Friday, 12 October 2012

Granite Island, Adelaide

Alhamdulillah kami meneruskan legasi Empat Belas Hari backpacking di Australia di sebuah bandar yang bernama Adelaide. Terasa agak janggal bila pertama kali mendengar nama "Adelaide" yang dilontarkan oleh rakan sepengembara denganku. Selama ini tidak ketahuan pula Adelaide itu wujud di Australia dek ditenggelami oleh populariti bandar Sydney, Melbourne, Perth dan Gold Coast. Atau mungkin juga kerana kejakunan aku sendiri menyebabkan aku tidak pernah ambil kisah tentang bandar yang merupakan ibu negeri South Australia ini.

Trip Dua Minggu ini adalah travelog perjalanan terpanjang dalam hidupku. Sebelum ini aku hanya mengembara selama seminggu sahaja semasa menjelajah bandar-bandar bersejarah di Utara India. Nak jalan lama-lama kat tempat asing memerlukan persediaan yang lengkap bukan sahaja bajet yang cukup,  planning yang mantap, malah mental dan fizikal juga kena kuat. Hal ini memang tidak boleh dinafikan dan aku  telah mengharunginya sendiri. Kepenatan jalan-jalan cari pasal di Perth belum lagi pulih sepenuhnya dan sekarang kami harus kuatkan semangat untuk menggunakan kaki-kaki ini di Adelaide pula.

Penerbangan kami dari Perth ke Adelaide ditaja oleh JetStar (saja nak nampak gempak padahal kami beli tiket sendiri je). Tak silap aku tiket kami tu terbeli masa tengah promo dalam AUD126 atau dekat RM441. Hermm hampir sama dengan harga flight kami dari Malaysia ke Perth. Pada aku JetStar ni macam AirAsia la kerana menawarkan harga tiket yang murah sikit berbanding Qantas tapi bezanya penumpang dibenarkan membawa hand luggage sebanyak 10kg! Aku tengok omputeh siap bawa naik makanan lagi kat atas flight dan sempoi je makan tanpa rasa bersalah. Mungkin kat sini boleh bawa makanan kot. Antara penerbangan domestik yang masih available di Australia selain JetStar adalah, Cantas, Tiger, Virgin ect.

Sebuah jambatan ke Granite Island

Tiba sahaja di Adelaide Airport pada pukul 8.30 malam, kami disambut oleh Indera, pelajar yang mengambil jurusan International Relation di University of Adelaide. Kami dibawa ke rumahnya yang terletak 20 minit sahaja dari airport. Keluar sahaja dari kereta aku berasa sangat terkejut kerana suhu di Adelaide jauh lebih sejuk berbanding Perth. Nasib baik je bekalan air panas di rumah mereka ada, jadi tiada masalah untuk kami mandi. Kat sini sleeping bag yang kami bawa seakan-akan tidak bererti kerana tidak mampu melindungi kami dari kesejukan. Indera dan housematenya sangat memahami lantas mereka pinjamkan kami sleeping bag mereka yang agak tebal dan kalis sejuk.

Di sini ingin aku menceritakan sedikit tentang keadaan rumah Indera. Bagi aku la rumah Indera sebenarnya sangat besar kerana mempunyai tujuh bilik tidur, satu ruang tamu yang sederhana besar, satu dapur, dua bilik air, sebijik garaj dan satu halaman belakang rumah yang luas. Kat Aussie ni pelik sikit sebab halaman di belakang rumah lebih luas daripada halaman di hadapan rumah. Katanya harga sewa setiap bulan untuk seorang ialah dalam AUD350 (RM1225) tapi mereka bayar setiap dua minggu sekali. Kat depan rumah mereka pula ada satu batang pokok oren yang merindang buahnya dan rasanya sangat manis.

