Wednesday, 7 March 2012

Kembara Mumbai 2011

Mumbai atau nama lamanya dikenali sebagai Bombay adalah bandar metropolitan kedua terbesar selepas Delhi, merupakan ibu negeri Maharashtra. Mumbai terbahagi kepada tiga bahagian iaitu North Mumbai, Central Mumbai dan South Mumbai. 

Colabar yang terletak di South Mumbai itu merupakan salah satu kawasan pelancongan dan di situlah terdapatnya Gate Of India. Jarak Mumbai dengan tempat aku kira-kira 450km. Kalau korang nak tahu, kat Mumbailah ramai artis-artis bollywood tinggal macam Shah Rukh Khan, Kajol, Aiswaryarai dan ramai lagi. 

Selamat mendengarkan lagu best yang bertajuk 
"Im In Love" dalam movie Once Upon a Time 
In Mumbai.hihi Lagu ni famous tau!


Trip kami ini adalah trip dua hari satu malam dan kami bertolak ke sana menaiki bas express sahaja. Mereka yang turut serta dalam trip ini ialah Aidil, Saiful, Afiq Aizat, Wan Afiq, Iwadh dan aku.  Inilah kali kedua aku pergi ke Mumbai. Aku pergi takda tujuan pun selain nak jalan-jalan dan nak makan KFC tapi mereka ni sebab nak beli leather jacket dan alatan sukan. Lihatlah betapa susahnya kami di Belgaum nak makan KFC sampai kena pergi Mumbai, tak pun kat Bangalore. Aku asyik fikir bila la Belgaum nak buka KFC nih!


Di hadapan High Court of India yang lama. Bangunan ini telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai bangunan bersejarah.

Setelah hampir 9 jam menaiki bas akhirnya tiba jua kami di Victoria Terminal. Sekali dengar namanya macam gempak je tapi tahukah anda bahawa bus station Victoria Terminal itu adalah station bas yang tidak wujud yang berada di bawah jambatan. Turun je dari bas anda akan terhidu bau hanyir binatang laut kerana sebelahnya terdapat fish market. Ada juga sebuah masjid yang terletak bertentangan dengan jambatan itu. Kat situlah kami singgah untuk solat subuh.

Daripada VT kami hanya berjalan kami untuk ke Colabar. Jaraknya dalam 2km sahaja. Di sepanjang perjalanan itu kami juga tidak melepaskan peluang untuk tangkap gambar sepuas-puasnya.hehe Apa gunanya kalau ada camera yang grand grand kalau tak gunakannya dengan sebaik mungkin. Di pertengahan jalan daripada VT anda akan menemui bangunan-bangunan bersejarah ala Inggeris yang ditinggalkan oleh British semasa era penjajahan British di India.

Orang gila atau normal ni?

Pelik tapi benar kalau kat Malaysia hanya orang gila sahaja yang akan bogel atas jalan tapi kat sini orang normal pun ada juga yang bogel atas jalan. Aku pun tak faham dengan mereka nih, katanya mereka berbogel dan berjalan sehingga beberapa jarak tujuannya untuk membuang dosa. Dua orang lelaki yang bogel tu aku tak pasti sama ada hindu atau muslim sebab kat tepi mereka ada orang islam pulak(yang berkopiah putih).


Hotel Taj Mahal

Setelah sampai di Colabar kami terus mencari hotel. Kat Mumbai kebanyakan hotel mahal-mahal tapi ada jer yang lebih murah. Kami menginap di sebuah hotel yang terletak dekat dengan Gate of India. Hotel tu biasa je dan harganya sangat murah. Kalau tengok dari luar kita tak akan perasan pun kat atas tu ada hotel sebab hotel itu duduk kat tingkat atas dari sebuah surau. 

Sampai kat hotel kami berehat sekejap dan terus bersiap untuk keluar jalan-jalan kat kawasan sekitar Colabar. Kami breakfast kat sebuah restoran halal yang dimiliki oleh orang Islam, dekat sahaja dengan hotel kami. Kemudian kami terus gerak menuju Gate Of India.

Ruangan pejalan kaki menuju ke Gate of India.

Di hadapan Taj Mahal Hotel.

Antara tiga orang ni bicep saper paling besar?hehe

Oh no!!!!!! Anda diminta agar tidak meniru aksi ini di rumah yer!

Di hadapan Gate Of India.

