Friday, 21 December 2012

Menghadiri Majlis Perkahwinan India


Percaya atau tidak, selama dua tahun tiga bulan saya berada di India, inilah pertama kalinya saya menghadiri majlis perkahwinan orang India di sini. Terkadang teringin juga melihat sendiri kemeriahan semasa hari perkahwinan orang hindustan, kerana dapat mempelajari adat dan budaya mereka. Namun apa nak buat, saya tidak bergaul sangat dengan orang sini, jadi tiadalah kad jemputan. 

Sehari sebelum perkahwinan anak buah Uncle Mustar kami mendapat kad jemputan darinya. Alhamdulillah tercapai jua hasrat untuk menghadiri perkahwinan orang India. Uncle Mustar sebenarnya driver auto yang rapat dengan kami sejak menjejakkan kaki di bumi Belgaum. Kami selalu mengambil auto darinya untuk pergi membeli di Maruthigali atau makan di restoran kerana kami lebih percayakan Uncle daripada pemilik auto yang lain. Oleh kerana hubungan silaturrahim yang baik, maka kami (pelajar tahun 3 USM-KLE) dijemput olehnya. Hanya pelajar tahun 3 dan pelajar JNMC sahaja yang dijemput manakala junior kami tidak. Mungkin kerana bilangan junior yang terlalu ramai.

Kad jemputan yang cantik

Ini dia pelamin pengantin. Simple tapi meriah!

Dua mempelai yang sedang bersanding

Saya dan kawan-kawan sebenarnya nak pegi makan je. lapar sangat :p

Juadah yang dihidangkan ialah nasi beriani, kari ayam dan kari daging

Kami pergi ke majlis itu dalam pukul 1 tengah hari. Bila sampai je, saya melihat ada pengantin lelaki serta beberapa orang ahli keluarga lelaki serta seorang imam yang sedang membaca ayat Quran dan kami juga turut mengaminkan doa.  Pengantin perempuan tidak duduk bersama pengantin lelaki tetapi berada di tingkat atas. Dewan itu mempunyai dua tingkat. Tetamu lelaki memenuhi groundfloor manakala tetamu perempuan berada di tingkat atas. Sebenarnya mereka mengasingkan antara lelaki dan perempuan. 

Secara kronologinya saya tidak tahu bagaimana mereka meraikan perkahwinan ini kerana kami sampai pun dah lewat. Kami menjamu selera dengan nasi beriani, kari daging dan ayam. Secara jujurnya makanan mereka sangatlah sedap dan kami dilayan dengan baik dan dapat menambah makanan sebanyak yang mungkin. Tempat makan bahagian lelaki dan perempuan juga diasingkan. Sedihnya saya tidak dapat menceritakan lebih detail tentang acara perkahwinan mereka kerana saya tidak tahu banyak. Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat pengantin baru kepada mempelai, semoga berbahagia dan mendapat zuriat yang soleh dan solehah.

Sekian..


No comments:

Post a Comment

Share It

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...