Friday, 13 January 2012

Gharkul: A Home & Hope For Aged People

Assalamualaikum..

Entry kali ini akan menceritakan pengalaman kami semasa melawat rumah orang tua Gharkul baru-baru ini. Aktiviti ini dibuat semasa blok CFCS (community & family case study) dimana kami dibahagikan kepada 4 group yang terdiri daripada 22 orang pelajar. Group 1&2 diberi peluang melawat Gharkul manakala group 3&4 melawat mental retarded school.

Gharkul terletak di Benkanhalli village(Bennali) kira-kira 6km dari Bogarves Circle atau 10km dari USM-KLE, 30 minit perjalanan.  

Kenapa Gharkul dibina?

Objektif Gharkul ialah untuk menyediakan perlindungan dalam homely athmosphere kepada warga tua, yang datang jauh dari rumah asal mereka kerana masalah-masalah tertentu. Warga emas yang tidak berkahwin, tidak mempunyai anak, ataupun mereka yang tinggal berasingan dengan anak-anak mereka dengan berbagai sebab boleh tinggal dengan gembiranya di Gharkul sambil menghabiskan sisa-sisa hidup mereka dengan tenang dan selesa. 

Bagi mendirikan Gharkul sudah pasti mempunyai cabaran yang besar dan tidak mampu diuruskan oleh orang perseorangan. Oleh itu, SWAMI CHAYA PRATISTHAN telah diwujudkan pada 2001. sejak ditubuhkan, ramai warga tua enjoy hidup mereka di Gharkul dan kebanyakannya terus tinggal di sana dengan happy sekali.

Siapa yang mencetuskan idea penubuhan Gharkul?

Shri Mukund Potdar, merupakan seorang jurutera pertahanan bercita-cita ingin menjaga bapa mertuanya yang menderita sakit sendi (artheritis) sehingga tidak mampu berjalan jauh. Pada 2001 Mukund telah menyediakan sebuah tempat yang kecil untuk bapa mertua kesayangannya tinggal. Lama-kelamaan, ramai orang tua yang lain meminta kebenaran daripada beliau untuk tinggal di rumah berkenaan. Sejak itulah beliau mula membenarkan orang tua yang lain tinggal sama di rumah itu. Tahniah Shri atas sifat pemurah dan baik hati kamu..

Gharkul yang lama..

Ditubuhkan pada 26 april 2001 dimana terdapat 22 orang pendaftar iaitu 2 orang lelaki dan 20 orang perempuan. Hari ini juga terdapat 22 orang ahli, 1 lelaki dan 20 orang perempuan.


Gharkul yang baru..
masih dalam pembinaan.....

                                          Bangunan ini menelan belanja sebanyak Rs21514400.00

                                                       Bangunan ni baru 10% jer siap.

Yuran kemasukan ke rumah Gharkul ialah Rs15000 (RM1000) utuk pendaftaran dan Rs3000 (RM210) yuran bulanan. Rs30000 (RM2000) dibayar sekali seumur hidup manakala yuran perubatan pula diuruskan oleh keluarga mereka.

Sebab kenapa mereka tinggal di Gharkul:

1-Kebanyakan mereka tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak. Jadi mereka tidak mempunyai
   penjaga.

2-Untuk mengelakkan mereka berasa stres tinggal berkeseorangan

3-Sesetengah daripada mereka mempunyai keluarga tetapi malangnya mereka tidak mampu adjust
   dengan cara hidup keluarga. Akhirnya mereka dihantar ke Gharkul.

4-Sesetengah mereka juga mempunyai anak-anak yang sudah berkerjaya tetapi disebabkan
   kesibukan bekerja, mereka dihantar ke sini oleh anak-anak mereka sendiri.
 
                                                                            Balkoni

Terdapat 7 bilik tidur dan setiap bilik ada 3 hingga 6 katil. Setiap bilik adalah disumbangkan pembiayaannya oleh penderma-penderma tertentu. Bilik itu juga dilengkapi dengan attached bath room, kipas dan pencahayaan yang jelas. Servis telefon juga disediakan di bilik pejabat untuk kegunaan sekiranya berlaku apa-apa kecemasan.


