Saturday, 15 September 2012

Aussie: Perth Part 1

Perjalanan aku di bumi Australia pada 24 Ogos yang lalu adalah bermula di Perth. Tidak pernah terlintas pun dalam fikiranku untuk menjejaki Perth dan trip ini sebenarnya dirancang secara tidak sengaja dan aku pun tak tahu kenapa aku perlu pergi Aussie. Pada malam 23 Ogos yang lalu, aku dan dua orang lagi kawanku berkumpul di LCCT dan kami berlepas ke Perth pada pukul 11.55 minit malam menaiki penerbangan Air Asia, Now Everyone Can Fly! Terima kasih Air Asia kerana menyediakan tiket promo yang murah.

Selain daripada dua orang kawanku itu, ada seorang lagi yang menemani kami iaitu Kitem atau nama sebenarnya Ahmad Muzaffar, yang merupakan pelajar engineering di University of Western Australia. Kami sebenarnya menumpang tidur di rumah Kitem sepanjang kami berada di Perth. Kitem yang baru sahaja tamat  menikmati cuti raya juga akan menjadi tourist guide kami dan akan membawa kami melawat tempat-tempat menarik di sekitar Perth.

Perth Dan Sejarahnya

Perth merupakan ibu negeri dan bandar terbesar di Australia Barat. Bandar ini juga adalah penduduk kawasan bandar keempat terbesar di Australia, dengan kadar pembesaran 2.1% adalah kini bandar utama yang cepat membesar di Australia. Perth diasaskan pada 11 Jun, 1829 oleh Kapten James Stirling sebagai pusat pentadbiran penempatan bebas Koloni Swan River. Sejak itu, Perth masih berfungsi sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Australia Barat hingga kini.


Tiba di Perth International Airport

Lima jam duduk dalam flight memang menguji kesabaran aku. Nasib baik flight malam, so aku tidor je sampailah terdengar suara juruterbang," ladies and gentlement, we will landing shortly at the Perth International Airport within 5 minutes from now bla bla...." Apa lagi aku terus je terjaga dan terus rasa tak mengantuk. Wahh dah sampai pun dekat Australia. Rasa sangat happy dan tak sabar nak jejakkan kaki di bumi Perth.

Security checking di airport tersebut amatlah strict dan leceh. Selepas ambil semua luggage, kami terus ke bahagian imigresen. Kat sana kena beratur panjang dan masa tengah beratur tu tetiba aku ternampak seorang security guard yang sedang memegang seekor anjing hitam. Unexpectedly, tetiba pak cik guard yang berbaju biru itu bawa anjing ke setiap orang yang sedang beratur untuk mengesan kalau ada pelancong yang bawa benda yang dilarang seperti dadah. Apa yang paling merisaukan aku di sini adalah apabila anjing tersebut mencium seluar jeans aku. Mujur saja air liur anjing tak terkena seluar aku kalau tidak memang kena samak la.

Tempat tidur kami yang agak bersepah

Actually there is something that is quite funny was happened here. After the first security checking, there is one more checking. Tapi aku rasa orang yang jaga kali ni adalah pegawai kastam perempuan. Bila sampai kat dia, kami ditanyakan soalan cepu mas yang berbunyi, " what are you having this morning?" Then, one of us said," oh..this morning i take chicken rice". Then makcik tu tanya lagi, What is that? Si Aidil pun cakap, there is rice with chicken (rendang ayam) and gravy. Kemudian makcik tu pun  tulis something kat borang kastam yang bersaiz kecil that is "CHICKEN".

Bila sampai dekat dengan tempat screening barang tu tetiba seorang lagi kastam yang berbangsa Cina panggil kami. Then, we gave her the form that we got from the previous makcik. When she looks at that form, suddenly she ask our permission to check our bags. We just taken out all the content of our bags but we were so surprised when she said, "WHERE IS THE CHICKEN??!!" Then we said, we dont bring any chicken here. She ask again, why the chicken is written in this form? Oh..OMG!!! Now i have understand the situation.

