Monday, 1 October 2012

Aussie: Perth Part 3

This is our third day in Perth and we are still survive in the cold weather of approximately 3 degree celcius at night. There are still eleven days more for our backpacking in the land of Australia. I felt so cold here and always wearing the winter cloth even i was in the house. Luckily i bring along a sleeping bag but i'm still can feel the cold deep into my tibial bone. My sleeping bag is not so good to insulate me from the cold weather becouse it was RM30 only.  If you want to travel during winter in any country, i'm suggesting you to buy a high quality sleeping bag.

I though Perth is so cold for me but my friend said Melbourne and Adelaide is cooler that this. I'm suppose to be more grateful for this weather but surely i like it very much. But somehow i felt the hot weather in Malaysia is better than the cold weather in Australia. From what i know, summer in Australia is so trouble as it approaches 47 degree with dry air. 

Preparing breakfast

Aku tengok pelajar Malaysia kat sini rajin juga memasak sendiri di rumah. Mungkin mereka ingin berjimat sedikit memandangkan harga makanan di sini agak mahal. Kami pun sama la. Sebagai backpacker kami tak kisah pun nak makan apa asalkan murah dan kenyang. Di sini kami membeli ayam yang sudah diperap di pasar raya Coles dan masak sendiri dekat rumah. Tak silap aku harga lapan ketul paha ayam bersaiz besar tu dalam $7 dan kalau bahagi tiga memang jimat la. Boleh save budget untuk shopping souvenir. 

On this third day, actually kami nak jalan-jalan dekat Fremantle. Orang cakap kalau datang Perth memang wajib pergi Fremantle sebab kat sana boleh dapatkan souvenir dengan harga yang murah. Setakat ni aku tak jumpa lagi souvenir yang harga 1 henggit atau 2 henggit tapi kalau harga bawah 10 henggit tu rasanya dah ok la untuk aku yang tak bekerja lagi ni. Nanti kita terjah Fremantle Market habis-habisan!

Tiba di Subiaco

Larian amal sedunia

Train station

Kami berada di Subiaco tengah menunggu train ke Fremantle

Train diaorang luas dan selesa

Fremantle Railway Station

Seperti biasa, dari University of Western Australia kami naik bas dan turun dekat kawasan yang berdekatan dengan Subiaco City. Dekat sana kami terus naik train untuk ke Fremantle. Trip kali ini agak smooth la sebab ditemani oleh kawan kami yang belajar di sini dan merekalah yang guide kami pergi jalan. 

Setahu aku Fremantle ni adalah satu bandar pelabuhan yang terletak di pinggir Swan River kira-kira 20km dari Perth City. Fremantle Harbour juga dijadikan sebagai pelabuhan buat Perth. Nak lagi spesifik, nama Fremantle ni sebenarnya diambil sempena nama pegawai British yang bertugas di sini iaitu Captain Charles Howe Fremantle dan beliau jugalah yang telah membina sebuah kem pertahanan di Fremantle pada suatu masa dahulu. Bandar Fremantle mempunyai banyak bangunan kurun ke-19 yang masih kekal hingga ke hari ini dan juga peninggalan-peninggalan lain.

Fremantle Post Office



Fremantle Town Hall


Heritage buildings


Historic building

Maritime Museum

Tandas awam


Kalau nak berjalan memang tak senang hati kalau dah masuk waktu solat tapi kita tak solat lagi. Sepanjang aku berada di Aussie memang kami akan solat terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti berjalan-jalan sebab khuatir terlupa dan terpaksa melakukannya pada lewat waktu. Kat sini biasanya kami cari je kawasan lapang seperti padang atau taman yang ada tandas awam untuk senang kami nak ambil wuduk dan sembahyang. 

Cicerellos Restaurant-for great fish and chips!


Kalau nak rasa suasana meriah macam ni, sebaiknya datang la sini pada hari Ahad.

Siap ada performance lagi


Suka la tempat ni sebab ramai sangat orang yang datang semata-mata nak makan fish and chips yang sedap tu.




For your information, Australia is very famous with it fish and chips. Kat sini orang putih memang suka sangat makan benda alah tu. Kebetulah kami datang Fremantle pada hari Ahad dan memang hujung minggu macam ni berpusu-pusu orang ke sana. Kalau hari biasa Fremantle akan jadi lengang sikit dan tak begitu meriah. Nasihat aku, datanglah Fremantle pada hari Ahad ok! Kat sini aku terjumpa satu benda yang agak canggih dan belum pernah lagi aku jumpa kat Malaysia or India. Bila kita order dan bayar makanan tu tetiba cashier bagi satu alat yang nampak macam handphone (rujuk pada gambar diatas). Dekat alat tu tertulis nombor giliran kita. Nanti bila fish n chips kita dah siap automatically alat tu akan berbunyi dan boleh la terus pergi ambil makanan. Hihi excited gila kan bila alat canggih manggih tu bebunyi walaupun terasa sedikit jakun di situ.

Salah satu benda yang paling special dekat Fremantle ialah Fish and Chips. Inilah first time aku makan fish and chips Australia dan rasanya sumpah sedap gila. Selain fish  and chips ada jer kombinasi makanan laut yang lain dengan chips seperti prawn n chips, sardin n chips, chicken n chips tapi mostly orang panggil fish and chips jer. Harga fish n chips kat sini pun depend pada jenis menu la. Hari tu aku ambil Tradisional Fish n Chips jer dan harganya cuma $10. Kalau nak yang lagi special harganya pun bertambah mahal la macam Seafood Platter tu dalam $46. Kawan aku cakap seafood platter tu haram dan jangan sesekali makan sebab ada bahan berunsurkan khinzir. Siyesly aku cakap fish and chips dekat sini memang sedap sangat. Chips dia besar gila, tak macam Malaysia punya. Fish dia pun besar sampai aku rasa muak nak habiskan semuanya.

