Sunday, 25 March 2012

Kisah Di Sebalik Rukmini Nagar

Assalamualaikum..Apa khabar kalian semua?Sudah lama aku tak update blog dah dekat seminggu lebih, bukan sebab busy cuma India ni selalu jer blackout sampai wifi kami pun turut down. Sorry ye banyak membebel pula aku nih. Kalau korang duduk kat India baru korang tahu apakahelnyer negara ini! Entry kali ini aku ingin ceritakan tentang lawatan kami di sebuah perkampungan setingggan yang terletak tidak jauh dari kampus kami.

"Maaf yer kerana terdapat perkataan "babi" dalam entry ini sebab dalam kampung itu kami seringkali terserempak dengan binatang yang terbiar itu. Aku sendiri tidak menyukai perkataan babi yang dikatakan agak kasar, maka aku akan menulisnya sebagai BB sahaja, nanti anda pronounce lah  sendiri ek"

Sebagai gambar kenangan kerana berjaya menamatkan misi kami.

Pusat kesihatan Rukmini Nagar.

Rukmini Nagar adalah nama sebuah kampung yang penuh dengan misteri yang mana di dalamnya tinggal sekelompok orang tempatan yang hidup dalam serba kekurangan. Kampung ini sangat daif kerana tidak mempunyai kelengkapan infrastruktur yang lengkap seperti bekalan air, elektrik dan sebagainya. Rata-rata penduduk kampung ini adalah orang-orang yang sangat miskin terdiri daripada pelbagai agama iaitu Islam dan Hindu. Hidup mereka boleh diibaratkan seperti "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang". Mereka hanya makan nasi sekali sehari sama ada waktu pagi atau petang kerana kemiskinan yang melingkari hidup mereka.

Persekitaran di Rukmini Nagar amatlah menyedihkan kerana keadaannya yang sangat kotor dengan sampah-sarap dan kewujudan satu spesis binatang yang comel iaitu "bb" yang amat suka merayau-rayau di setiap ceruk kampung sambil mencari makanan. Menurut penduduk kampung itu, ada segelintir orang kampung membela bb dengan membina beberapa kandang yang kecil untuk dijual kepada penggemar haiwan itu tetapi kebanyakan mereka tidaklah membela si comel itu malah ianya memang telah wujud di sana. Kebanyakan mereka juga tidak makan daging bb tetapi kalau dah kebulur sangat mereka terpaksa membuat "bb panggang" bagi meneruskan hidup.

Kata orang,"masuk ke kandang lembu menguak, masuk ke kandang kambing mengembek". Peribahasa ini seringkali digunakan agar kita dapat menyesuaikan diri apabila pergi ke sesuatu tempat yang masih asing bagi kita. Begitu juga dengan kami, walaupun persekitaran di kampung itu sangat teruk tetapi kami hendaklah belajar untuk menyesuaikan diri demi menyiapkan kerja kami. Bagi kampung Rukmini Nagar pula peribahasa ini terpaksa diedit sedikit menjadi, "masuk ke kandang bb meng.......???hehe anda buatlah sendiri bunyinya ek.

Kampung yang menjadi habitat haiwan yang bernama babi atau khinzir.

Geli aku tengok binatang ini, nasib baik warna bulu ko comel.

Lawatan kami ke sana bukan hanya sekadar lawatan tetapi kami sebenarnya disuruh melakukan satu survey mengenai penyakit yang dihidapi oleh orang kampung itu. Ini merupakan minggu ke lapan bagi blok CFCS(community and family case study) yang mana kami diberi tugasan untuk pergi ke satu kampung yang telah dipilih oleh pihak USM-KLE dan kami diminta menemuramah orang di sana directly. Macam mana nak berinteraksi dengan orang kampung ni sedangkan kami tidak fasih berbahasa Hindi dan Kannada? Hermm usah risau kerana pihak universiti kami juga turut menyediakan beberapa orang pelajar tempatan dari JNMC untuk membantu kami berinteraksi dengan orang kampung.

Kesemua pelajar JNMC yang turut mengikuti program ini adalah pelajar-pelajar yang sedang menyambung pelajaran dalam master dan mereka semua adalah doktor. Kami dibahagikan kepada EMPAT kumpulan mengikut kumpulan PBL dimana dalam setiap kumpulan terdiri daripada 11 orang pelajar dan setiap kumpulan akan ditemani oleh ENAM orang PG student. Bagi kumpulan aku atau Group 2, kami membahagikan kepada enam subgroup dan setiap subgroup akan ditemani oleh seorang PG student. PG yang  aku dapat ialah Dr. Jasmine.

Muya, Dr Jasmine dan Aku

Kata Dr Sagar, kebanyakan PG lelaki adalah orang Nepal.