Apa yang melucukan di sini ialah kami tidak faham pertanyaan makcik kastam yang pertama tu. Kami ingat,"what do you have this morning" tu bermaksud, "apa yang kamu makan pagi ini" tapi makcik tu pula maksudnya lain iaitu, "apa yang kamu ada pagi ini".  Patot la pelik dia tulis chicken kat borang tu. Lepas tu kami explain pula dekat makcik kastam nombor dua tapi dia gelak je bila degar cerita tu. Hermm sekarang baru aku faham English Australia ni pelik sikit.haha

Since subuh baru masuk, so kami sembahyang dekat sebuah surau yang disediakan di airport berkenaan. Im quite happy becouse im never expect that Perth airport also providing surau for muslims. This is a good thing for us. Dekat pukul 6 pagi housemate Kitem pun datang menjemput kami dan membawa kami ke rumah mereka dekat Crawley. Jarak airport dengan rumah mereka dalam 20 minit sahaja. Sampai kat rumah mereka, kami hanya tidor sampai pukul 9 dan terus bersiap untuk pergi melihat Kangaroo di Caversham Wildlife Park.

Welcome to Caversham Wildlife Park

Aktiviti kami hari ini hanyalah melawat Kangaroo, Kilang Coklat dan Curting University. Luckily hari ini kami ada kenderaan sendiri untuk jalan-jalan dan Kitem menjadi driver kami. We give some money to Kitem for the fuel and enjoy the journey to Caversham Wildlife Park. We arrived there about 30 minutes later. Forget to mention that, we just bought some sandwitch bread and orange water for  breakfast. Harga untuk roti sandwish perisa buah dan air oren botol besar ialah dalam AUD4.9 dan AUD4. Nanti total kami bahagi tiga.Inilah salah satu cara kami berjimat untuk breakfast.

Membeli tiket masuk ke Caversham Wildlife Park

Well..Suasana dekat taman hidupan liar sangat tenang dan senyap. Waktu melawat ialah dari pukul 9 pagi sampai 5 petang. Tiket masuk boleh dibeli dalam kedai menjual souviner. Harga tiket masuk untuk adult ialah AUD23 dan kanak-kanak pula AUD16 tapi kalau ada student card dapatlah harga yang lebih murah. Antara binatang yang paling famous di sini ialah Kangaroo, Koala, Wallaby,dan juga kambing biri-biri. Ada juga beberapa spesis burung yang cantik tapi daya tarikan yang paling utama ialah Kangaroo.

Memasuki taman hidupan liar

Suasana tenang menuju ke tempat Kangaroo

Pintu rumah Kangaroo

Wallaby

Im so excited to meet Kangaroo here but yet still didnt see them. Aku nampak kelibat beberapa haiwan yang menyerupai kangaroo. Tapi jumlahnya sedikit sahaja dan berada di dalam kandang yang khas. Aku ingat itu adalah kangaroo tapi bila baca description board, ternyata haiwan itu ialah "wallaby". Mungkin ianya salah satu daripada spesis kangaroo tapi yang pastinya ia bukan kangaroo.

Its ok. Mungkin mereka nak bagi pelancong rasa membuak-buak untukmelihat Kangaroo that is why they put wallabys first. When we move on to another part, i saw some koalas but i couldnt see them clearly becouse they were locked in a sangkar kaca. Mungkin koala ini terlebih pemalu kot sampai terpaksa dikurung dalam sangkar kaca tapi ada lagi satu kandang koala yang terbuka, dimana kita boleh memegang sendiri koala. Cuba la kalau dapat pegang!

Then kami pun menjumpai kandang kangaroo yang sebenar. Kandangnya agak luas dan ada dua bahagian. Bahagian pertama tak ada banyak sangat Kangaroo. Setelah puas memberi makan dedak kepada kangaroo, kami pun berjalan lagi menuju bahagian yang kedua. Itu pun sebab aku ternampak beberapa kangaroo lari pergi sana. Then i follow la. Sampai je kat tempat itu aku sangat terpukau. Ternyata terdapat banyak sangat kangaroo. Ada macam-macam warna seperti putih, perang dan campur-campur.

Nahh. Bersepah Kangaroo kat sini

Bagi makan dedak

Kangaroo adalah haiwan yang memiliki betis lebih panjang berbanding paha.


Bagi makan dekat kangaroo malas

Bergambar dengan pelancong dari Malaysia

Geramnya nak dukung kangaroo nih. Comel sangat la dia.


Walaupun kakinya hanya dua tapi mampu berlari dengan laju

Cara Kangaroo menyusukan anak

Actually haiwan yang bernama kangaroo ni sangat jinak, baik dan langsung tidak agresif. Suka la main dengan kangaroo ni sebab dia sangat manja dan sporting. Aku tidak melepaskan peluang untuk memberi makan kepada kangaroo. Aku tak tahu apa makanan sebenar Kangaroo tapi kat sini mereka makan dedak je. Apa yang menarik tentang kangaroo ialah bila kita nak bagi makan kat dia, mesti dia akan letakkan tangannya kat tangan kita dan terus makan dedak.

