Friday, 16 November 2012

Jalan-Jalan Cari Pasal Di Melbourne City

Melbourne is all about variety-so whatever you interests, Melbourne has an attraction for you. Discover where you can go to learn more about Melbourne's art and culture, history and sport-as well as some great fun activities for families to enjoy. Itu dia kata-kata peransang yang terdapat dalam sebuah pamplet yang aku ambil di YHA hostel. 

Dulu masa dekat Perth ada seorang pelancong dari Malaysia pernah bagitahu kami, "Melbourne lah bandar yang paling best dekat Australia untuk dilawati, best gila-gila" Wahh sungguh aku terpesona dengan kata-kata mak cik itu tetapi nasib tidak menyebelahi kami apabila tiba di bandar Melben. Insiden kehilangan beg Saiful di Melbourne Airport telah menghantui jiwa kami sehinggalah hari kedua. Namun terpaksa juga kuatkan hati untuk bergembira di bandar ini. Aku mengaku, aku tidak menjumpai apa jua kegembiraan di Melbourne City, yang aku temui hanyalah kesesakan manusia yang hidup dalam bandar yang sibuk dan penuh pancaroba ini. Tetapi Melbourne sebenarnya sebuah bandar yang cantik dan sistematik, dari segi pembangunan, jalan raya, pengangkutan awam dan sebagainya.

Hari ini adalah tanggal 31 Ogos dan merupakan hari kelapan aku berada di Australia. Di saat rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55, di saat inilah kami sedang berjuang untuk meneruskan hidup di bumi Melbourne. Lawatan kami di Melbourne hanyalah Tiga Hari Tiga Malam. Pagi ini kami bersiap seawal pukul 10.30 am dan bersarapan dengan roti dan muffin yang dibeli di pasaraya Coles semalam. Aktiviti hari ini ialah shopping di DFO, shopping souvenir di Victoria Market dan melawat Eureka Skydeck Tower. Menara Eureka Skydeck adalah menara tertinggi di Melbourne dan mungkin juga menara paling tinggi di hemisfera selatan bumi.

Flinder's Steet Station from Yarra River

Satu-satunya bangunan peninggalan sejarah yang menjadi mercu tanda Melbourne ialah Flinder's Street Station yang terletak bersebelahan dengan Yarra River. Dari hostel kami nak ke Flinder's Street Station amatlah senang, cuma perlu belok ke kiri dan jalan straight melalui jalan Flinders Street. Hari ini kami cuma mulakan dengan nafas yang baru dan walau apa pun yang berlaku kami tetap kena enjoy trip ini. Selepas bersarapan, kami menuju ke DFO dengan berjalan kaki. Ingatkan tempat itu jauh, tapi sebenarnya dekat je dan perlu merentasi jambatan ke area Southbank.

Lupa nak bagitahu, berpandukan peta yang aku ambil di sana, Melbourne City terbahagi kepada beberapa bahagian seperti Docklands, Central Melbourne, West Melbourne, North Melbourne, Carlton, East Melbourne, Fitzroy, Jolimont dan Southbank. Tempat-tempat menarik yang boleh dilawati juga berada dalam lingkungan kawasan ini contohnya, Melbourne Museum terletak di area Carlton. 

Salah satu jambatan merentasi Sungai Yarra


Bandar Melbourne di kawasan Southbank


Actually Melbourne ada beberapa Ikon yang menjadi identiti kepada bandar ini. Biasanya para pelancong tidak akan melepaskan peluang untuk melawati ikon-ikon ini. Ikon yang pertama ialah City Circle Tram. It is a free, informative and convenient way to get around central Melbourne. City circle Tram ni dah la free lepas tu dia akan berhenti pula dekat tempat-tempat pelancongan, memang kenalah dengan citarasa backpaker macam kami ni. Jadi, jangan lupa tau naik train warna coklat neh sebab tak rugi apa-apa pun dan korang tak akan sesat. Ikon seterusnya yang boleh dilawati ialah Cook's Cottage, Eureka Skydeck 88, The Art Centre, Old Melbourne Gaol, Queen Victoria Market, Royal Botanic Gardens, State Library of Victoria dan The Shrine of Remembrance.

Shopping dekat DFO

Aktiviti yang pertama pada hari ini ialah shopping! Okay bunyi macam awkward je nak shopping bagai kat Australia. Ingat barang kat sini murah ke, budget pun cukup-cukup makan. Sadis gila bila mengenangkan tentang kewangan. Aku bawa AUD900 (RM3000) sahaja untuk pusing satu Australia dan itu pun tak termasuk shopping. Kalau teringin sangat nak shopping memang kena bawa extra la. Setakat ini aku dah habis dalam AUD350, lebih kurang seribu dua ratus henggit. Rasanya budget aku tak lari kot dan sebab itulah aku nak try jugak shopping dekat DFO. Orang cakap DFO ada banyak barang murah macam jam tangan, pakaian dan lain-lain sebab kat sana selalu buat sale. Tapi murah-murah diaorang pun kalau kita convert ke Ringgit memang rasa nak nangis.

