Friday, 10 February 2012

PAHALGAM: The Village of Shepherds


 Inilah akan jadi kat Pahalgam pada musim bunga atau summer. Orang sini cakap kalau nak kenal kashmir yang sebenar datanglah waktu summer atau musin bunga.


                                    Tapi kami pergi ke sana masa winter sebab nak main salji.

                                                   Korang tengok la video ni. Best tau!

PAHALGAM!!???


Mesti anda tidak begitu tahu wujudnya satu tempat yang bernama Pahalgam. Sama la dengan aku pun first time aku dengar perkataan Pahalgam tu ialah semasa terserempat dengan pelancong Malaysia, Puan Bibi di Mumbai. Puan Bibi la yang bagitahu kami kalau nak pergi ke Kashmir WAJIB pergi kat Pahalgam sebab ianya adalah salah satu daripada tempat paling famous di Kashmir. 
Ladang pokok herba SAFFRON
Pahalgam berasal dari bahasa Urdu yang bermaksud "The Village of Shepherds" kerana di sana kebanyakannya mengembala kambing biri-biri. Ianya ialah sebuah perkampungan terletak kira-kira 95km dari Srinagar dan mempunyai ketinggian pada altitud 2130m dari aras laut. Pahalgam juga merupakan sebuah resort pergunungan yang paling famous di Lembah Kashmir dan di tengah bandar Pahalgam mengalir sebuah sungai yang indah iaitu sungai Lidder. Ini kerana Pahalgam terletak dipertembungan antara sungai Aru dan sungai Sheshnag dan dikelilingi oleh pergunungan yang puncaknya dilitupi oleh sajli.
Kedai Menjual Bunga Saffron.

Kat sini juga ada jual makanan kering macam kacang hazel, kismis, madu Kashmir dan lain-lain. Aku juga sempat beli madu Kashmir sebab nampak macam pure je. Orang cakap kalau nak tahu madu tu pure ke tak, korang letakkan setitis madu atas kertas dan cuba lapkan dengan tangan. Kalau madu tu tak melekat pada kertas menunjukkan madu itu adalah pure dan kurang bahan campuran.
Bunga Saffron-tahukah anda bunga saffron yang dijual itu bukannya seperti sekuntum bunga tetapi hanyalah filament kecil yang duk kat tengah kelopak bunga tu yang berwarna merah.

Inilah Saffron yang dijual tu..Kalau sebanyak ni tak silap aku dah  beratus ringgit kot, malah boleh mencecah ribuan ringgit! Saffron memang mahal beb sebab khasiat herbalnya yang pelbagai dan mantap setanding dengan herbal HabatusSauda!
  Saffron bunga termahal di dunia!!

On The Way ke Pahalgam kami singgah sebentar di ladang bunga Saffron untuk tangkap gambar. Sambil tu kami  juga singgah di sebuah kedai menjual bunga Saffron. Tahukah anda bunga Saffron tu apa? Ianya diambil dari bunga kecil dari tumbuhan saffron crocus (Crocus sativus). Saffron merupakan bunga termahal di dunia kerana tiap bunga tanaman hanya menghasilkan paling banyak tiga helai serat merah,sedangkan diperlukan kurang lebih 14.000 helai serat untuk menghasilkan satu ons Saffron. Jadi satu ons Saffron sama dengan hasil dari 5.000 tanaman saffron crocus. Diperlukan satu acre untuk memperoleh satu pon Saffron. Spanyol merupakan negara pengeksport Saffron terbesar. Ni aku copypaste je..hehe jangan marah ye pembaca sekalian..

Odw nak p Pahalgam kami melalui satu jalan yang dipanggil TUNNEL ROAD. Buat pengetahuan korang ianya dinamakan Tunnel Road sebab di sepanjang jalan itu dihiasi dengan pokok-pokok pain yang tinggi lampai sampai jalan tu nampak macam sebuah lorong. 
Pokok-pokok pine yang kekeringan dek kesejukan winter.
Keindahan alam semula jadi Kashmir

Setelah sejam bertolak akhirnya sampai juga kami di Pahalgam
We are in Pahalgam!!
Baju sejuk orang Kashmir
Bandar Pahalgam yang simple dan cantik
Sedih sebab tak sempat nak membeli-belah kat kedai ni. Ni semua salah driver kami tak bagi kami singgah kat kedai ni kononnya kat Srinagar lagi bagus dan murah.
Singgah makan tengah hari di Hotel Paradise & Restaurant
Satu belangga Mutton Beriani untuk satu orang


Salah satu aktiviti menjana ekonomi orang Kashmir pada musim sejuk ini ialah perkhidmatan menunggang kuda. Bayarannya sangatlah murah iaitu dalam Rs200 sahaja. Sebenarnya mereka tak kisah pun kita nak bayar berapa kerana mereka begitu terdesak. Sebabnya masa winter ni tak ramai pelancong datang ke sini dan seperti sedia maklum ekonomi utama mereka adalah datang dari sektor pelancongan.  Memang mereka sangat-sangat mengalukan kedatangan pelancong luar.
Aidil dan Hanif tidak melepaskan peluang bermain salji

Ni kali ketiga aku main salji kat Kashmir. Seronok gila dapat pegang salji yang lembut macam awan.
Bukit yang dilitupi salji
Kami sangat bertuah kerana pada hari itu kami dapat merasai hujan salji


Main HIDE & SEEK kat belakang pokok pine.