Sometimes ada je kangaroo yang malas nak bergerak dan lebih prefer makan sambil baring. Tapi beware kalau nak peluk atau gosok badan kangaroo sebab aku dah cuba beberapa kali dan terus je mereka lari. Mungkin mereka geli kot atau memang jarang dibelai. Anyway aku rasa best pula main-main dengan kangaroo ni. Rasa nak bawa balik rumah je sekor. Kenapa la tuhan tempatkan kangaroo di Australia je.


Walaupun pemalu tapi sempat pula posing untuk bergambar. 

Biasanya koala sangat pemalu dan suka tidur tapi yang sekor ni lain sikit. Dia lebih suka jalan-jalan.

Satu lagi haiwan yang famous dekat Australia iaitu si koala yang comel. Haiwan ni biasanya lebih suka bersendirian di atas pokok. Aktiviti harian mereka hanyalah makan dan tidur, sebab itulah mereka agak montel. Penjaga zoo cakap, sebenarnya koala bukanlah haiwan yang pemalu cuma ia tidak aktif dan suka tidur sahaja. Tapi haiwan ni agak cerewet sikit. Koala tak akan makan daun-daun yang telah disentuh oleh tangan manusia. Mungkin koala takut makanan mereka tercemar kot. Ada sedikit amaran di snini, "jangan sesekali telak tangan di kepada koala sebab koala memang pantang orang buat macam tu". Kalau nak gosok-gosok belakang koala kena guna belakang tangan dan jangan sesekali guna tapak tangan nanti tak pasal-pasal kang koala akan demam. 

Kandang kambing biri-biri


Keldai





Next destination is the farm show

Sementara menunggu farm show yang akan berlangsung pada pukul 1.30 tengah hari, maka kami bersarapan dahulu.

Para penonton yang kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak sedang menunggu farm show bermula


Cara mencukur bulu biri-biri yang unik

Aktiviti terakhir farm show ialah acara memberi susu kepada anak biri-biri paling cepat habis.

Apa yang menarik dekat farm show ni? Sebenarnya kat sini mereka akan mengadakan satu pertunjukan haiwan kepada penonton. Antara haiwan yang memainkan peranan ialah kuda, biri-biri dan anjing. Kuda  tidak berfungsi pun dalam pertunjukan ini, ia cuma  bertindak sebagai pelakon sandaran sahaja. Pertunjukan yang dipersembahkan adalah kebijaksanaan anjing mengawal biri-biri dan memasukkan mereka ke dalam kandang dengan berjaya.

Perkara yang paling menarik dalam farm show adalah pertunjukan cara mencukur bulu biri-biri. Aku rasa cara mereka guna untuk mencukur biri-biri itu sangat luar biasa. Nampak agak senang tapi kalau kita tidak pakar mesti susah. Tapi aku tak tahu kenapa biri-biri itu tidak berteriak atau bergerak sedikit pun masa tengah dicukur. Seakan-akan mereka telah redha dengan nasib diri.  Apa pun aku sangat teruja kerana lelaki itu mampu mencukur seluruh bulu biri-biri dalam masa lima minit sahaja.

Melawat kilang coklat, Margaret River Chocolate

Free taste

Nampak macam sedap je tapi bila tengok harga memang terus tak jadi beli


Banyaknya coklat tapi tak mampu nak beli sebab banyak tempat lagi nak pergi


On the way balik dari melawat Kangaroo, kami singgah sekejap di Margaret River Chocolate untuk melihat-lihat coklat buatan Australia. Kalau ada doit lebih nanti kami beli satu longgok coklat. Kat dalam kedai tu macam-macam jenis coklat dijual dan yang paling murah cuma AUD4.99 ( RM15). Dalam trip kali ini aku agak berhati-hati nak shopping sebab perjalanan masih panjang. Banyak lagi tempat akan aku pergi sebab kami nak pusing satu Australia. Doit yang aku bawa pun cukup-cukup je. Tapi takkan nak pulang dengan tangan kosong, so aku beli juga coklat yang harga $5.99. 

