Thursday, 1 March 2012

MALAYSIAN NIGHT 2011



Biasanya kalau belajar di dalam negara selalu je ada majlis makan malam tahunan fakulti, tak pun malam kebudayaan pada setiap tahun. Berbeza pula bagi pelajar yang belajar di luar negara yang jumlahnya jauh lebih kecil berbanding dengan pelajar dalam negara. Kami di sini hanya membuat satu majlis get together yang dinamakan sebagai "Malaysian Night". Di India sahaja dah beribu-ribu student Malaysia yang datang belajar medik samaada ditaja oleh pihak MARA dan JPA atau pun SENDIRIAN BERHAD.

Di Belgaum terdapat dua universiti yang menjadi tempat menimba ilmu pelajar Malaysia iaitu Jawaharlal Nehru Medical College(JNMC) dan USM-KLE International Medical Programme. Kalau tambah bilangan pelajar Malaysia kedua-dua universiti berkenaan jumlahnya boleh mencecah hampir 250 orang. Tahun lepas(2010) kami mengadakan majlis umpama ini di Hotel Sankam dan pada tahun 2011 juga kami mengadakanya di tempat yang sama. Jadi sejak belajar kat sini dah dua kali la aku hadir Malaysian Night. 

Objektif utama majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara pelajar-pelajar Malaysia di Belgaum. Kat sini bukan semua orang kita kenal tambah pula belajar di universiti yang berbeza. Jadi masa inilah kita nak berkenalan lagi dengan pelajar malaysia yang lain. Kadang-kadang muka yang aku tak pernah nampak pun banyak muncul dalam majlis itu. Bagi mereka yang nakal-nakal sikit masa inilah mereka mengambil kesempatan untuk usha-usha orang. Tapi aku tak buat la benda-benda macam tu sebab akukan budak baik.

Hotel Sankam, Belgaum.

Bertempat di Hotel Sankam, majlis Malaysian Night 2011 ini diadakan pada 8 Oktober  iaitu pada hari sabtu yang diorganisasikan oleh para pelajar JNMC. Namun ada juga la pelajar-pelajar USM-KLE yang turut membantu mempersiapkan tempat itu. Tepat pukul 5 petang kami semua bergerak dari NRI Hostel dengan menaiki bas universiti. Jarak hotel Sankam dengan hostel kami dekat je dalam 15 hingga 20 minit sahaja. Bayaran untuk menghadiri majlis ini pun berpatutan je dalam Rs300 seorang.

Setiap majlis mesti ada tema kan! Jadi tema Malaysian Night pada tahun ini ialah SATU MALAYSIA. Kalau tahun 2010 dulu temanya HOLLYWOOD tapi tahun ni berubah kepada lebih tradisional. Pakaian para hadirin juga sepatutnya berorientasikan pakaian tradisional negara kita tetapi mereka tak kisah pun kita nak pakai apa. Bagi aku pula tetiba je terdetik untuk pakai pakaian tradisional India sebab kita kan berada kat negara India. Seminggu sebelum Malaysian Night, aku, Iwadh dan Arief pergi mencari baju kurta kat Amarcon. Kat Belgaum semua orang kenal kedai Amarcon yang famous tu walaupun harga pakaian disana mahal sedikit tapi banyak pilihan.

The Beautiful of One Malaysia

Pendaftaran para pelajar


Mula-mula sampai kat hotel tersebut kami semua beratur panjang untuk mendaftar di meja pendaftaran. Kami diberi sehelai kertas berwarna kuning dan disitu terdapat satu nombor untuk cabutan bertuah. Aku ni kalau bab-bab cabutah bertuah memang tak bertuah langsung la. Lebih baik buat cabutan tak bertuah je. Setiap orang perlu menulis dua orang nama daripada setiap batch masing-masing bagi dipilih untuk pertandingan King and Queen of Malaysian Night malam nanti. Sepatutnya ada tujuh pasangan king and queen nanti yang akan bertanding sebab JNMC ada lima batch manakala USM-KLE ada dua batch.

Dua orang hero bollywood, aku dan Iwadh

Sebelum acara bermula kami semua hanya tangkap gambar sebagai kenangan.

Junior lelaki USM-KLE yang baru saja menjejakkan kami di bumi Belgaum.

Bertepatan dengan tema tradisional, ramai juga yang memakai sari terutamanya senior JNMC.

Dekoratif atas meja itu adalah pelita yang melambangkan kepelbagaian kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Pelita yang berwarna hijau itu macam pelita raya je, yang warna merah pula tanglung orang cina dan yang warna oren adalah pelita orang india yang kita tengok masa deepavali.