Trip kami ke Adelaide ada hikmahnya kerana di sinilah aku mengenal beberapa orang yang sangat peramah dan baik hati. Mereka ialah housemate-housemate Indera iaitu Irwan, Lokman, Razi, Azri dan maaf ye yang lain aku terlupa nama. Terima kasih korang kerana menyambut kami dengan baik sekali dan kami rasa sangat dihargai. Tambah-tambah si Indera yang selalu je masak untuk kami. Anyway masakan ko memang sedaplah!


Malam tu juga kami merancang aktiviti jalan-jalan selama dua hari di Adelaide. Seperti yang dipersetujui, kami akan melawat Granite Island di Victor Harbour pada hari pertama dan akan meredah bandar Adelaide pada hari berikutnya. Memandangkan Indera ada kelas keesokan harinya maka dia meminta kawannya membawa kami ke Victor Harbour dengan menaiki kereta. Pagi itu kami singgah sekejap di pasaraya COLES untuk membeli makanan seperti roti, air, ayam bakar dan buah epal untuk berkelah di Victor Harbour. Mungkin di sana susah nak cari makanan halal sebab itulah kami prepare siap-siap.

Untuk pengetahuan anda, Victor Harbor adalah sebuah bandar yang terletak di pantai Semenanjung Fleurieu, kira-kira 80 km ke selatan Adelaide. Bandar ini merupakan pusat penduduk terbesar di semenanjung, dengan ekonomi berdasarkan pertanian, perikanan dan industri pelbagai. Ia juga merupakan destinasi pelancongan yang sangat popular, dengan penduduk di bandar ini sangat berkembang semasa cuti musim panas.

Menjejaki Granite Island

Granite Island ialah sebuah pulau kecil di sebelah Victor Harbor. Pulau ini langsung tidak berpenghuni, bagaimanapun terdapat bangunan dan perlindungan di situ, termasuk kafe. Ia adalah satu tarikan pelancongan yang popular, terutamanya bagi orang-orang yang ingin melihat Little Penguins (biasanya dipanggil "Fairy Penguins") yang membiak dan hidup di pulau itu. Pulau boleh diakses merentasi tambak dari tanah besar, sama ada dengan berjalan kaki atau dengan menaiki Horse Drawn Tram disediakan. Ahoho itu dia serba sedikit info tentang Granite Island yang dipetik dari pak cik google sebentar tadi.


Selain daripada Granite Island Recreatian & Nature Park, ada banyak lagi attractions dekat Victor Harbour antaranya ialah The Horsedrawn Tram, Whale Center, The Big Duck Boat Tours an so on. Hermm nak tahu lagi detai silalah browse kat google kay! Mostly pengunjung datang sini untuk melihat dolphins, sealions, whales dan little penguins. Kalau nak tengok singa laut tu kenalah pemurah sikit untuk membayar tiket The Big Duck Boat Tours tu sebab anda akan dibawa ke sebuah pulau kecil bersebelahan dengan Granite Island yang merupakan habitat singa laut. Tak silap aku bayaran untuk 30 minit dan 1 jam tour adalah berbeza. Untuk 1 jam bagi adult dalam AUD55, kids AUD45, family AUD180! Fuhhh agak mahal juga tapi berbaloi la dapat tengok sealion dan kalau bernasib baik mungkin dapat melihat kelibat ikan paus.

Unfortunately masa kami ke sana satu ekor penguin pun tak nampak dan kebetulan pula Penguin Center tutup pada hari tersebut. Haihh!! Orang cakap Granite Island ni macam "the jewel of Adelaide" sebab memiliki nature yang sangat cantik. Perjalanan kami ke sana mengambil masa selama 2 jam. On the way tu dapat tengok keindahan pemandangan yang menghijau di kiri dan kanan highway. Dalam pukul 1 petang kami pun sampai di sana dan terus menunaikan solat serta berkelah kat tepi pantai. Kemudian kami terus bergerak menuju Granite Island dengan berjalan kaki menyeberangi sebuah jambatan.