Ladang anggur

Curtin University



Sudah menjadi kebisasaan bagi sesiapa yang datang ke Australia, especially student yang tak berpeluang melanjutkan pelajaran di luar negara untuk melawat universiti yang ada di sini. Dekat Perth ni yang aku tahu ada dua universiti yang ada Malaysian student, salah satunya ialah Curtin University. Kami singgah dekat Curtin Uni sebenarnya untuk solat. Alang-alang tu kami jalan-jalan la di sekitar universiti itu. Bagi aku Curtin Uni sangat luas, persekitarannya menenangkan dan bangunanya pun boleh tahan juga. Walaupun Curtin Uni. lebih besar berbanding University of Western Australia (UWA), tapi UWA lebih cantik. Aku pun baru tahu dekat Curtin Uni. jugalah tempat Mat Luthfi belajar. Kalau ada rezeki boleh la kami jumpa Mat Luthfi tu.

Banyak restoran Indonesia di sini

Satu lagi restoren Indon, Bintang Cafe.

Makan bakso di Bintang Cafe

Percaya atau tidak, dah hampir seharian kami bersiar-siar tapi tak sempat pun nak makan nasi. Mungkin sebab terlalu excited dapat tengok kangaroo sampai kami lupa nak lunch. Dekat pukul 5 petang, Kitem bawa kami ke restoran Indonesia yang terletak berdekatan dengan rumahnya. Aku perhatikan kat sini banyak juga restoran Indon tapi restoran Malaysia pun ada. Aku tertanya-tanya juga, emangnya orang Indon bikin apa si di sini karena banyak juga restoran yang diusahakan oleh mereka. 

Kitem cakap kebanyakan orang Indon yang datang sini adalah untuk belajar dan juga bekerja, sama juga dengan orang kita. Tapi Indon yang datang Australia adalah Indon yang educated dan kaya la. Waduh lapar bangat si, terus aja gua order bakso spesial yang sedap dan harga semangkuk bakso ialah $10(RM33). Mahal kan kalau convert ke Ringgit tapi kalau dalam Rupiah mesti udah berpuluh-puluh ribu. Untuk menjimatkan perbelanjaan, kami telah merancang untuk makan makanan berat seperti nasi hanya sekali sehari, dan breakfast. Bunyinya macam sedih jer tapi itulah realiti kami sepanjang perjalanan di bumi kangaroo ini.

Sekian dahulu untuk edisi hari pertama di Perth, nantikan episod seterusnya! 

25 comments:

  1. salam kenal..

    not sure boleh tak nak travel ke aussie ni.. esp for me and family.. katanya budget memang boleh burst. different if u r single dan travel with frens.. so budget kira ok lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sujud syukur saya ucapkan kepada ALLAH SWT dan saya sekeluarga sangat berterima kasih banyak kepada KI WARA atas bantuannya saya bisa mendapatkan dana ghoib dan alhamdulillah BENAR2 berhasil karna sekarang ini kehidupan saya jauh lebih baik dari sebelumnya dan semua utang2 saya sudah pada lunas semua,,!!! jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi KI WARA 085242894584 ini lah kisah nyata dari saya…beliau juga memberikan pesugihan,jual tujul,uang ghaib,bulu perindu.ATAU BUKA BLOK KI WARA

      Delete
  2. wsalam..

    kalau nak save budget better pergi perth je sb rasanya perth dh cukup utk kenal australia. for me, perth is the best place in aussie :)

    ReplyDelete
  3. cemoey pic,,ada masukkan tangan x dalam poket kangaroo???hehe

    ReplyDelete
  4. nope!poket kangaroo sgt mengelikan kalo tgk dari dekat.

    ReplyDelete
  5. yeke??ngat comeyy,.,teringin nak masuk dalam poket dia kalau tengok cter cartoon,.huhu,,.

    ReplyDelete
  6. Tabik springg la..only AUD900 boleh round 1 aus..last april we visit sydny sahaja tukar duit AUD1000, ngam2 sampai kl airport tgk duit dlm wallet hsnya tinggal AUD4.00..my our plan next destination mybe melb tp bila baca yr story melb mcm tk best..rasanya change to perth la

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha springg la sgt ni. boleh je pusing oz dgn hanya $900 if and only if kita ada kawan kat sana. boleh tmpang rumah mereka dn mntak tlg mereka bwk jalan2. pasal melben tu ada org ckp best tp bg sy xbest. depend jgk pd pengalaman org yg pernah g sana.

