Saturday, 10 November 2012

Awan Mendung Di Langit Melbourne

Flight kami dari Adelaide ke Melbourne adalah pada pukul 7.20 pagi. Jadi pagi itu kami bangun seawal pukul 3 pagi untuk bersiap siaga agar kami sampai di airport satu jam sebelum penerbangan. Inilah saat-saat terakhir kami di rumah Indera. Aku sangat terharu dengan Indera kerana dia sanggup bangun lebih awal daripada kami untuk menyediakan sarapan pagi. Terima kasih bebanyak ye Indera! Kebanyakan flight domestik yang kami ambil adalah pada awal pagi. Lepas ni nak ke Sydney and Gold Coast pun kami terpaksa bangun awal walau penat dan mengantuk macam mana pun sebab nak jaga timing. 

Nak di jadikan cerita, memang kami dah bersiap awal tapi tak taulah kenapa kami bertolak ke airport dalam pukul 6 pagi jugak. Tiba dekat airport dalam 20 minit kemudian. Bila nak pergi check-in dekat mesin kiosk tu tetiba tak dapat sebab kami terlewat dalam TIGA MINIT sahaja. Pergghh cuak gila time tu. Pastu kami pergi tanya kakak yang bertugas dekat kaunter check-in luggage dan kakak tu cakap, "im sorry i cant check-in your luggage becouse you have been late for 3 minutes". Then kami terus desak dia check in barang-barang kami sebab lewat 3 minit je tapi dia tak nak juga. Rasa geram pun ada dengan kakak tu tapi nak buat  macam mana dah memang peraturan dekat sana agak ketat. Nasib baik kakak tu bagi another option, sama ada flight kami ditunda ke pukul 10.30 pagi atau kami terlepas flight. Dalam keadaan yang agak kalut itu kami terpaksa mengambil flight pukul 10.30 am. At that moment, bukan kami saja yang kalut, kakak itu pun sama. Dia buat kerja agak menggelabah dan tanpa disedari oleh kami, dia terlupa nak letak pelekat checked-in dekat traveller's bag dan juga dekat boarding pass Saiful. 

Tiba di Melbourne sejam setengah kemudian.

Sementara nak tunggu flight kami pada pukul 10.30 tu, kami hanya menggunakan masa itu dengan tidur di atas kerusi. Boring gila masa tu tak tahu nak buat apa. Semua orang hanya berdiam tanpa bercakap apa-apa sebab insiden terlepas flight tadi dan kami hanya menunggu di satu sudut berhampiran dengan Gate flight kami. Seriously aku tak suka menunggu lama-lama. Waiting is HELL!! Bila dah dekat pukul 10 kami pun beratur dan barjalan memasuki JetStar dengan sangat gembira walaupun timing dah lari sebanyak 3 jam. Sepatutnya pukul 9 am lagi kami dah sampai Melben dan boleh cari hotel sebelum pukul 12 tengah hari tapi memandangkan flight kami akan tiba di sana pada pukul 12am, so plan hari itu akan berubah sedikit.

Aku berasa sangat happy akhirnya sampai juga kami di Melbourne Domestic Airport. Wahh sape tak teruja, Melben kot, bandar yang tercalon sebagai rangking nombor SATU dalam The Most Livable City In The World For The Year 2012!! Dalam fikiran aku, mesti bandar metropolitan ini sangat grand dan tak sabar nak tengok sendiri dengan kedua mata aku akan keunikan tempat ini.

Dalam hidup ini, kita hanya mampu merancang tetapi Allah saja berkuasa memnentukan pengakhirannya sama ada berjaya atau sebaliknya. Apa pun segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dekat Melben Airport satu kejadian yang tidak diduga berlaku. Jeng jeng jeng!! Sebenarnya travellers bag si Saiful telah hilang. Dalam beg itu ada semua pakaian Saiful dan nasib baik dokumen penting seperti passport dia letak dalam beg kecik yang lain. Kami tidak pasti ianya hilang kerana dicuri di airport berkenaan atau pun tersadai di Adelaide Airport. Di sini ada dua possibility sama ada hilang di airport Melben atau pun kesilapan kakak yang checked-in luggage kami di airport Adelaide tadi kerana tidak buat kerja dengan betul. 

