Sunday, 4 November 2012

Adelaide City

Sudah enam hari berada di Australia. Banyak perkara baru yang aku pelajari dari orang-orang sini dan juga peradaban yang mereka bina. Nilai kehidupan di sini sangat tinggi dan lebih baik daripada kehidupan yang ada di Negara Ketiga. Aku seperti berada dalam comfort zone yang baru. Aku bersyukur diberi peluang untuk melawat tempat ini. Benar juga kata orang,"jauh perjalanan luas pengalaman". Aku lebih suka mengembara daripada melancong. Bagi aku melancong lebih kepada bersuka-ria tetapi mengembara pula, kita bukan saja dapat melihat keunikan sesuatu tempat malah kita juga belajar daripada dunia luar dan dapat membuka mata kita untuk lebih maju kehadapan. Cewah!! Tak boleh blah statement aku dah macam Ibnu Khaldum.

Adelaide is a nice place and more to nature. Bandar Adelaide tidaklah sebesar bandar-bandar lain di Australia tapi tetap cantik dihatiku dan yang penting sangat bersih. Aku rasa kebersihan adalah salah satu ciri negara maju, sebab itulah Islam amat menitikberatkan umatnya untuk menjaga kebersihan sebagaimana Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda, "kebersihan itu sebahagian daripada Iman". Ironisnya di sini, aku melihat Islam itu wujud di negara bukan Islam. Sedih bila mengenangkan masyarakat Islam di negara Islam sendiri tidak mengamalkan apa yang diajar oleh Islam khususnya dalam aspek menjaga kebersihan. Aku amat kagum dengan masyarakat di sini yang amat peka dengan kebersihan. Mudah-mudahan kita dapat mencontohi nilai-nilai yang baik daripada mereka.



Nama Adelaide ini berasal dari nama Ratu Adelaide yang lahir di Jerman, isteri Raja William IV . Bandar ini diasaskan pada 1836 dan dirancang menjadi ibu negeri wilayah British di Australia. Kolonel William Light merupakan pengasas bandar Adelaide , telah merancang ciri-ciri bandar ini berdekatan dengan Sungai Torrens. Ketika itu pribumi asalnya ialah puak Kaurna (pronounciation : Gauna).



Hari ini adalah 29 Ogos 2012, merupakan hari kedua aku berada di Adelaide dan merupakan hari terakhir aku di sini sebelum bergerak ke Melbourne keesokan paginya. Adelaide sangat-sangat sejuk. Cuaca kat sini tidak menentu. Bila-bila masa sahaja hujan boleh turun walaupun cuaca hari itu terang benderang. Adelaide menerima hujan yang lebih kerap berbanding Perth yang telah aku lawati. 

Dukacita dimaklumkan segala pakaian yang kami pakai selama empat hari di Perth sudah pun mengalami proses penguraian yang teruk dan baunya juga sudah busuk. Kelapangan yang ada selama berada di rumah Indera kami gunakan untuk membasuh pakaian. Tapi aku tak risau sangat pun sebab aku bawa banyak sangat pakaian untuk trip dua minggu ini. Aku bawa pakaian untuk sebulan terus, bukan untuk dua minggu. Kalau tak silap, aku bawa 14 helai baju, 5 pasang seluar, 1 jaket, 2 baju sejuk, 1 pasang selipar, sehelai tuala dan sehelai kain sarung. Haha banyakkan pakaian aku? Sepatutnya aku bawa pakaian untuk lima hari sahaja sebab kami akan basuh dekat rumah kawan. Prinsip aku, kalau lebih takpe asal jangan kurang je.




Pagi itu kami bangun agak lewat sebab letih sangat berjalan-jalan dekat Granite Island semalam. Seperti biasa aku rasa teruja bila bukak je mata terus nampak satu hidangan makanan yang telah tersedia di atas meja. Aromanya membuatkan aku terbangun, lantas terus bersiap untuk aktiviti hari ini. Nasi goreng dan air teh panas itu amat sedap dimakan dalam cuaca yang sejuk. Terima kasih yer Indera kerana sudi sediakan sarapan pagi untuk kami. Rasa segan pun ada dekat mamat tuh asyik dia je yang masak. Dah la kami menumpang je dan aku bukanlah kenal dengan dia sebelum aku sampai di Adelaide. Indera selalu je cakap "ko jangan segan dan malu-malu, buat je macam rumah sendiri, ko pun kawan aku juga". Apapun kata-kata Indera selalu membuatkan aku tenang.

Dekat pukul 12 tengah hari kami pun keluar dari rumah dan menuju ke Perhentian Bas yang berdekatan. Dengan bayaran cuma dua dollar, kami terus ke Adelaide City yang jaraknya kira-kira 10 minit. Dekat Australia senang sikit nak pergi ke mana-mana sebab public transport mereka sangat efektif. Sampai je dekat City, kami terus berjalan kaki ke University of Adelaide. Salah satu aktiviti yang wajib ada dalam list kalau sampai ke Australia ialah melawat Universiti. Rugi tau tak tengok universiti diaorang sebab kebanyakan university dekat sini bertaraf antarabangsa.




St Michelle Building

Di hadapan University of South Australia

Nama Taip Mahmud, Menteri Besar Sarawak diabadikan di satu halaman di Uni. of Adelaide.

