SpiceJet ni macam Airasia la dan service dia pun okey je! Perjalanan kami ke Delhi memakan masa selama 3 jam setengah. Sumpah jauh gila Delhi sama macam nak balik ke Malaysia je, boring aku duk lama-lama kat dalam flight tuh.

GOLDEN TRIANGLE TRIP

Mengikut pelan asal kami (plan A) memang kami nak ambil Golden Triangle Trip tetapi disebabkan flight kami sampai lewat( pukul 9.30am) maka kami terlepas Golden Triangle Trip kerana train mereka bertolak dari Delhi ke Agra adalah pada pukul 8am. Golden Triangle Trip adalah satu organisasi pelancongan yang famous la kat India dan rata-rata pelancong mesti tahu tentang Golden Triangle Trip nih. Aku pun tak berapa tahu sangat  tentang trip ini yang aku tahu dalam Golden triangle Trip ini kami akan melawat Delhi, Agra dan Jaipur selama 3 HARI 4 MALAM menaiki KERETA API. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Golden Triangle nih bolehlah kalian search kat pakcik google.

Lepas tu kami pun terpaksa tukar pelan A kepada Pelan B. Mengikut pelan B pula kami akan ke Agra tanpa Golden Triangle Trip dan semuanya kami kene setelkan sendiri macam pengangkutan, hotel dan ect. Lupa nak bagitahu, ketua Trip kami ialah Aidil Yusof dan dialah yang merancang perjalanan trip kami dari A sampai Z. Kalau anda nak berkenalan dengan Aidil Yusof dengan lebih rapat jemput la lawat blog dia iaitu diskodansabergumbira.blogspot.com. Hehe lepas ni mencanak la pageview blog ko Dil!hahah

"Kalau nak melancong kita perlu membuat perancangan dengan betol dan sistematik dan sebagai langkah selamat kita harus merancang beberapa pelan sampingan agar kita tidak kalut dan sesat jika berlaku apa-apa kemungkinan yang tidak diingini" -sekadar nasihat!

Welcome to New Delhi-Namastee...

Hindu Temple


Salah satu cara orang india berniaga adalah dengan menjual barangan cenderahati kepada pelancong directly masa anda duk dalam teksi lagi.Hahah yang ni kalian jangan percaya sangat sebab mereka suka letak harga yang tinggi padahal kalau beli kat tempat lain comfirm murah je benda alah tu. Malangnya ada antara kami turut tertipu kat sini. Actually mereka ni jual doit syiling India yang lama-lama(tak tau la dari mana mereka dapat tapi okey je syiling tu). Driver teksi kami dah cakap agar jangan layan mereka tetapi silap kami la sebab nak tahu apa yang mereka jual kami pun mula la tanya. Lagi pun bukan mudah nak dapat syiling india lama yang murah macam ni(walaupun harga sebenar jauh lagi murah daripada yang mereka jual nih).

Sesuatu yang tidak mungkin ada di Malaysia tetapi berkeliaran di India..hehe Gajah pun pandai melintas jalan wat malu jer kalau kita tak patuhi peraturan jalan raya.

Seharian merantau di bandar Delhi, letih, penat dan mengantuk yang teramat sangat!

BANGUNAN PENTADBIRAN INDIA UTARA DAN INDIA SELATAN

Bangunan Pentadbiran India Utara dan India Selatan

Di hadapan bangunan pentadbiran India Utara

Jarak Gate of India ialah 1.5km daripada bangunan pentadbiran india.

Otto kat Delhi kebanyakannya berwarna kuning campur hijau, tapi kat Belgaum pula warna kuning dan hitam.

Kat India ni rupa-rupanya ada dua tempat yang ada Gate Of India iaitu Mumbai dan Delhi.


Gate of India

LOTUS TEMPLE
Inspired by the lotus flower, the design for the House of Worship in New Delhi is composed of 27 free-standing marble clad "petals" arranged in clusters of three to form nine sides. The nine doors of the Lotus Temple open onto a central hall slightly more than 40 meters tall that is capable of holding up to 2,500 people. The surface of the House of Worship is made of white marble from Penteli mountain in Greece, the very same from which many ancient monuments and other Bahá'í Houses of Worship are ...copypaste jer!!hehe
Semua berdiri kaku macam patung.Hahah

Nak masuk ke kawasan Lotus Temple bayarannya adalah free of charge.