Then kami telah membuat report dekat bahagian Luggage Claim. Kat sana, pakcik yang bertugas meminta boarding pass kami dan ternyata pelekat kecil yang sepatutnya dilekatkan pada boarding pass itu tidak ada pada boarding pass Saiful. Pelakat itu amat penting kerana ia menandakan kami telah checked-in luggage dan ianya berguna untuk trace kembali beg yang hilang. Since pelekat itu tidak ada, maka sukarlah bagi pihak airport untuk mencari kembali beg Saiful kerana di situ ada nombor siri khas. Pak Cik itu telah menghubungi pihak Adelaide Airport untuk trace beg Saiful tetapi tidak dapat sebab tidak tahu apa nombor siri yang ada pada pelekat itu. Tapi Pak Cik itu memberi jaminan kepada kami jika beg itu benar-benar tertinggal di Adelaide Airport, maka mereka akan berusaha mendapatkannya dalam masa 3 atau 4 hari. Kami memberi nombor handphone kami kepada pak cik itu untuk senang berurusan.

Melbourne menyambut kami dengan hujan gerimis dan kesejukan yang melampau

Percutian tetap harus diteruskan walau apa pun yang berlaku. Setelah siap membuat report kehilangan beg, kami pun terus menaiki bas ke Melbourne City. Bayaran bagi setiap orang ialah AUD17. Kami tiba di Southern Cross Station dalam 20 minit kemudian. Dalam perjalanan itu, aku melihat beberapa landmark Melben seperti Etihad Stadium yang terletak dekat area Docklands. Cuaca pada hari itu sangat mendung dan suhunya mencecah 6 degree Celcius. Di Southern Cross Station tetiba kami lost, kami tidak tahu ke mana hendak dituju dan kami hanya berjalan melalui Spencer Street untuk mencari backpacking hostel. Semasa di Adelaide kami telah survey beberapa backpacking hostel yang murah seperti Elephant Backpackers, Melbourne International Backpackers, All Nations Backpackers Hostel, Melbourne Central YHA, Melbourne Metro YHA, Nomads Melbourne Backpackers Hostel dan Malaysian Hall.

Dalam trip ini, kami tak mampu nak menginap di hotel sebab doit yang kami bawa hanya cukup-cukup makan. Plus kami ni masih student yang tak kaya, so accomodation yang menjadi pilihan ialah bacpacker hostel. Semasa tengah berjalan sambil memikul beg yang berat itu, tetiba kami ternampak Melbourne Central YHA. Oleh kerana penat dan tidak mahu berjalan lagi, maka kami menginap di YHA. Bayaran untuk setiap orang bagi bilik yang ada triple bed ialah AUD37 per day. Kami booking untuk dua hari dua malam sahaja, di mana malam terakhir kami plan untuk overnight dekat airport.

Melbourne Central YHA

Setahu aku dekat Australia ada dua tempat yang ada Malaysian Hall iaitu di Melbourne dan Sydney. Malaysian Hall ni macam backpackers hostel la, dibina oleh orang Malaysia sendiri untuk kemudahan pelancong Malaysia yang inginkan penginapan yang murah. TETAPI kalau nak menginap dekat Malaysian Hall kenalah booking secara online 2 MINGGU lebih awal. Tak silap aku harga untuk satu hari sangat murah, cuma AUD4 sahaja! Kat Australia memang tak akan jumpa la penginapan semurah itu melainkan di Malaysian Hall. 

Apa yang menariknya Malaysian Hall ni adalah 100 percent dibawah penguasaan orang Malaysia dan semua yang tinggal di sana ialah pelancong Malaysia. Jadi, kalau nak jalan-jalan dekat Melben agak senang la sebab kita boleh tanya sendiri suggestion dan maklumat daripada mereka yang ada di sana esp. pihak Malaysian Hall dan pelancong Malaysia. Jarak Malaysian hall dengan Melben City agak jauh sikit dalam 20 minit. Pihak Malaysian Hall juga turut mengadakan Open House sempena hari raya AidilFitri yang dihadiri oleh pelajar Malaysia yang tinggal berdekatan.