Mengikut jadual, kami dikehendaki mengadakan survey di kampung berkenaan selama EMPAT hari dan diakhiri dengan majlis penutup pada hari kelima. Bermula pada pukul 9 pagi, kami akan bertolak dari hostel dan terus menuju ke Rukmini Nagar menaiki sebuah bas. Dalam program ini, kami dikehendaki mengambil sebanyak 120 sample(rumah) dan daripada 120 rumah itu kami perlu memilih 80 buah rumah secara random bagi setiap kumpulan untuk ditemuramah.

Inilah peta kampung Rukmini Nagar. Mengikut peta ini setiap kumpulan iaitu kumpulan 1,2,3 dan 4 hendaklah membuat survey ke kawasan yang di highlightkan itu. Bagi group aku pula kami mendapat kawasan yang paling besar seperti yang terpampang pada peta di atas(kawasan paling bawah sebelah kanan). Besarkan kawasan yang kami perlu jelajahi??Harus diingatkan bahawa semakin besar kawasan itu maka semakin banyak bb yang kami akan temui.

 A short breifing given by Dr.Wantamuttee and Dr.Zahiruddin in the health center.

Kami menulis nombor dari 1 sampai 500 pada kertas kecil dan group aku dapat nombor dari 126 sampai 251.

Terdapat sebuah Health Center di Rukmini Nagar yang diuruskan oleh seorang doktor iaitu Dr. Saudagar. Pusat kesihatan ini turut menyediakan beberapa orang doktor, jururawat serta beberapa pekerja yang lain untuk memudahkan penduduk kampung mendapatkan rawatan. Fungsi health center di sini sama seperti Klinik Desa di Malaysia. Dekat Health Center inilah kami menumpang berteduh dan merupakan tempat kami berbincang menguruskan aktiviti kami sebelum mengadakan survey dari rumah ke rumah serta tempat kami berehat dan menunaikan solat.

Pada hari pertama program itu kami berkumpul di health center berkenaan seawal pukul 9.30 pagi.  Kami disambut oleh Dr.Saudagar dan diberikan kata alu-aluan oleh beliau. Beberapa orang lecturer termasuk seorang lecturer dari USM iaitu Dr.Zahiruddin turut memberi penjelasan kepada kami tentang aktiviti yang perlu kami lakukan. Kami diberi 120 keping kad bagi setiap kumpulan untuk "marking" rumah yang kami pilih. Dalam pukul 10 lebih kami pun bergerak dari rumah ke rumah untuk menanda rumah bermula dari rumah nombor 1 hingga nombor 120. Setelah siap menanda rumah kami pun kembali berkumpul di health center untuk berehat dan makan.

 Pengembaraan kami bermula pada hari pertama dengan menanda rumah.

 Berbekalkan kertas menanda, salafon tape dan pisau kecil kami terus menjalankan kerja menanda rumah dari rumah nombor 126 hingga ke rumah nombor 251.

Postgraduate student yang menemani kami.

Hisham dan Fikri memang berbakat dalam kerja marking rumah.

Cuaca di Belgaum semakin hari semakin panas, malah lebih panas daripada Malaysia.

Orang kampung itu ada yang beragama Islam, hindu dan ini pula adalah orang Sik.

Biarpun miskin dari segi harta benda tetapi mereka kaya dengan memiliki anak yang ramai.

Jalan-jalan sambil memerhatikan keadaan di kampung itu.

 Jangan disangka, nampak je macam ni tapi masih bergelar sebagai rumah!

Rumah yang menjadi tempat berteduh bagi penduduk kampung ini adalah sangat simple, kecil dan tidak selesa. Di dalamnya cuma mempunyai satu bahagian dapur dan satu bahagian ruang tamu. Mereka langsung tidak memiliki bilik tidur dan tandas. Biasaya mereka membuang air di kawasan hutan atau semak samun yang berhampiran. Mereka juga tidak mempunyai bekalan air paip secara terus di rumah malah bekalan air yang mereka dapat adalah melalui khidmat water tanker yang akan datang seminggu sekali untuk mengisi air ke dalam drum di hadapan rumah mereka.

Kandang bb pun nak tanda jugak ke?

Semasa marking rumah, dalam pengembaraan itu kami terserempak sekumpulan penduduk yang sedang memanggang bb!Nah ini baru betol-betol BabiQ kan. Bukan sekor je malah tiga ekor sekali mereka tibai. Anehnya disini mereka tidak membenarkan kami menangkap gambar bb panggang tapi gambar ini kami ambik curi-curi sahaja.

Jangan ingat badak air je pandai berendam, bb pun sama!This is what we call as "bb air berendam".

Dalam pukul 2 petang kami terus meneruskan aktiviti kami dengan menemuramah penduduk kampung mengikut nombor rumah yang kami dapat. Bagi subgroup aku, kami mendapat 13 buah rumah dengan nombornya masing-masing iaitu rumah nombor 161,170,172,174,176,177,179,183,184,189,190,220 dan 230. Rumah yang kami dapat ni jauh sedikit berbanding dengan rumah yang orang lain dapat. Jadi terpaksalah rajin-rajinkan diri untuk berjalan meredah kampung tersebut disamping memerhati kelibat bb-bb terbiar.