      Delete
  7. saya tengah planning nak pi perth this coming Oct..can't wait!

    *ada apa apa info yang saya patut tau tak?

    ReplyDelete
  8. salam. ada tak contact student msia kat perth yg leh tlg jadi guide kat sana nnti, dan juga leh carikan homestay ke.

    ReplyDelete
  9. Salam.nak share pengalaman ke perth.saya br pulang 3 hari lepas.dan merupakan kali ke 4 saya dan keluarga ke sana.ia adalah kerana kami sgt suka dgn perth dan tmpt kami menginap. Kami menginap di mahira holiday homes yg merupakan seorg malaysian muslim owner.beliau mempunyai 4 holiday bungalow dan alhamdulilah kami sudah mencuba ke empat2 holiday tersebut.kami amat berpuas hati kerana tmptnya sgt dkt dgn perth city,bersih,fully furnishhed dan amat berpatutan.anak owner tu ada dimsia.boleh contact cik siti 0123360098 . Fully equipped with kitchen n cooking facilities dan juga washer machine n dryer. Mereka juga ada kereta sewa utk in house guest.bonusnya mereka pick n drop off airport for free
    owner dia pulak very friendly and humble.down to earth. memang superb lah service diaorg. rumah rumah mereka pun memang sgt dkt dgn kemudahan. memang berbaloi.

    caj yg dikenakan adalah AUD$220 weekdays dan $240 weekend

    untuk 2 adults and 2 kanak kanak bwh 12 thn atau 3 adults

    berbaloi kan? memang berpatutan. yg penting service dia memang superb!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahira ada sediakan pakej tour tak? ke kena sewa kereta pergi sendiri?

      Delete
  10. yup me too pgi sana last week, best giler,,,, summer bnyak pgi piknik. caversham pon pgi best..tpi koala bear suma tidor je..kilang coklat pon i pgi jugak. i lebih suka uni of western aus dri curtin sbb uni tu cantik & classic. :)

    ReplyDelete
  11. Planning nak ke perth this coming may....skrg tgh survey2 tpt menarik utk dilawati. Br terjumpa blog ni. Tiba2 rasa mcm x sabar pulak ke sana. Harap2 semua berjalan dgn lancar. Thanks for sharing the info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi fadie.
      Saya pun nak p travel with family may ni.
      Ada jumpa apape pakej/budget yg best?harap dapat share. Utk dalam 15 org lah lebih kurg. Harap dpt emel to murnishuhada.mas@gmail.com

      Tq

      Delete
  12. Salam, nk tny...dlm dclaration card tu, main bantai je tulis nama hotel, xpe ke? Sbb actually nk tdo pegi umh kawan tp dia xbgtau tulis alamag dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, fyza lee.. nk tnya ada x fb or email or whatapps kawan yg duk kat perth? Nk bleh x? Sy kena buat attachment sebulan kat perth tp x tau accommodation yg murah. Kalau bleh nk tny kawan tu kut2x dia tau tmpt sewa bulanan yg murah sket..

      Delete
  13. hi thanks for this information, rasa tak sabar je continue study kat curtin uni. thanks ya brother!

    ReplyDelete
  14. Assalamualaykum...just nak share..Sekiranya memerlukan homestay di Perth, sesuai utk org Islam, SUCI dan HALAL, boleh muat hingga 6 orang..$180 per malam..10 minit dari Perth City..boleh whatsapp +61411536495 utk berbincang dengan lebih lanjut..

    ReplyDelete
  15. salam sya nak berkahwin di perth tapi tak tahu caranya . boleh berikan caranya.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Assalam wbt. Kalau saudara x keberatan boleh ke kalau sy nk dptkan itinerary lengkap & to do list sebelum berangkat ke perth, termasuk kat mana murah & senang utk apply ETA? Maaf sekiranya menyusahkan & TQ kalau sudi membantu ;) Boleh email di raimkarim@gmail.com

    ReplyDelete
  18. salam, nk tnye... if compared to perth, melbourne n sydney.. mane lg best tok dr segi tempt menarik, cost n penginapan?

    ReplyDelete
  19. salam kenal. saya baru nak khatamkan input yg awak bg ni. next year mac inshaAllah sampai sana. huhuhu. backpacker. bertiga. bru nk usha2

    ReplyDelete
  20. hi all, nice information here. can get info also here at http://mummyinaussie.blogspot.com

    ReplyDelete

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...