                                 Antara Fasiliti yang disediakan di Gharkul

                                                                   Dining hall..siap ada TV lagi!!

                                                         Dapur yang cukupluas dan selesa.

Dapur ini sangat luas dan dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap seperti sinki, dapur masak, dapur gas, peti, alatan dapur, bilik simpanan bekalan dan sebagainya. Biasanya tukang masak disediakan oleh pihak pentadbir Gharkul untuk menyediakan makanan kepada mereka. Mereka mempunyai jadual  makan yang lengkap iaitu sarapan pagi pada 9.00am, makan tengah hari pada 1.00pm, minum petang pada pukul 4.00pm dan makan malam pada pukul 8.00am. Semua makanan yang disediakan berunsurkan vegeteranian dan makanan yang berminyak serta berlemak dilarang sama sekali.

Bilik tidur mereka..Barangan seperti katil dan locker tu dibawa dari rumah lama mereka untuk sementara waktu, sebelum pihak Gharkul menggantikan yang baru. Rutin harian mereka ialah tiap-tiap hari mereka akan bangun seawal pukul 5.30am dan mereka akan sembahyang serta berjalan-jalan di balkoni.

                                                    Attached bath room yang selesa dan luas..

Laundry room- dilengkapi dengan mesin basuh lagi. pakaian mereka dicuci setiap hari oleh pekerja yang disediakan.

Bangunan yang siap sekarang hanyalah 10 percent sahaja!! sementara 90 percent lagi masih dalam pembinaan. Bahagian bangunan yang masih dalam pembinaan ini akan disediakan perpustakaan, lebih banyak bilik akan dibina, dining hall akan diperbesarkan, bilik Doctor akan disediakan, bilik sakit dan juga temple.

                                                Haishh derma tapi nak nunjuk..xleh jadi nih..



Erwin dan yang lain mencatat serba sedikit tentang kehidupan mereka di Gharkul sebab kami kene buat presentation pulak kat kelas.

                                                                   Berinteraksi dengan nenek.

                                               Dari raut wajahnya tersimpan sejuta makna


                                                     Mereka menikmati sedikit juadah petang

                                Buaian juga turut disediakan sebagai leisure activiti tambahan la.

Aktiviti lain yang turut diadakan ialah sambutan majlis perkahwinan dan yang paling penting menyambut hari jadi mereka.

         Pak cik yang kat tengah itulah yang bersusah payah menjaga orang-orang tua kat Ghakul nih.

                                                           Bye..next time kami datang lagi..

Ahkir kata, renungkanlah ayat ini,
" seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak tetapi malangnya sepuluh orang anak belum tentu lagi mampu menjaga seorang ibu yag sudah tua renta"



Saturday, 7 January 2012

The Legend of Fatehpur Sikri Palace

Fatehpur Sikri palace terletak kira-kira 28km dari Agra. Istana ini telah berusia hampir 500 tahun dan nama asalnya ialah Fetehabad. Kota ini dibina oleh sebuah Empayar Mughal Akbar yang memerintah pada waktu itu. Sultan Akbar mewarisi tahta keturunan daripada Prince Salim, anak kepada salim Chisti iaitu orang pertama yang membuka kota ini. Setelah menguasai tahta Sultan Akbar telah menjadikannya sebagai Empayar Jahangir. Istana ini didirikan sebagai singgahsana rasmi Sultan Ikbar yang menguasai Fatehpur Sikkri dan disinilah tersimpannya sejarah Sultan Akbar dan keturunannya. Begitulah sedikit sebanyak latar belakang yang aku tahu tentang Fatehpur Sikri.

