Saturday, 30 June 2012

Gokak Falls


Gokak falls adalah air terjun yang terkenal dengan kecantikannya. Ianya terletak dalam 60Km dari Belgaum dan 10Km dari bandar Gokak. Oleh kerana kedudukannya yang terletak di sebelah kanan daripada jalan utama, Gokak Fall terus menjadi pusat pelancongan di daerah Belgaum. Air terjun ini mempunyai ketinggian kira-kira 170 kaki dan berbentuk ladam kuda atau horse shoe shaped.

Air terjun ini sebenarnya terkenal kerana bentuk dan taburannya .Kecuali dalam kontek kelebaran dan air sungai yang keperangan, ciri-ciri general air terjun ini dari segi ketinggian, bentuk dan kelajuan air di atasnya kelihatan seakan-akan Niagara Falls.

Gokak mendapat namanya daripada pokok Goki yang banyak terdapat di kawasan itu. Kata orang terdapat sebuah stesen penjana elektrik lama yang pernah beroperasi di sini buat pertama kalinya di Asia pada tahun 1887. Masa yang paling sesuai untuk melawat Gokak ialah sekitar bulan Julai hingga Oktober kerana pada waktu itu air sungai berkenaan akan meningkat lantaran hujan yang kerap.

Bergambar di hadapan Dental Institute sebelum bertolak ke Gokak.

Selama hampir dua tahun berada di India, cuma satu kali sahaja aku pernah menjejak kaki ke Gokak. Itu pun semasa tamatnya Bioethic Block semasa bulan Oktober 2010 yang lalu. Masa tu kami baru je tiga minggu berada di sini dan aku pun dah lupa siapa sebenarnya yang merancang untuk ke sana. Trip ini terdiri daripada 10 orang dan kami pergi ke sana dengan menyewa kereta.

Trip ke Gokak Falls ini sepatutnya dalam satu jam perjalanan sahaja tetapi oleh kerana kami sangat kempungan untuk makan MacD yang terletak di Kolahapur maka perjalanan kami menjadi lebih jauh. Kolahapur pula terletak di negeri Maharashtra, yang bersempadan dengan Belgaum. Kami bertolak dalam pukul 8.30 pagi dan tiba di Kolahapur dua jam kemudiannya. Di Kolahapur kami telah singgah sebentar di sebuah Museum sebelum kami makan tengah hari di MacD. Dari Kolahapur kami patah balik ke Gokak.

Siddhagiri Museum, Kolahapur.

Memasuki Gua buatan orang

Tiba di Gokak Falls

Jambatan gantung Gokak yang agak panjang dan tinggi.


Air sungai yang berwarna coklat.

Sungai ini menjadi nadi bagi penduduk tempatan yang miskin untuk membasuh pakaian.

Some Indian people are very happy for visiting Gokak.

Bergambar dengan pak cik jual sayur di penghujung jambatan gantung.

Sungai Ghataprabha dari puncak bukit

Pemandangan dari atas bukit itu sangat indah dan menyegarkan

On the top of the hill

Kena hati-hati sikit kat atas bukit ni sebab kami terjumpa tahik orang!

Hanya separuh sahaja ada air terjun sebab air sungai tak cukup banyak, sepatutnya air terjun ini memenuhi seluruh tebing batu yang tinggi itu.


Gokak Falls memang cantik tetapi warna air sungai yang kotor itu mencacatkan pemandangan

At the bottom of the falls, there is a beautiful palace.


Udara yang nyaman dan bunyi air terjun yang gemersik cukup membuatkan hati kami tenang.

The falls is just behind me.

Just sitting there and watching the waterfall. 

Namaste semua.

Kami tiba di Gokak Falls dalam pukul 2 petang dan kami lepak di sana lebih kurang tiga jam dengan hanya menikmati udara nyaman di atas bukit sambil melihat air terjun yang cantik itu. Bagi pelajar yang datang Belgaum ni agak rugi la kalau tak pergi Gokak Falls sebab jarak yang dekat dan tempat ini juga menarik. Di sana anda akan merasai pengalaman gayat semasa merentas sungai dengan jambatan gantung yang hampir usang itu dan yang pasti dapat melepaskan tension dengan menghirup udara yang segar dan nyaman di puncak bukit berkenaan. Sebagai cadangan sahaja, janganlah anda melawat Gokak Falls semasa musim panas kerana air sungai itu akan berkurangan dan kering, menyebabkan Gokak Falls tinggal sebagai nama tanpa air terjun. Seeloknya datanglah semasa musim hujan.

--Sekian--


No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...