Traditional Fish and Chips-$9.9 jer!

Bergambar bersama pelancong Malaysia yang lain



Suasana di sini sangat santai dengan pemandangan pelabuhan yang indah





Sebelum penjajahan British, sebenarnya Fremantle adalah penempatan bagi kaum orang asli Australia yang dipanggil sebagai Aborigin. Nama traditional fremantle ialah Walyalup yang bermaksud "tempat menangis" dan orang asli tempatan pula dikenali sebagai "Whadjuk". Bagi orang asli, mereka menggap Fremantle sebagai tempat berpesta, menjalankan aktiviti kebudayaan dan tempat berdagang. 

Biasanya Australia mempunyai empat musim tetapi bagi orang Whadjuk, mereka membahagikan masa kepada enam musim yang mana memandu mereka untuk berpindah dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Enam musim yang mereka amalkan itu ialah Birak(summer), Bunuru(summer to autumn), Djeran(autumn), Makuru(winter), Djilba(winter to spring) dan Kambarang(spring). So kiranya aku melawat Aussie pada musim Djilba la.

Sebagai contoh. semasa Djeran(april to may) biasanya orang asli Whadjuk akan berpidah kembali di sepanjang Swan River menjauhi kawasan pantai. Bila Makuru(june-july) tiba, Whadjuk akan berpindah jauh ke kawasan terpencil dalam kem musim sejuk mereka. Namun apabila Kambarang (October-November) tiba, Whadjuk akan berpindah kembali ke kawasan pantai kerana cuaca pada masa itu panas.

Menuju ke Round House untuk melihat pantai Fremantle dari atas sebuah bukit

Round House

Fremantle beach




Perkara yang aku suka tentang Australia ialah pantainya yang cantik dengan airnya yang jernih dan kebiru-biruan. Mungkin salah satu kelebihan Australia adalah memiliki alam semula jadi yang sangat indah bermula dengan landskap tumbuhan yang cantik, pantai yang putih bersih sehinggalah anugerah tak ternilai iaitu langit yang sangat biru berserta kepulan awan yang menghiasinya. Sungguh, bumi boomerang ini sangatlah indah dan ternyata aku sekali lagi aku jatuh hati dengan tempat ini.

 One of many well-preserved 19th century business and commercial streets in downtown Fremantle

National Hotel



Bandar Fremantle ni tak ubah seperti bandar peninggalan sejarah. Di sini terdapat banyak bangunan lama yang telah dibina sejak kurun ke-19 lagi dan ianya masih dipelihara dengan baik sehingga ke hari ini. Fremantle juga merupakan bandar pelabuhan yang tenang dan damai. Aku merasa sangat tenang dan agak bosan bersiar-siar di bandar ini kerana jalannya yang langsung tidak sibuk dengan kenderaan, malah kat sini juga tidak ramai orang. Jalan-jalannya sangat lengang dan biasanya anda akan menjumpai banyak bangunan antik di kiri dan kanan jalan. 

Fremantle Market










The most important landmark here is Fremantle Market. This is a must visited place in Fremantle. Mostly pelancong yang datang sini akan singgah dekat Fremantle Market untuk mendapatkan souviner Perth. Anda mampu mendapatkan barang-barangan cendera hati dengan harga yang jauh lebih murah berbanding yang dijual di Perth City. Fremantle Market ni agak luas la dan ada pelbagai variasi barangan yang dijual seperti souvenir (key chain, fridge magnet, baju i love Perth, anak patung, boomerang), makanan, buah-buahan, sayur-sayuran etc. 

Menariknya di sini aku terjumpa beberapa orang Malaysia dan Indonesia yang bekerja sebagai jurujual dekat kedai souvenir. Bila kita lalu depan kedai mereka tetiba je terdengar suara orang menegur, "apa khabar mas, silakan masuk". Nak beli belah kat sini kira senang la sebab juru jualnya adalah orang kita juga. Kebanyakan souvenir Australia kat sini made in China sebab kos pembuatannya yang murah. So kalau nak beli baju ke, key chain ke memang tak boleh lari dari statement "made in China" sebab memang kerajaan Aussie buat kilang souvenir dekat negara China. Lagi pun orang China juga ramai yang berniaga di Fremantle Market ni.

church

Pulang dengan menaiki bas

Terjumpa Mat Luthfi

Balik dari Fremantle aku lepak sekejap dekat padang tepi kolam UWA tu sambil buat video rakaman sebab esok aku akan meninggalkan Perth. Tak puas lagi tinggal kat sini dan rasa macam sedih je nak berpisah dengan Perth. Lepas tu aku gi lepak dekat tepi sungai Swan pulak sambil tengok pemandangan bandar Perth dari jauh. Suasananya tenang sekali. Bila balik rumah agak terperanjat la sebab tetiba ternampak muka yang amat familiar kat you tube. Oh Mat Lutfi rupanya! Dia datang singgah sini lepas balik dari open house dan alang-alang tu dia terus tidur kat rumah yang kami menumpang ni. Ok la mamat ni baik, rajin, peramah dan sempoi.

Sekian..


1 comment:

  1. Bestnye bercuti ke perth nih.. harap dapat pergi juga satu hari nanti.. :)

    ReplyDelete

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...