Che Arief(yang tengah)  tampak lagi segak apabila mengenakan kurta.


Sari yang dijahit mengikut citarasa masing-masing.

Sebenarnya ada Tiga pasang MC semuanya tapi aku nak sempat letak dua je.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh seorang wakil pelajar dan seterusnya adalah ucapan alu-aluan oleh ketua persatuan pelajar Malaysia Belgaum iaitu Muhammad Naqiyudin. Prof KJ juga turut dijemput menyampaikan ucapan dan amanat beliau. MC pertama yang bersuara adalah abang Syafiq dan pasangannya(merujuk gambar diatas yang segak berpakaian baju Melayu hitam). Lama la jugak dengar orang berucap nih tapi kami semua tekun sahaja mendengarkannya.

Selepas itu berlangsungnya acara yang ditunggu-tunggu iaitu persembahan oleh para pelajar. Mereka ni dah dekat sebulan berlatih semata-mata nak menghidupkan malam gilang gemilang itu. Ada yang buat persembahan tarian dan juga nyanyian. Persembahan pembukaan dimulakan dengan persembahan tarian oleh sekelompok pelajar JNMC. Kemudian diteruskan dengan lakonan yang penuh dramatik oleh pelajar junior USM-KLE. Yang paling best masa lakonan mereka ialah masa mereka nyanyi. Tak sangka juga junior kami ni ramai stok-stok suara sedap macam Sufiyan, Deanna Reasha, Shaherah dan lain-lain.

Acara diteruskan lagi sampailah senja melabuhkan tirainya. Selepas persembahan drama itu selesai, majlis diteruskan lagi dengan persembahan tarian tradisional Melayu, orang Sarawak dan tarian 'jaihoo' oleh segelintir junior USM-KLE. Sambil menyaksikan persembahan mereka itu kami juga disajikan dengan makanan yang enak-enak. Makanan ada yang vegeterian dan non-veg sebab tak semua orang suka makan non-veg untuk jaga kesihatan dan yang paling penting nak jaga body. Kalau aku pula main hentam je makanan apa pun asalkan sedap tapi still badan tak gemuk gemuk pun.

Persembahan pembukaan oleh pelajar JNMC

Sketsa ala musical yang dijayakan oleh pelajar USM-KLE

Persembahan tarian tradisional oleh penari-penari sekalian.

Tarian zapin pun ada.

Sekumpulan pelajar membawa rentak Jaihoo dengan begitu energetik.

Saiful dan Mahmud main peace peace pulak tapi si Saipul tu memang suka tangkap gambar sambil buat peace terbalik macam tu. Dah memang style dia sejak dari kecil kot.

Kami juga turut menyaksikan satu tayangan oleh pelajar JNMC tentang sebuah lakonan istimewa.

Semua orang sedang sibuk melantak makanan masing-masing sambil menyaksikan persembahan.

Antara mereka yang terpilih untuk pertandingan King and Queen. Ewa dan Erwyn terpilih bagi batch aku.

Bagi acara pemilihan King and Queen terdapat beberapa pusingan dimana mereka yang terpilih bagi setiap batch akan diberikan Special TASK oleh para juri dan mereka perlu menyelesaikan task berkenaan mengikut kreativiti mereka. Kalau tak silap aku ada dalam empat pusingan yang mana bagi setiap pusingan pasti ada penyingkiran secara individu. Acara ini diadakan secara bergilir-gilir dengan acara cabutan bertuah. 

Uniknya bagi acara ini ialah kami semua gelak terbahak-bahak melihat gelagat peserta yang terpilih. Ada yang terpaksa menyanyi, berlakon dan menari. Semuanya bergantung pada soalan yang mereka dapat daripada juri. Akhirnya cuma tinggal beberapa orang sahaja yang layak ke pusingan akhir termasuk Ewa. Hehe hebat juga Ewa nih korang jangan pandang rendah kat dia tau. Stuggle punye struggle akhirnya King and Queen of Malaysian Night dimenangi oleh Mr.Dhanaraj dan Mrs.Kohila.Tahniah guys.

Kakak ini terpaksa menari sambil memegang baldi.

Najwa dijemput menari bersama kawannya.

Akhir sekali kami semua pun bergambar beramai-ramai sebelum pulang.

Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis Malaysian Night 2011 ini. Semoga majlis yang seumpama ini akan terus diadakan untuk tahun berikutnya dengan lebih grand dan meriah. 


No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...