Cuaca pagi itu lebih baik daripada semalam. Mataharinya terang benderang, tidak hujan dan amat bagus untuk kami gunakan hari ini untuk melawat seluruh bandar Melben. Namun begitu kesejukan udara Melben memang tidak boleh dinafikan. Melben mungkin bandar paling sejuk di Australia kerana ia berada di antara pertembungan angin dari lautan Pasifik dan lautan India. Tetiba je aku jadi juru kaji cuaca. Okey let us talking more about DFO. Apa lagi yang menarik tentang DFO ni hah? Actually kalau nak cari barang branded yang murah kat Melben kena la singgah kejap kat DFO. Itu orang la cakap tapi aku tak pasti murah sangat ke harga kat sini. Aku ada la usha-usha butik Levis, Nike, Fossil tapi aku tengok kebanyakan harganya mahal. Memang ada yang murah tapi barang-barang tertentu je. Kalau pakaian tu paling murah dalam AUD10. Aku pun dah kabur mata sampai tak ingat dunia bila tengok pakaian murah-murah dekat DFO sampai terbeli dua helai seluar yang berharga AUD25 (RM70) dan satu beg yang berharga AUD24.99. Kawan aku lagi la hebat, dia terbeli jam fossil yang berharga AUD185 (RM500). Si Saiful pula terpaksa la shopping pakaian sikit sebab beg dia dah hilang.

River Cruises

Bandar Melbourne sangat bersih dan cantik

Tak silap aku bawah jambatan ni ada bar

Melbourne is one of the world's most cycle-friendly cities, with pedal power


Hari ini emosi kami lebih baik daripada semalam. Kami serahkan kes kehilangan beg Saiful itu hanya kepada Allah. Kami telah lakukan yang terbaik untuk dapatkan balik beg itu dan sekarang kami hanya mampu berdoa dan berserah diri. Tinggal sehari lagi kami di Melben. Perasaan cuak memang tak boleh nak elak. Risau juga kalau beg itu tidak dapat diberkas sebelum kami berangkat ke Sydney. Apa pun mari kita enjoy dulu apa yang ada di Melben ni. Masalah- masalah juga tapi trip ini tetap kena teruskan. Ingatlah, dunia ini terlalu hina untuk ditangisi. La Tahzan Saiful!!

Lama juga kami shopping dekat DFO, dekat tiga jam kot. Then dalam pukul 1 tengah hari kami pun pulang ke YHA hostel untuk solat dan berehat. Dekat pukul 3 petang kami pun keluar lagi untuk shopping souvenir dekat Victoria Market. Actually Victoria Market tu sangat jauh dari tempat penginapan kami kalau pergi dengan berjalan kaki. So, kami naik train ke sana tapi kami tak bayar pun. Nasib baik la tak kantoi kalau tidak melayang la AUD300!! Kat Australia rakyat dia takut sikit dekat polis sebab polis mereka amat tegas dan tidak corrupt. Sebab itulah orang Aussie lebih berdisiplin di jalan raya, even nak lintas jalan pun mereka akan tunggu di tepi jalan sampailah isyarat pejalan kaki on. Tapi aku perhatikan disiplin Melbournian taklah  sehebat orang Perth. Kat sini ada je orang main hentam melintas jalan dan kami juga tidak segan silu untuk melakukan hal yang sama.


Federation Square

Tempat ni memang untuk orang lepaking

Di hadapan Federation Square

Federation Square is also known as Melbourne's meeting place. Fed Square is where cultures meet, friends meet, minds meet and worlds meet. No wonder all of Melbourne is saying, 'meet me at Fed Square'. Fed Square ni macam tempat pertembungan budaya la sebab kalau ada-apa event besar-besaran di Melben, ianya akan dilakukan di sini seperti New Year's Eve, Australia Day, ANZAC Day, Pring Racing Carnival dan beribu-ribu lagi pesta kebudayaan. Dalam setahun saja, sebanyak 2000 event akan dibuat di fed Square sama ada pesta kebudayaan, pameran, sporting 'live sites', wine showcases, book clubs, fashion festivals, films, konsert dan banyak lagi. Fed square boleh menampung 10000 orang dengan satu skrin kaca besar dan pentas.

Ada beberapa regular event yang diadakan di fed Square antaranya ialah Fed Square Book Market(every saturday), Car Club Showcase (last sunday of every month), Tai Chi (every tuesday) dan pada bulan December mereka akan adakan Spirit of the Square. At a corner of  Fed Square, there is a Melbourne Visitor Center. It is one-stop-shop for visitor information and assistance. Kalau tetiba rasa sesat tak tahu ke mana nak tuju, boleh la singgah dekat sini untuk minta suggestion. Actually Fed Square ni bukan tempat lepak semata-mata, kat sekeliling dia ada beberapa bangunan yang menarik untuk dikunjungi seperti ACMI (Australian center for the Moving Image), Atrium, NGV Australia dan BMW Edge. 