Modelling session
Diaorang berdua ni beli winter clothe kat Bangalore tapi kalau kat Kashmir mungkin lagi murah
Takleh lompat tinggi-tinggi sebab jalannya licin
Sangat sejuk, suhu mencecah -15 Celcius
Ni lompat katak ke apa sampai terjulur lidah
Tak abes lagi mereka ni berguling-guling atas salji.
modeling session

Semasa bersiar-siar kat pinggiran bukit tu kami terserempak dengan orang kuda. So kami pun menunggang kuna mereka ni sambil mendaki bukit dan mengelilingi kampung Pahalgam. Kuda  hitam ni aku yang tunggang. Mamat yang duk sebelah Hussien tu namanya Mudasir. Nak naik kuda ada caranya bukan main tibai je. Firstly korang pegang tali dia dengan tangan kiri dan sarungkan kaki ke dalam 'gelang kaki kuda'(nama ni aku reka je sebab tak tahu nama benda tu apa). Pastu  korang pun melompat ke atas belakang kuda menggunakan kaki kanan . Once bila dah duk atas kuda terus pegang tali kuat-kuat dan try stable kan tubuh korang. Tubuh kene condong ke hadapan k agar tak terjatuh ke belakang pulak.
Pengembaraan pun bermula.. Ada satu adegan dimana kuda aku melompat untuk menyeberangi sebuah cerun bukit. Fuhhh cuak gila aku time tu tapi best la dapat terbang sekali dengan kuda. 
Kami mendaki cerun bukit yang tinggi ini dengan menaiki kuda. Memang best gila lah, kalau anda datang ke Pahalgam WAJIB naik kuda untuk merasai suasana "pengembala" masyarakat sini.
Sebagai langkah keselamatan, orang yang jaga kuda ni tidak membiarkan kami menunggangnya seorang diri, takut kalau tetiba kuda itu memberontak atau pun malas jalan. So, janganlah anda pula berasa talot untuk menunggang binatang ini.
Kami melalui lereng bukit yang mencabar kerana jalannya yang sempit, licin dan tinggi. Yang penting kita kena selalu maintain posture semasa menunggang dan make sure pegang tali tu kuat-kuat serta kaki kita hendaklah sentiasa pijak benda tuh( sory aku pun tak tau nama benda tuh).;)
Nothing can i say but...it was so beautiful.
Kami sampai di kawasan yang hampir dengan puncak
Kat atas bukit sana ada sabuah resort yang cantik.
Selepas itu kami meneruskan lagi pengembaraan melalui lereng bukit tapi yang ni okey la sikit sebab laluannya lebih luas dan tak licin sangat.
Asal kuda aku yang paling kecik tapi kuda Hanif paling lawa

Hussien Al-Belgaumi  bersama kuda tersayangnya
Sweetnya pasangan kuda nih. Anda dengan kekasih anda macam mana pulak? Jangan anda sesekali berbuat demikian pula kalau tidak anda juga boleh disamakan dengan kuda ini..Renung-renungkanlah.Hehe 
Sebenarnya kat sini berlaku satu insiden. Tak taulah patut ke aku cerita tapi demi kebaikan bersama baik aku ceritakn jer. Macam nih lepas kami makan di restoran kat bandar Pahalgam kami pun ingin mengunjung ke kedai-kedai berhampiran macam kedai cenderahati, kedai jaket kulit dan macam-macam la tetapi driver kami tak kasi sebab dia cakap akan membahayakan kami. Kononnya orang kat sini aggrasive la tapi sebenarnya TAK pon.

Aku tengok segelintir orang Pahalgam bergaduh(gaduh mulut) dengan driver kami sampai diaorang rampas kunci kereta kami. Aku tak paham apa yang mereka gaduh tu sebab mereka bercakap dalam bahasa Kashmir. Kami cuak gila time tu sampai pikir benda bukan-bukan dah. Si Aidil lagi la pikir diaorang nak culik kami.hahaha...Lepas tu orang sini  pun bagitahu kami sebenarnya mereka bukan nak apa-apakan kami tetapi mereka cuma MARAH dengan driver kami kerana tidak membenarkan kami shopping kat tempat mereka.

Mereka cakap driver kami macam cuba menyekat rezeki mereka kat sini dengan melarang pelancong agar shopping kat kedai mereka. Kenapa ye?? Hermm mereka cakap biasanya driver dekat Srinagar tu sengaja nak ambil kesempatan atas kami dengan melarang kami shopping kat Pahalgam kerana mereka ingin membawa kami ke kedai-kedai yang ada di Srinagar. Sebabnya mostly apabila driver kami bawa kami shopping di kedai kawan mereka di Srinagar nanti mereka juga akan mendapat komisyen daripada pemilik kedai di Srinagar. Patot la driver kami tak nak stop kat kedai di sepanjang jalan di Pahalgam. Mujur orang Pahalgam tadi meminta maaf dengan kami atas insiden itu dan kami pun faham kenapa mereka berbuat demikian rupa.

Sekian..

2 comments:

  1. salam...

    kenapalah selepas pulang dr bumi India baru akak terjuma blog awak ni ek... seronoknya baca blog awak ni.... sgt menarik... sukanya.... rasa macam nak g Kashmir lagi.... :)

    ReplyDelete
  2. wsalam..akak sebenarnya sy pun baru je buat blog ni dua bulan lepas.. Terima kasih kak atas pujian tu..hehe best kan Kashmir even dah setahun sy p sana tp pengalaman di sana masih bermain difikiran..

    ReplyDelete

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...