Nombor bilik kami ialah 215

Bilik kami agak sempit, ada tiga katil, satu heater dan satu meja tetapi amat bersih

Saiful yang sudah jatuh ditimpa tangga hanya membisu tanpa seribu bahasa

Common bathroom

Laundry room pun ada

Ruangan untuk lepak-lepak

Alhamdulillah akhirnya dapat juga tempat untuk kami berteduh dari kesejukan di bumi Melbourne ini. Actually kami tak plan pun untuk menginap di YHA tapi disebabkan harganya yang berpatutan maka kami bersetuju tinggal di sana sahaja. YHA not bad la, biliknya bersih tapi kena biasakan diri untuk guna common bathroom. Nasib baik common bathroom lelaki dan perempuan kat sini diasingkan. YHA juga menyediakan  laundry room, ruang tamu yang cantik, store untuk simpan luggage, bilik makan, tengok TV dan ada kemudahan komputer. Bagi aku YHA ni dah cukup okey la untuk golongan backpacker kerana harganya yang murah dan kemudahan yang bagus. Namun kedudukannya jauh sikit dengan Melbourne Center. Since its Australia, jangan risau tentang jarak sebab kat sini public transport memang tip top. Public transport yang paling menyerlah di sini ialah City Train. Kalau nak harga murah kena la buat Myki Card. Tapi ada satu train yang tak kena bayar iaitu City Circle Tram atau senang panggil Train Warna Coklat yang memang khas untuk para pelancong. Train itu akan bawa anda ke tempat-tempat menarik yang ada di sekitar Melben City.

YHA hostel terletak dalam bangunan putih itu

Hari ini adalah hari ke tujuh aku berada di Australia dan sepanjang trip ini kami telah melawati tiga bandar iaitu Perth, Adelaide dan termasuk Melbourne. Tidak disangka hari ketujuh adalah hari yang paling teruk dalam sejarah trip ini. Permulaan hari ini sangat malang kerana flight kami delay selama 2 jam setengah dan ditambah pula dengan masalah kehilangan beg Saiful dan sampai pula di satu bandar yang sangat hectic menjadikan kami emotionally depressed. Aku perhatikan bandar Melben ni sangat serabut dengan kehadiran ramai orang, bangunannya yang tinggi-tinggi dan suhu yang sangat sejuk membuatkan kami malas untuk keluar. Persepsi aku terhadap Melben telah berubah. Aku rasa bandar ini sangat serabut dan tidak best.

Dalam keadaan yang stress akibat beg Saiful yang hilang itu, mood melancong tiba-tiba mati. Dalam kepala hanya memikirkan nasib Saiful yang malang dan berharap agar beg itu dapat ditemui sebelum kami bergerak ke Sydney. Tidak dapat bayangkan situasi Saiful ketika itu, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Dia hanya berdiam diri, tidak dapat bercakap apa-apa, emotionally very depressed dan sangat sedih. Kalau nak tegur pun kena berhati-hati sikit nantikan dibalasnya dengan kata-kata yang menyakit hati. In the meantime, kami cuba mencari akal untuk menyelesaikan masalahnya. Untuk itu kami sempat contact Indera di Adelaide dan menyuruhnya mencari beg Saiful di Airport Adelaide, kot-kot la ada kat situ. Pada malam itu juga Indera  pergi ke sana tetapi masih tidak mampu menemui beg yang hilang itu. Anyway thanks to Indera kerana sedikit sebanyak, dia telah  membantu kami.

