Sunday, 7 October 2012

Aussie: Perth Part 4

Hari terakhir berada di Perth. Seriously aku tak sangka masa berlalu amat pantas dan rasa tidak sanggup nak tinggalkan tempat ini. Environment kat sini sangat berbeza dengan negara kita, apatah lagi negara India. Tapi kalau nak bandingkan Australia dengan India memang antara langit dengan bumi. 

Hari ni tak ada aktiviti pun just bersiap siaga dan nak jalan-jalan cari makan dekat UWA sambil usha-usha barang dekat pasaraya IGA. Sementara Mat Luthfi masih ada kat rumah tu, so sempat lagi kami interview dia dan buat rakaman video sikit. Eheww! Tapi tak sama la dengan video dia tu, ini punya versi skema, just suruh dia citer pengalaman belajar dekat Perth.






Yeahhh. Malaysian food! 

Nasi lemak penang. Sedap tapi pedas.


Aktiviti terakhir kami di Perth ialah melawat Kings Park, yang terletak dekat Mount Eliza. Taman ini adalah kombinasi daripada rumput-rumput taman, botanical gardens  dan hutan belukar semulajadi. Dari Kings Park ni kita boleh tengok panorama Swan River dan Darling Range. Lebih menarik lagi, kita boleh tengok keseluruhan bandar Perth dari sini. Sebenarnya Kings Park adalah inner city park paling besar di dunia, kira-kira 4 km persegi dan merupakan salah satu destinasi pelancongan yang popular di Perth.

Nama pokok ini, Gija Jumulu.

Gija Jumulu adalah nama yang diberikan kepada pokok boab (adansonia gregorii) yang diangkut 3.2 kilometer dari Telegraph Creek, Warmun berhampiran di rantau Kimberley Australia Barat Kings Park di Perth. Pokok 36 tan dianggarkan berusia 750 tahun dan dinamakan daripada orang asli tempatan berhampiran Warmun, iaitu Gija, dan perkataan mereka untuk boab pokok, Jumulu. Boabs dipercayai mampu hidup sehingga 2,000 tahun. Pokok ini menerima beberapa kerosakan cetek pada batang sebelah selatan semasa dalam perjalanannya ke Kings Park yang menyebabkan beberapa dahannya menjadi busuk.

Botanic garden


Enam Musim bagi orang asli (aborigin) Australia.

Seperti yang telah aku khabarkan dalam post sebelum ini bahawa orang asli Australia, atau dikenali sebagai Aborigin membahagikan empat musim utama ( winter, spring, summer, autumn) kepada enam musim iaitu Makuru, Djilba, Kambarang, Biruk, Djeran dan Bunuru. Pembahagian musim ini adalah berkait rapat dengan kehidupan mereka yang hidup secara berpindah-randah berdasarkan peralihan musim dan kepercayaan mereka. 

Lotterywest Federation Walkway



State War Memorial Precinct

State War Memorial Precinct terletak di  Mount Eliza menghadap Perth Water. Ianya mengandungi Cenotaph, Court of Contemplation (mahkamah renungan), Flame of Remembrance( api peringatan) dan Pool of Reflection.

Anzac Dawn Down Service

Selain kemudahan pelancongan, Kings Park juga mempunyai State War Memorial, the Royal Kings Park Tennis Club dan sebuah takungan. Hari Anzac adalah hari kebangsaan peringatan di Australia dan New  Zealand, asalnya diperingati oleh kedua-dua negara pada 25 April setiap tahun untuk menghormati ahli Australia dan New Zealand Army Corps (ANZAC) yang berjuang di Gallipoli di Empayar Uthmaniyyah semasa Perang Dunia I. Ia kini lebih meluas memperingati semua mereka yang berkhidmat dan mati dalam operasi ketenteraan bagi negara-negara mereka. 


Panoramic view of Perth City

Pokok di sebelah Saiful ni namanya Corymbia citriodora

Menghadiri rumah terbuka dekat Curtin, on the way nak ke airport.

Bersalam dengan Mat Luthfi

Dekat dua jam jugak kami lepak di Kings Park tu, then kami terus bergerak menuju Perth Airport. Flight kami ke Adelaide ialah pada pukul 5.30 petang, so kami kena sampai sana at least satu jam lebih awal. Kebetulan nak ke Airport tu kena lalu dekat Curtin dulu, so kami singgah la sekejap dekat sebuah rumah pelajar Malaysia yang buat open house. Kali ini memang kami langkah kaki kanan la sebab belum lunch lagi. Dekat open house tu ada macam-macam makanan termasuk makanan kegemaranku iaitu Nasi Kerabu Ayam Bakar. Budu cap ketereh pun ada jugak. Anyway, terima kasih yer kepada tuan rumah sebab sudi ajak kami ke open house mereka. Tak lupa juga kepada Kitem dan semua housematenya yang sudi membenarkan kami berteduh di rumah mereka. Hanya Allah saja dapat membalas jasa baik kalian. 
Selamat tinggal Perth

Tiba di Adelaide Airport

Actually Perth ni bandar yang agak terasing berbanding bandar-bandar lain di Australia sebab jaraknya yang agak jauh. Bandar paling dekat dengan Perth adalah Adelaide, dekat 3 jam naik flight. Kami sampai dekat Adelaide dalam pukul 8.30 malam dan dijemput oleh kawan kami iaitu Indera. Orang cakap Adelaide ni kurang best sikit berbanding bandar-bandar lain di Australia tapi kami pergi sana sebab nak jumpa kawan dan nak merasai suasana Adelaide.

Justeru, sukacita dimaklumkan bahawa tamatlah sudah trip 4 hari 3 malam di Perth. Pada pandangan aku, Perth adalah sebuah bandar yang tidaklah begitu besar tetapi amat cantik dan menenangkan. Alam semulajadi di Western Australia juga sangat indah. Maha Suci Allah tidak pernah aku melihat sebuah tempat yang cantik seperti Perth. 

Sekian..


3 comments:

  1. sy dah baca semua entry tentang perth...byk info yg awk cite dlm post2 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..segala yang baik itu daripada Allah dan apa yang buruk itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri. moga post tentang Perth bermanfaant :)

      Delete
  2. best nye . dah baca dah entry awak pasal perth . bnyk info .

    ReplyDelete

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...