Persekitaran dekat Victor Harbour sangat redup, tenang tetapi sangat berangin. Oleh kerana angin yang bertiup agak kencang maka menjadikan suhu persekitaran sangat sejuk. Lebih sejuk daripada Adelaide City.Ini first time kot aku menjejakkan kaki ke sebuah pulau. Anyway kenapa la dalam banyak-banyak pulau di Malaysia, ke sini jugak aku pergi. 

Granite Island ni sebenarnya sangat kecil, tak sampai 1 km persegi pun sebab itulah kami jalan kaki je. Kat atas tu ada banyak Trail, salah satunya ialah Kaiki Trail. Penamaan Kaiki Trail sebenarnya berkait rapat dengan sejarah tempat ini yang mana dahulunya pernah didiami oleh Aborigin yang dikenali sebagai Ngarrindjeri. Ada sebuah kisah dongeng orang Ngarrindjeri yang berlaku kat sini tapi aku dah lupa la.



Amazing Granite Island




Pulau yang dihuni oleh singa laut, dapat dilihat dari Granite Island.

A bit review about Granite Island. Bagi aku Granite Island sangat-sangat cantik especially nature yang ada kat situ. Pulau ni taklah tinggi sangat dari aras laut dan di pesisirnya dilitupi oleh batu-batu gergasi semulajadi yang sentiasa melindungi pulau ini dari hakisan. Tumbuhan-tumbuhan yang ada kat situ pun cantik. Banyak tumbuhan renek yang mengeluarkan bunga dan ada juga beberapa pokok herba dekat bahagian yang menghadap lautan India. Since pulau ni under conservation, so ada beberapa tumbuhan yang di tanam di kawasan yang kurang tumbuhan. Lautannya pula sangat kebiruan dan mampu memukau sesiapa sahaja yang melihatnya. I think Granite Island had offered me a great experience that i would never forget it!
No motive!


Main hide and seek

Batu besar berbentuk payung- Umbrella Rock!
Batu belah batu bertangkup

Pemandangan diambil dari dalam sebuah batu yang berbentuk gua

Jambatan yang menghubungkan Granite Island dengan Victor Harbour

About the Little Penguins. Actually there are 177 little penguins in Granite Island. Little penguins have blue feathers. A little penguin will typically grow to 17 inches and live for around 6 years! Other names for little penguins is Little Blue Penguins and Fairy Penguins. It is the smallest species of penguin in the world.

Museum or kedai souvenir? Hermm

Jangan ingat senang nak meredah keseluruhan Granite Island ni walaupun keluasannya sangat kecil kecualilah kita memjejakkak kaki ke sana baru tahu sekecil-kecil pulau ni mampu membuatkan kaki kita melecet. Huhu penat juga weh nak conquer satu round pulau ni dengan jalannya yang berbatu-bata, tambah lagi dengan angin yang sangat kencang kekadang sampai nak terbang jugak kamera DSLR tuh. Lama juga kami nak jelajah seluruh pulau ni dekat dua jam baru habis. Lupa pula nak mention, kat pulau tu ada sebuah restoran seafood tapi kami tak cuba makan pun kat situ. Eventhough tak dapat tengok penguin tapi Granite Island tetap best. Saja nak suggest, sesiapa yang nak datang ke Adelaide, jangan lupa luangkan masa untuk melawat Granite island.

Sekian


4 comments:

  1. wow..the pictures are all stunning.. untung u all boleh travel as back packer.. just cari kwn2 yg still schooling there.. banyak boleh save..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak azian. hermm thats right! blh save doit penginapan utk beli souvenir :)

      Delete
  2. Aku pernah nonton film tentang perjalanan Robyn Davidson yang di Australia, dari sana ada keinginan untuk bisa ke Australia. Keren pengalamannya, bagi-bagi pengalaman lagi ya :-D

    ReplyDelete
  3. Best....salam dari Nassier Lim Monash, Australia.

    ReplyDelete

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...