Pengunjung yang tak putus-putus melawat Lotus Temple


Sebuah kolam mengelilingi Lotus Temple

QUTUB MINAR

The Ghurid Dynasty, being the first Islamic empire to hold any important amount of land within India, began the fusion of Islamic and native Indian architectural styles. The Qutb Minar, which was begun in 1192 in Delhi by Qutb-ud-din Aibak was designed to show the power and glory of the new Islamic rulers. Iltutmish completed the tower and extended the Jami Masjid, the main masjid in Dehli. The design of the Qutb Minar and the courtyard around the Jami Masjid show influence of native Indian floral motifs and ornaments, with Quranic verses in Arabic imposed on them. Ibn Battuta, the great Muslim traveler from Morocco remarked that the Qutb Minar tower had "no parallel in the lands of Islam..ni pon copypaste jer malas nak translate.



As i know, this is the tallest minaret in India with a height of 72.5 meters, contains 379 stairs to reach the top

Ancient complex of Qutub Minar

Macam-macam ragam manusia kat sini,yang hitam sebelah kanan tu bukan orang minyak tapi Hussain Al Belgaumi.

Batu-bata yang bertaburan itu akibat daripada runtuhan dinding monument

Kalau pergi melancong ke mana-mana pun yang penting kene rajin tangkap gambar. Sesetengah orang tak suka tangkap gambar tak tau la sebab apa, mungkin memang tak berminat atau pun sebab rasa diri tak berapa comel (hehe jangan terasa la kalau terkena sebab ini tiada kaitan antara yang hidup dengan yang mati). So tangkaplah gambar banyak-banyak semoga dapat dijadikan kenangan kita semasa melancong.

Dari jauh menara ni memang nampak kecil tapi cuba anda mendekatinya baru anda tahu betapa besarnya menara punya badan.

Seakan berada di sebuah kota purba! Tapi memang Qutup Minar purba pun sebab tak silap aku ianya dibina dalam tahun 1100 a.c. oleh pemerintah Islam.


Qutub Minar telah ditimpa beberapa kali gempa bumi yang memusnahkan  sebahagian strukturnya dan pemerintah Islam pada masa itu cuba memperbaiki semula struktur yang ada dengan bantuan beberapa engineer terkenal.

Makhluk apakah ini??Kalau nak tahu tentang makhluk ini sila baca description gambar dibawah.


Ini dia tiket masuk ke Qutub Minar

JAMA' MASJED
Jama' Masjed atau dikenali sebagai Masjid Jamek merupakan masjid terbesar di India, terletak di Old Delhi di Chawri Bazaar Road. Masjid ini dinamakan demikian kerana ramai "jemaah" yang datang menunaikan solat jumaat di sini pada setiap minggu. Masjid ini dibina pada zaman empayar Shah Jahan, merupakan empayar yang sama yang membina Taj Mahal.

Panorama Masjid jama' yang hanya mempunyai dua buah menara



Non muslim tidak dibenarkan memasuki masjid dengan berpakaian seksi dan tidak menutup aurat. Maka mereka juga harus menghormati masjid dengan memakai jubah yang disediakan oleh pihak penjaga masjid.

Singgah di sebuah kedai menjual shawl dan bermacam-macam barangan lagi.

Hard Rock Cafe New Delhi 

Malam sebelum bertolak ke Srinagar kami bermalam di hotel yang terletak tidak jauh dari Delhi Airport. Aku pun dah lupa nama tempat ni kalau kalian tengok cerita Delhi Belly memang ada la tempat ni dalam filem tu. Hotel kat depan-depan ni memang mahal sikit tetapi kami lebih prefer hotel yang lebih murah. So kami menginap kat hotel belakang bangunan ini.

Pendapat diri sendiri tentang Delhi:

Bagi aku la Delhi nih tak la berapa maju pun jika dibandingkan dengan Mumbai. Bangunan dia pun berteraburan je dan langsung tak sistematik. Dah la kotor terutamanya Old Delhi memang kotor habis lah! Bukan setakat bandar je kotor, hotel dia pun sama sampai ada seorang kawan aku yang bengkak sebelah mata setelah tidur kat hotel sana. Bandar Delhi sebenarnya tak ada apa-apa pun yang menarik kecuali shopping mall je. Nasib baik la ada beberapa historical places macam Qutub Minar, Masjid Jama' dan Lotus Temple. Cuaca kat sini pun panas sampai aku kene sunburn lagi tak tahu la kenapa Delhi panas walhal duduk kat kawasan utara India. Pasal makanan pula aku rasa okey la sebab ada banyak juga restoran orang Islam terutamanya restoran Pakistan.

Sekian..

2 comments:

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...