Pelik bin ajaib kenapa nama menteri besar Sarawak boleh berada di sini? Hermm Kalau nak tahu sebenarnya dulu Datuk Taip Mahmud tu pernah belajar dekat University of Adelaide dalam jurusan perundangan. Budak sini citer sampai sekarang pun Datuk Taip masih memberi sumbangan kepada University of Adelaide khususnya kepada pelajar-pelajar Malaysia. Oleh kerana peranan dalaman Datuk Taip di Universiti ini telah memudahkan pengambilan kemasukan pelajar dari Malaysia. No wonder lah bersepah student Malaysia kat sini. Kalau jalan je confirm akan nampak muka Malaysian. 

Lupa nama tempat ni apa, tapi nampak macam digital library je.

Tempat untuk student lepak-lepak

Melawat beberapa fakulti yang ada di sini seperti Engineering Faculty.



UniSA( University of South Australia)

Bangunan Freemason

Inside of the Freemason Building

Tak disangka masa tengah jalan tu tetiba ternampak satu bangunan Freemason yang gah berdiri di bumi Adelaide. Erkkk! Freemason !!! Macam pernah dengar dan pernah lihat dekat The Arrival. Sebuah pertubuhan yang berkait rapat dengan iluminati yang menyembah syaitan. Tetiba aku terfikir apa hubungan Australia dengan Freemason ni? Then aku tanya Indera. Indera cakap, dekat Australia Freemason bukanlah sebuah pertubuhan kerajaan tapi kat sini kan bebas, so siapa-siapa pun dapat join apa-apa pertubuhan asalkan tidak menimbulkan kekacauan kepada negara. Hermm Whateverlah! By the way alang-alang dah sampai sini rasa rugi pula tak tengok apa yang ada kat dalam bangunan tu. So, kami pun buat edisi terjah. Kat dalam tu ada sebuah dewan yang besar dan lantainya berwarna putih-hitam. Segala simbol dan mercu tanda Freemason dipamerkan di dalam kabinet cermin. Tapi kami tak jumpa tempat penyembahan mereka. 


Rundle Mall


Patung kinzir pun ada gak. Anyway its better than those in Rukmini Nagar.

Bergambar dengan patung khinzir

Swinging Bowl Restaurant

Lunch dengan makanan Kelate dekat sini 

Dengan bangganya ingin aku beritahu bahawa dekat Adelaide ni ada satu  restoran oghe Kelate yang dikenali sebagai "Swinging Bowl" a.k.a "Mangkuk Tergantung". Pelikkan nama restoran ni! Ingatkan kena makan atas mangkuk yang digantung. Anyway harga makanan kat sini murah sikit, mostly below AUD10. Menariknya harga makanan untuk student price dan non-student adalah berbeza. Pastinya aku ambil yang student price sebab harganya lebih murah tetapi kuantitinya tetap sama. Makanan yang ada kat sini ialah ayam goreng, ayam gulai santan, ayam masak merah dan lain-lain. Nasi kerabu tidak ada kerana budu tidak dijual di sini. Apa pun makanan kat restoran ni sedap gila.


Bendera Aborigin dan bendera Komonwealth Australia

This is Adelaide City

City Train

Central Market

Shopping baju I LOVE Adelaide untuk tuan punya badan


China Town

Seakan-akan berada di China 

Melawat Medical School

Melawat Royal Adelaide Hospital

State Library

A part of the Uni. of Adelaide

Tasik bersebelahan dengan Universiti of Adelaide

Makan nasi arab dekat Kabul restaurant

Rumah Indera dan kawan-kawannya

Sesi bersembang dan bergelak tawa pada malam terakhir di rumah mereka

 Selamat tinggal Irwan, Indera, Razi dan yang lain.

Trip dua hari tiga malam di Adelaide rasanya agak berbaloi kerana bukan saja dapat melihat keadaan bandarnya, malah dapat juga menikmati keindahan alam semulajadi di Granite island. Mungkin Adelaide City tidak sehebat Sydney tetapi aku tetap suka tempat itu. Kepada Indera dan yang lain aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kerana membenarkan kami menginap di rumah kalian. Korang memang sempoi gila, siap boleh gurau bagai lagi dengan kami walaupun kami tidak mengenali korang. Tambah-tambah si Indera, nampak je muka ganas tapi hatinya sangat baik. Aku doakan agar kalian berjaya dalam bidang masing-masing. Amin...



10 comments:

  1. cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip tuto pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..lg 1 klo tuan blog komen dekat blog pakjoe sekali pakjoe kn bls blk komen dekat blog nie,chat box pakjoe x kira k hihihihi :P http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html

    ReplyDelete
  2. salam hi :) nice one.can i have your email. just want to ask you about there. rasa macam nak kesana tapi nak tanya mana yg i kurang :)

    ReplyDelete
  3. pokok buah ape depan rumah Indera tu!? epal??? ;o
    (jakun)

    ReplyDelete
  4. Salam, ada link dengan pelajar malaysia di australia x? saya ingin menjalankan program mobiliti ke sana

    ReplyDelete
  5. u naik flight apa dr Perth to Adelaide?

    ReplyDelete
  6. Nice entri....Nassier Monash kirim salam...Nassier akan bergraduat pada 15 Dis 2015. Nassier dijangka balik ke Malaysia Januari 2016.

    ReplyDelete
  7. joe can i have any of social network from you so that sy blh mintak information tentang kat sana

    ReplyDelete
  8. Salam dik,
    InsyaAllah akak akan ke sana nov nanti utk 2-3 minggu clinical attachment
    Boleh tak kalau akak nk dptkan contact Malaysian student assc kt sana
    TQVM

    ReplyDelete
  9. Salam Azhar. Oh just wanna ask, I've read all of your stories about Aussie so which is the best town for you? And the safest for Malaysians as I might be furthering my studies either in UA or UQ :)

    ReplyDelete

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...