Tuesday, 27 November 2012

Melbourne From The Sky

Entry to Eureka Skydeck Tower

Post kali ini adalah sambungan daripada post sebelum ini tentang hari kedua kami di Melbourne. Saya saja membuat post yang berasingan untuk hari kedua kerana banyak sangat gambar kami tangkap. Lagi pun kalau letak gambar bebanyak nanti orang malas pula nak baca. Okeh pada hari yang kelapan ini kami telah singgah di DFO, Victoria market, Federation Square, Flinder's Street Station dan seterusnya kami akan melawat menara paling tinggi di Melbourne iaitu Eureka Skydeck Tower. Nahh menara apekah itu ye? Ini pun first time saya dengar tentang menara Eureka Skydeck. Sebelum ni memang tak tahu langsung wujudnya menara ini.

Eureka Skydeck merupakan mercu tanda Melbourne yang baharu dan ia terletak di tebing Sungai Yarra. Menara ini juga mempunyai 88 tingkat dan ketinggiannya adalah 297.3 meter. Hermm i think this is another 88 floor tower in the world after KLCC. Surprising or not inilah kali pertama saya memasuki menara yang tinggi. Walhal kat KL tu tak tergerak langsung untuk saya menjejakkan kaki ke tingkat atas menara KL. Aktiviti macam ni sebenarnya agar bosanlah sebab kami just naik ke tingkat paling atas menara dan duduk sambil watching sunset sampailah malam.


Kami berada di bahagian yang tidak dilitupi kaca di tingkat 88 menara Eureka Skydeck

Pengunjung memerhati panorama indah bandar melbourne

Bangunan berdekatan Federation Square, diambil dari atas

Rod Laver Arena-home to the Australian Open tennis tournament


Subhanallah indahnya melihat matahari terbenam dari Eureka Skydeck

Dalam masa sekajap saja Melben bertukar wajah dan dihiasi dengan cahaya neon di segenap penjuru

lampu dekat tingkat 88 bertukar setiap saat dari warna jingga, merah, ungu dan biru

Dekat Federation Square kami sebenarnya sedang menunggu Nassier yang datang dari Monash University untuk bawa kami ke Eureka Skydeck dan pada sebelah malam pula kami akan berjalan di tepi Yarra River sambil menikmati keindahan Bandar Melbourne. Sekitar pukul 5 petang Nassier pun sampai. Kami sangat berterima kasih kepada Nassier kerana sudi luangkan masa untuk bawa kami jalan-jalan di sini sedangkan dia sangat sibuk dengan kuliah. 

Kami cuma berjalan kaki dari Federation Square ke Eureka Skydeck. Apa yang saya lihat, bandar Melben sangatlah sibuk dan langsung tidak menenangkan. Secara jujurnya saya memang tidak suka bandar ini dan saya tidak rasa happy dengan tempat ini. Mungkin ada sesuatu yang kurang menyebabkan hati saya tidak tertarik dengan Melben. Harga tiket masuk ke Eureka Skydeck bagi student price adalah AUD14(RM40). Then kami pergi ke tinggat 88 menggunakan lift terpantas di dunia. Kalau tak silap, lift tu cuma mengambil masa selama 30 saat sahaja untuk ke tingkat paling atas.

Pandangan dari sebelah kiri Eureka Skydeck

Melbourne City, pemandangan dari sebelah kanan Eureka Skydeck

Flinder's Street Station, pandangan dari Yarra River



Pulang ke YHA Hostel untuk dinner dan solat

Alhamdulillah Nassier sempat lagi bawakan untuk kami spagheti buatannya

Hampir dua jam kami berada di atas Eureka Skydeck sampailah diri ini rasa sangat bosan. Then kami pun turun pada pukul 7.30 pm.  Apa pun menara Eureka tetap memberikan pengalaman yang menakjubkan buat kami. Walaupun Melbourne City amat sibuk di bawah tetapi dari langit Melbourne bandar ini sangat cantik dan mempesonakan. Nassier cakap once kalau dah sampai Melben memang wajib melawat Eureka Skydeck. Dari sanalah anda boleh melihat the whole city of Melbourne and get more fascinating experience. Tiba dekat YHA Hostel kami terus solat dan makan spageti yang dibawa oleh Nassier. Alhamdulillah, Nassier sangat baik hati dan dia siap berikan Saiful beberapa helai baju dan berus gigi, memandangkan Saiful kehilangan beg pakaiannya. 


Watching the hell fire


Kami lepak dekat bilik sampailah pukul 8.30 malam. Then kami keluar untuk melihat HELL FIRE yang akan berlangsung selama SATU MINIT pada pukul 9 MALAM setiap HARI. Timing kenalah tepat sikit untuk ke sana, kalau tak nanti terlepas pula sebab hell fire ni cuma satu minit je. Dari YHA Hostel tu kami jalan je ke area sebelah Southbank. Saya tidak tahu kenapa ia dipanggil hell fire. Mungkin kerana api yang keluar itu sangat besar sehingga mampu mencerahkan kawasan di sekelilingnya. Luckily kami sampai pada waktunya. Sambil menunggu hell fire nak keluar, kami menyaksikan persembahan street performance dekat kaki lima tuh. Exactly pada pukul 9pm, tetiba api yang kejinggaan pun keluar. Memula api tu kecik je, lama-lama ia jadi makin besar. Actually tak feel pun tengok hell fire tapi kami layan je. Kat Malaysia mana ada benda macam ni kan.

Di hadapan National Galery of Victoria


Lepas tengok hell fire, kami pun menghabiskan masa dengan meronda-ronda bandar Melbourne. Kononnya ingin menikmati suasana malam di Melben la. Next kami kembali ke Federation Square dan di sana tak ada apa pun cuma dapat tangkap gambar bangunan Flinders Street Staion yang berwarna kuning. Btw bangunan itu nampak lagi menyerlah pada waktu malam. Seharian berjalan di Melbourne City memang memenatkan. Tambah pula dengan suhu yang amat sejuk menjadikan kami malas untuk menjelajah bandar ini.

Sekian..

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...