                                                 Panoramic view of the Fatehpur Sikri palace

Sempena kami melawat Taj Mahal pada bulan February 2011 yang lalu ,kami berkesempatan melawat Istana Fatehpur sikri yang merupakan salah satu daripada tempat bersejarah yang menarik di Agra. Seumur hidup aku memang tidak pernah terlintas dalam fikiranku tentang kewujudan sebuah istana yang cantik ini. Malahan aku cuma tahu akan keajaiban Taj Mahal yang terbina atas cinta  Shah Jehan kepada  isterinya, Mumtaz.

Perjalanan kami ke sana mengambil masa selama hampir 1 jam (the exact time xingat!) dari hotel yang kami menginap di Agra. Sampai di Fatehpur Sikkri kami berhenti di sebuah kawasan, 700 meter daripada Istana Fatehpur Sikri dan driver kami hanya menunggu kami di sana kerana kami terpaksa menaiki bas pelancong untuk ke Istana berkenaan. Istana Fatehpur Sikri tersegam indah di atas puncak bukit.

                             Kami menaiki bas pelancong ini untuk ke Fatehpur sikkri City

Dalam 5-10 minit kami pun tiba di hadapan pintu masuk istana berkenaan. Harga tiket bas sangatlah murah dan untuk memasuki kawasan dalam istana itu para pelancong perlu membayar tiket masuk. Ermm lupa dah berapa harganya..


                      Bulan Darwanza, then main entrance to Fatehpur sikri Complex

Port tengah itu mempunyai tiga pintu masuk, yang mana ditengahnya terletak gerbang yang paling besar dikenali sebagai 'Horseshoe Gate'.

                                                               

                                                                                Masjid Jamek

Pembinaan kota Mughal ini adalah pertama kalinya  yang dirancang berasaskan seni bina Mughal dan kombinasi antara seni bina lain seperti seni bina parsi, India dan Islam. Pembinaannya mengambil masa selama 15 tahun untuk siap. Bangunan Fatehpur Sikri menunjukkan satu sintesis daripada pelbagai seni bina seperti Gujarat dan Bengal. Ini kerana terdapat seni ukir daripada pelbagai tempat digunakan untuk membina kota ini. Pengaruh daripada seni bina Hindu dan Jain architechture dapat dilihat seiring dengan element seni bina Islam. Material bangunan yang digunakan adalah diambil daripada kuari batu pasir merah yang dikenali sebagai 'Sikri Sandstone".



Bongkah batu putih kat belakang kami itu sebenarnya makam kerabat diraja. Bangunan tepi yang berwarna putih tu makan Salim Chisti



                                               Seni ukiran bercirikan Islam yang sangat halus


Bagi aku, istana ini sangatlah unik dari segi struktur binaannya, ukiran pada bangunan,  kubah-kubah kecil pada bumbung istana, kolam air yang kecil itu beserta taman bunga yang menghiasi penjuru kanan mencantikkan lagi pemandangan.

                                                                      Entrance to Queen's palace











                                                           Diwan-i-khas (Hall of private audience)

                                                            The central pillar of Diwand-i-Khas


                                      Mariam-Uz-Zamani House, the house of Akbar's Wife  



                     Tak silap aku dalam bangunan ni ada makam-makam dipanggil Nawad Islam Khan


                                                                        Turkish Bath





                                                                           Panch Mahal




                                                                               The Garden


                                                                        

                                                        Jangan conteng monument ini!!!!!!!!!!

Kat dalam istana itu kami hanya menikmati keindahan binaan bangunan itu sambil merayau ke setiap penjuru. Malangnya kami tidak mengambil pemandu pelancong, jadi kami tidak tahu sejarah sultan Ikbar dan makna setiap binaan istana ini. Kami ingat tanpa pemandu pelancong kami akan lebih bebas dan tidak terganggu tetapi rupa-rupanya kami semakin boring berada di kawasan istana berkenaan kerana tidak mampu menyelami kisah di sebalik istana indah ini. Sebagai pengajarannya kalau kita nak melawat sesuatu monument, better ambik je tourist guide sebab melawat tanpa mengetahui sejarah sesuatu tempat menjadikan pengalaman kita tidak menarik.
There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...