Sunday, 11 March 2012

Melawat Kilang Sari

Assalamualaikum..namaste semua.. Kali ini aku nak berkongsi sedikit pasal pembuatan sari di sini. Semasa blok CFCS baru-baru ini, kami diberi peluang untuk melawat beberapa kilang sari di sekitar Belgaum. Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan yang mana kumpulan 1 dan 2 amat bernasib baik sedikit kerana dapat melawat kilang sari manakala kumpulan 3 dan 4 melawat kilang  rawatan air. Aku gembira sangat kerana dapat melawat kilang sari berbanding dengan kumpulan lain kerana dapat melihat sendiri cara sari dibuat. 

Kami bertolak dari hostel pada pukul 2 petang menaiki bas USM-KLE dan sampai ke 20 minit kemudian. Kali ini kami melawat dua buah kilang sari iaitu Shri Laxmi Company dan Suresh Vithal Muttangi Company. Kilang Shri Laxmi Company lebih tertumpu kepada pembuatan sari manakala kilang Suresh Vithal muttangi Company lebih kepada "ironing sarees" atau menseterika sari.

Ironing Factory- Suresh Vithal Muttangi Company

Lawatan ini bukan sekadar lawatan semata-mata tetapi mempunyai objektif yang tersendiri yang lebih kepada medik( bunyinya agak poyo sikit). Antara objektifnya ialah "establish basic levels of health protection at all workplaces to decrease inequalities in workers health and strengthen the promotion of health at work". Oleh kerana blok CFCS kami belajar mengenai health in community sebab itulah tujuan kami melawat kilang sari juga sebenarnya nak promoting health, tetapi kami tak sempat nak promot sebab terkilan tengok sari-sari yang dihasilkan.

Weaving Factory-Shri Laxmi Company.

Shri Laxmi company adalah sebuah kilang sari yang telah lama beroperasi semenjak 1938 lagi. Kilang ini dimiliki secara turun temurun daripada datuk pemiliknya. Tujuan kilang ini ialah untuk menghasilkan sari poliester daripada bahan mentah. Sari yang telah dihasilkan akan dihantar ke ironing factory untuk diseterika menjadi lebih tegang dan menarik.

Mesin pemintal benang.

Mesin menenun sari yang agak klasik.


Bagi kilang pembuatan sari pula terdapat dalam 10 mesin tenun sari iaitu 6 mesin lama(turun-temurun) dan 4 mesin baru. Semua mesin itu diimport daripada British dan harganya ialah Rs600000(untuk mesin lama) dan Rs1.5Lak(mesin baru) setiap satu. Tapi aku pelik jugak satu mesin hanya mampu menghasilkan 2 hingga 3 sari sehari dan dalam sehari tu dekat 20 hingga 30 sahaja sari mampu dibuat. Jumlah minimum benang yang digunakan untuk membuat sari ialah sebanyak 4400 helai benang. Benang poliester itu diambil dari Surat, Ahmedabad, Gujerat dan juga RELIANCE Company.

Semasa menenun sari pekerja hendaklah berhati-hati agar tiada kerosakan yang berlaku pada sari berkenaan.

Benang dimasukkan ke dalam alat ini(lupa pula nama alat ni apa tapi yang pasti ianya bermula dengan huruf "B").

Salah seorang pekerja menunjukkan kami proses penenunan sari.

Tenunan corak pada sari adalah mengikut corak yang telah dibentuk pada papan corak seperti yang anda lihat dalam gambar diatas.

Proses penenunan sari tidaklah mudah malah ianya agak sukar untuk kami memahaminya kerana ia perlu melalui beberapa siri yang complicated.

Benang-benang ini diimport dari Surat, Ahmedabad dan Gujerat.

Sari yang telah siap dibuat akan diseterika menggunakan mesin seterika yang khas.

Suresh Vithal Muttangi Company yang terletak di Khasbag, Belgaum adalah sebuah kilang untuk ironing sari. Proses ironing sari mengandungi beberapa peringkat pertamanya sari yang diambil dari kilang pembuatan sari akan dicantum menggunakan mesin jahit dan kemudian akan diseterika. Biasanya mereka menerima 1500 sari sehari. Setelah diseterika, sari itu akan dilipat dan dijual kepada pemborong. Terdapat 5 orang pekerja lelaki dan 10 orang pekerja wanita dan masing-masing diberi gaji sebanyak Rs1000(currency RM1=Rs16) seminggu dan Rs400 seminggu. Perghh sikit gila kan gaji mereka nih macam mana la boleh hidup, dah la kerja dari pukul 8 pagi sampai 8 malam.

Ironing Machine

Terdapat dua saiz roller yang berbeza pada mesin itu, satu besar dan satu lagi kecik. Berat setiap satu ialah 2 tan(yang besar) dan 1 tan(roller yang kecik). Mesin ini beroperasi selama 12 jam sehari dan pada hari sabtu ianya akan beroperasi selama 24 jam. Suhu yang digunakan adalah 108 darjah celcius yang mana amat sesuai untuk menjadikan sari lebih lembut, cantik , menarik dan tertarik.

Kata pemilik kilang ini, ironing machine ni sebenarnya mengandungi bahan kimia bagi menampakkan sari berkenaan menjadi lebih bersinar dan menarik.

Sari yang baru sahaja siap diseterika akan dilipat dengan segera oleh dua orang pekerja yang mahir.

Sesuatu yang paling menarik di sini ialah cara pekerja mereka melipat sari sepantas kilat dan kemas. Terbeliak biji mata aku tengok diaorang lipat sari dah macam silap mata je. Dua orang ditugaskan untuk melipat sari, sorang kat sebelah kanan dan sorang lagi kat sebelah kiri. Mereka berdua akan melipat sari yang baru sahaja siap diseterika bersama-sama dalam beberapa saat sahaja.

Sari yang telah melepasi proses pengironan akan disusun dengan cermat dan teliti tanpa meninggalkan kesan kedutan sedikit pun.


Sari yang telah siap dilipat akan diletakkan di tempat khas.

Kami juga tidak melepaskan peluang untuk membeli sari di kilang tersebut dengan harga yang lebih murah.


Cantikkan sari ini tapi takda kat Belgaum.

Setelah 3 jam merayau-rayau di kilang sari berkenaan kami pun pulang ke hostel. Apa pun lawatan ke kilang sari ini sangatlah menarik dan aku juga telah mengetahui beberapa perkara tentang pembuatan sari daripada proses penenunan sari hinggalah ke proses ironing. Terima kasih diucapkan kepada pensyarah USM-KLE yang telah mengadakan lawatan ini kepada kami agar dapat kami pelajari sesuatu yang misteri tentang India.

Sekian..

3 comments:

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...