Selepas puas tangkap gambar kat Gate of india kami plan nak naik bas pelancong untuk melawat tempat-tempat menarik satu mumbai termasuk Bollywood City. Kami bayar dalam Rs180 seorang untuk tiket bas. Tempe(singkatan nama bagi orang tempatan) tak boleh percaya sangat. Kata orang yang deal dengan kami tu bas yang kami akan naik selesa la, hanya ada pelancong asing je tapi tengok-tengok muka tempe je ada. Dah la kami menunggu bas lama gila, masuk dalam bas tu panas macam kena panggang dalam ketuhar sebab takda aircond tambah pula dengan bau tempe yang busuk. 

Bukan itu sahaja, pemandu pelancong yang disediakan juga tidak pandai berbahasa Inggeris. Dia cakap hindi je sesama diaorang memang kami sawan la. Tak tahan dengan semua drama mengarut itu kami pun nekad untuk berhenti sahaja daripada mengikuti bas tersebut. Semasa mereka stop dekat museum kami pun terus blah dan ambik teksi untuk ke Bandra.

Hari kedua kami check out dari hotel awal pagi dan jalan sikit dekat kawasan berhampiran untuk membeli cendera mata. Lepas tu terus pergi Bandra untuk ambil leather jacket yang ditempah semalam.

Membeli cendera mata di gerai jualan dekat kawasan kaki lima.

Dari Colabar ke VT kami berjalan sambil menikmati pemandangan bandar lama Mumbai itu.

Di hadapan University of Mumbai.

Afiq aizat ni tak tahan sikit kalau jalan jauh-jauh.haha


Jambatan Bandra

Kedai jaket kulit di Dharavi, Bandra.

Kami membeli leather jacket dekat Kohinor leather jacket. Jacket kat sini murah je jika dibandingkan dengan Malaysia dan kualitinya juga bagus. Tak tahan tengok jaket lawa-lawa sampai semua orang beli jaket. Kami siap tempah lagi dan ambil keesokan harinya. Kat sini kita boleh tempah jaket mengikut design yang kita nak, lagi pun mereka juga turut sediakan gambar design jaket untuk senang kita pilih. Design macam korea pun ada. 

Hard Rock Cafe Mumbai

On the way nak balik hotel kami singgah sekejap dekat Hard Rock Cafe untuk beli baju hard rock cafe Mumbai. Sebenarnya aku tak suka pun hard rock cafe sebab owner asalnya orang yahudi tapi aku boikot setakat yang termampu jelah. Kalau beli baju I LOVE MUMBAI kat kaki lima tu macam tak berkualiti sangat, lebih baik beli baju sini lebih berkualiti dan cantik.




Singgah kat kedai sukan sebab si afiq ni nak beli raket tenis. Katanya power gila main tenis.hehe

Dapat juga merasai burger McD yang sedap tu.

Jangan disangka certain kedai kat sini pun ada logo halal juga!

Sebenarnya logo halal itu ada kat SUBWAY Mumbai nih. Percaya atau tidak inilah first time aku tengok kedai seumpama ini ada pengiktirafan halal. Tanpa ragu-ragu kami pun terus la makan kat sini.

Sebelum bertolak balik ke Belgaum kami sempat dinner di Subway(nasib baik la Subway ni dekat je dengan stesen bus kami) dan menunaikan solat dekat masjid berhampiran dengan VT. Alhamdulillah kami bersyukur sangat trip kami ini berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah. Tambah pula kami semua satu kepala dan memang kaki jalan.

Lastly terimalah sebuah lagi lagu hindi dalam movie
Once Upon A Time In Mumbai yang berjudul
"peeloon"

Lagu ini juga famous dan sering
berkumandang di sini:p


9 comments:

  1. Wah ! Best nye dapat pegi mumbai . Ta pernah pon smpai at sne . :(

    ReplyDelete
  2. Nasib je ni dpt pegi sb belajar kat india..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh . Okay . At least u de pngalaman an pegi sana . :)

      Delete
  3. macam-macam yek kat sane...tapi,bro naek bas x berhimpit-himpit ker??sbb banyak gambar kat google bas kat india berhimpit-himpit ever dalam citer hindustan pon....x penah sampai,tuh yang x tau...huhuhhh.....

    ReplyDelete
  4. tak juga..depend la pada keadaan tapi mostly bas bandar memang selalu penuh la..lebih baik ambik teksi je..

    ReplyDelete
  5. bestnye.. bagus lah dpt peluang timba ilmu kt negara orang, dpt kenal negara org. jauh perjalanan luas pemandangan kan. Cantik benor gambor2 tu. pandai snap. :)

    ReplyDelete
  6. nak tnya..pengangkutan sana mcm senang x dapat?
    teringin nak g sana..backpack
    persekitaran dia mcm mne?

    ReplyDelete

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...