Aku ingat kami je yang ada masalah hilang beg tapi actually dah ramai yang menghadapi masalah yang sama termasuklah Mat Luthfi. Indera cakap, dulu pun mat Luthfi pernah hilang beg dekat Melbourne Airport tetapi dia berjaya mendapatkannya empat hari kemudian. Tapi Mat Luthfi strugle gila untuk dapatkan balik beg dia. Tiap-tiap hari dia pergi check dekat airport sampailah jumpa. Doit habis dekat pengangkutan ulang-alik ke airport je. Mendengarkan cerita itu, aku berasa sedikit lega. Mungkin ada peluang untuk dapatkan balik beg Saiful. Selain itu, Miss Nina, penyanyi yang terkenal tu pun pernah kehilangan gitar kesayangannya di Melbourne airport beberapa minggu sebelum trip kami. Mungkin Melbourne Airport ni puaka kot, tak pun dah terkena sumpahan. 

Protest yang dibuat oleh rakyat Sri lanka di hadapan Melbourne Court

Kami berehat dekat YHA sampailah pukul 3.30 petang dan meneruskan hari yang malang ini untuk mencari makanan halal. Dari YHA kami cuma berjalan kaki sambil meredah hujan dan suhu yang membeku untuk ke Melbourne Center. Sumpah sejuk gila suhu kat Melben sampai jaket kami pun tak mampu nak lindungi kami. Kami berjalan berdasarkan peta yang diambil di YHA sebentar tadi. Tenyata jarak YHA dengan Melbourne Center amatlah jauh. Penat gila berjalan dalam hujan, pastu cari restoran halal dalam shopping mall dan lastly terjumpa jugak restoran Indon iaitu Esteler Restaurant Jaguh Indonesia. Aku makan me goreng je dan harganya dalam AUD10 (RM35) tapi rasanya sangat mervelous. Masa tengah makan tu kawan kami iaitu Nassier, pelajar perubatan di Monash University datang untuk bawa kami kenal-kenal dengan Melben City dan ajar kami cara nak naik train kat sini.

Melbourne Center

 Digital library at the State Library 

 State Library

Southern Cross Station

Dalam pukul 5.30 petang, Nassier bawa kami jalan-jalan di sekitar Melben dan memberitahu tempat-tempat menarik serta informasi penting tentang Melben terutama berkaitan restoran halal, dan membawa kami menaiki train ke Flinders Street Station dan lastly ke Southern Cross. Kami bayar AUD4 untuk menaiki train ke mana sahaja ingin tuju dalam masa 6 jam dan tiket itu akan tamat pada pukul 3 pagi.Nassier menunaikan solat Maghrib dekat sebuah surau yang di sediakan di Southern Cross Station manakala kami akan melaksanakan solat jamak di YHA saja. Hermm bagus juga station ni kerana menyediakan kemudahan surau untuk orang Islam. Malam tu sepatutnya kami nak pergi tengok Hell Fire dekat Yarra River tapi bila dah balik hotel rasa malas pula nak keluar sebab sejuk sangat dan stress dengan masalah yang menimpa. Anyway kami masih ada masa dua hari lagi di Melben dan amat berharap agar esok hari sinar mentari pagi membawa berita gembira buat kami.

Sekian~


6 comments:

  1. wohaa.. banyaknya cabaran. sgt informative. harap encik Saiful bersabar:D backpacker kena hadapi segala risiko huhu. nak share satu ayat, "the amount of money spent doesnt alter the amount of fun to be had." -Kevin Rushby.

    kembara para pencariNya:)

    ReplyDelete
  2. encik Saiful pulih sepenuhnya 3 hari kemudian. terima kasih for sharing that precious thought :)

    ReplyDelete
  3. alahai kesian kat your friend,saiful tuh... nak seronok but somethings happen..
    btw may enjoy your holiday... find an idea to make saiful cheerful too ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.huhu time tu hanya Allah saja yang tahu. Sume orang tengah tension but next day kami cuba lupakan masalah itu seketika utk menjelajah bandar Melben :)

      Delete
  4. Encik Saiful hampir mirip dengan kisah saya, sudah jatuh tertimpa tangga. untung encik saiful card2 identitynya selamat, saya hilang semua. memang Allah maha berencana. mudah2 saja dapat ganti yang lebih baik. salam kenal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. MasyaAllah. ramai juga yg hilang beg dekat melben. Moga kalian tabah mghadapi ujian ini. Allah tdk menguji hambaNya sesuai dgn kemampuan diri mereka. salam kenal juga..

      Delete

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...