ACMI tu macam tempat pameran digital la tapi it is more than just museum, gallery or cinema. Atrium pula menempatkan galeri, speciality shopping dan kafe. Biasanya orang lepak dekat Fed Square sebab nak guna wifi yang laju gila tu. Kat sana juga ada Melbourne Mobility Center yang menyediakan kerusi roda, scooter, walking frames, children's strollers dan ada juga kemudahan tandas serta baby change facilities. Sedar tak sedar banyaknya aku membebel pasal Fed Square ni. Mesti korang hairan macam mana aku tahu banyak pasal tempat ni kan. Actually aku sempat ambil beberapa pamplet tentang Fed Square sebelum aku meninggalkan Melben. Info yang aku tulis kat sini pun banyak diambil dari pamplet itu. Hehe 



Di hadapan bangunan Flinders Street Station, mercu tanda utama Melbourne.

Kami sampai dekat Victoria market dalam 30 minit kemudian. Itu pun sebab kami main taram je naik train sebab tak tahu jalan. So, sampai kat certain street kami berhenti dan naik train yang lain pula sampailah tiba di Victoria Market. Masuk je kat dalam tuh aku terkejut sebab dah banyak gerai yang tutup. Ada yang tengah packing tapi ada je beberapa gerai yang belum tutup. Rasa aneh gila apsal dorang tutup awal sangat ni, padahal jam baru je pukul 3.30 petang. Oh kami baru tahu waktu operasi adalah dari pukul 8 pagi sampai 1 tengah hari. Patut la banyak gerai tutup. 

Anyway Victoria Market macam best je sebab kat sinilah kita boleh dapatkan bermacam jenis souvenir. Aku sempat juga membeli belah beberapa fridge magnet yang cantik. Harga fridge magnet yang paling murah aku dapat ialah 6 bijik untuk AUD10.  Barang-barang kat sini jauh lagi murah berbanding yang ada dekat Fremantle Market di Perth. Apa yang paling aku puas hati ialah aku dapat sweater Australia yang berwarna kuning itu dengan harga AUD12 sahaja. Bila dah beli aku terus je pakai. Sumpah happy gila beb! Kami tak lepak lama dekat Victoria Market sebab keesokan harinya kami akan datang lagi untuk shopping habis-habisan apa yang tidak sempat kami beli. Next kami pergi ke Federation Square pula untuk berjumpa dengan Nassier yang akan membawa kami ke menara Eureka Skydeck.

Suasana di Melbourne pada pukul 5 petang

Menara Eureka Skydeck


Kat tengah-tengah itu adalah replika yang dibina semasa sukan Commonwealth 2008



Aku rasa inilah tempat paling sesuai untuk tangkap gambar bagi menampakkan identiti Melben

Nak round bandar Melben dalam masa satu hari memang tidak cukup. Hari ini saja kami hanya mampu melawat beberapa tempat menarik seperti Victoria Market, Federation Square, Eureka Skydeck Tower dan  tengok Hell Fire dan bersiar-siar di tepi sungai Yarra sambil tangkap gambar. Hari kedua di Melben barulah aku rasa happy sikit sebab dapat melawat banyak tempat dan juga bershopping. Tapi tak tahu la kenapa aku tetap tidak suka bandar ini. Terasa seperti ada sesuatu yang kurang. Anyway perjalanan pada hari kedua ini belum lagi berakhir. Selepas menunggu Nassier di Fed Square, kami terus menuju ke Eureka Skydeck dan kami naik ke tingkat 88 menara ini. Oleh kerana gambar terlalu banyak, jadi terpaksalah aku buat post mengenai pengalaman di Eureka Skydeck dalam hupdate yang akan datang. 


Sekian~

3 comments:

  1. Salam bro..ade nak tanya sket...masa nak masuk australia utk second time...imegresen officer ade tny apa2 x?tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. emm xsure la xingat dah.. mgkin dia tanya kot tp perkara yg simple2 je.

      Delete
    2. Sujud syukur saya ucapkan kepada ALLAH SWT dan saya sekeluarga sangat berterima kasih banyak kepada KI WARA atas bantuannya saya bisa mendapatkan dana ghoib dan alhamdulillah BENAR2 berhasil karna sekarang ini kehidupan saya jauh lebih baik dari sebelumnya dan semua utang2 saya sudah pada lunas semua,,!!! jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi KI WARA 085242894584 ini lah kisah nyata dari saya…beliau juga memberikan pesugihan,jual tujul,uang ghaib,bulu perindu.ATAU BUKA BLOK KI WARA

      Delete

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...