Semasa hari pertama ini kami hanya mampu interview TIGA buah rumah sahaja iaitu rumah nombor 161, 172 dan 174. Kami diberikan dua jenis borang survey iaitu borang B dan borang C yang masing-masing mempunyai questionaire yang berbeza. Borang B adalah khas untuk interview ketua keluarga(macam general survey pada family tersebut) manakala borang C adalah untuk interview setiap ahli keluarga termasuk ketua keluarga. Dalam temuramah itu soalan yang biasa kami tanya ialah nama, umur, pekerjaan, pendapatan, penyakit yang mungkin ada seperti TB, hypertension, DM, kesihatan wanita, personal habit sama ada merokok atau tidak, dan banyak lagi.

 Kami menanyakan soalan berdasarkan soalan yang terdapat dalam borang survey ini.

Mereka sangat menghormati kami dengan memberikan kami kerusi untuk duduk.

 PG student bertugas untuk menanyakan soalan kepada mereka dalam bahasa Hindi.

 Muya sedang mengambil ukuran tinggi.

Aku berkerja sebagai pencatat dan kadang-kadang kami bertukar kerja antara satu sama lain.

Oleh kerana aku dan Muya tidak pandai berbahasa Hindi maka pembantu kami iaitu Dr Jasmine yang banyak menolong kami berinteraksi dengan orang kampung. Biasanya Dr Jasmine lah yang akan mengajukan soalan kepada orang yang kami temubual itu dan dia akan translate kepada kami agar dapat kami mencatat jawapan mereka. Aku dan Muya melakukan kerja secara bergilir-gilir dimana jikalau aku menjadi pencatat maka Muya akan mengambil anthropometric measurement seperti ukuran tinggi, berat badan, ukur lilit pinggan dan lain-lain.

Petang itu kami tidak membawa alat penimbang dan hanya mempunyai measuring tape sahaja, jadi kami hanya dapat mengukur tinggi tetapi kami terpaksa datang keesokan harinya sekali lagi ke rumah berkenaan untuk mengambil ukuran berat badan mereka. Ada juga rumah yang ahlinya tidak ada pada masa itu kerana bekerja dan ada yang belum pulang dari sekolah. Jadi kami perlulah datang berulang-kali untuk mengisi borang itu dengan lengkap. Mungkin ini adalah salah satu cabaran untuk membuat survey yang terpaksa kami hadapi. Namun begitu, subgroup kami sentiasa rajin membuat kerja dan yang pasti kami tidak pernah mengeluh.

 Dari riak wajah mereka itu tersimpan 1001 kisah yang menyayat hati.

 Anak-anak ini sangat gembira dengan kedatangan kami, malah mereka kelihatan begitu jakun dengan alat penimbang itu.

Penduduk Rukmini Nagar tidak mempunyai pekerjaan yang bagus malah ramai antara mereka hanya berkerja sendiri seperti membentuk besi, membuat tali daripada guni, ada yang menjual sayur, menjadi driver auto dan macam-macam lagi. Pendapatan sebulan yang mereka perolehi ialah dalam Rs1000(RM70) hingga Rs7000(RM490) tetapi purata pendapatan mereka adalah dalam Rs1000 hingga Rs3000(RM200) sahaja.
Aku juga sering terfikir, bagaimana mereka dapat menyara ahli keluarga yang ramai dengan jumlah pendapatan yang sedikit itu?Disebabkan pendapatan yang rendah itulah mereka tidak mampu membekalkan electricity di rumah mereka. Namun tidak dinafikan bahawa ada juga beberapa rumah yang mempunyai bekalan elektrik. 

Melalui pemerhatian aku, aku melihat orang-orang di sana sangat tidak menjaga kebersihan. Rumah mereka juga banyak yang kotor dan begitu juga dengan persekitaran di luar rumah. Ramai orang di sana sama ada orang dewasa atau pun anak-anak kecil yang tidak mempunyai selipar. Mereka selalu bermundar-mandir dengan berkaki ayam sambil memijak tanah yang kotor itu. Dengan kehadiran bb yang suka lalu-lalang di kawasan rumah mereka sudah cukup untuk mengurangkan lagi paras kebersihan kerana sudah diketahui bahawa haiwan itu merupakan reservior bagi pelbagai bakteria, virus, fungi dan helmintes. Tambahan pula mereka tidak memakai selipar, possibility untuk mendapat jangkitan cacing terutamanya bagi kanak-kanak adalah tinggi.

GAMBAR  SEKITAR AREA KUMPULAN 2

Kampung Rukmini Nagar

 Nasib baik jalan utama kampung ini diturap.

 Bekalan air yang mereka dapat daripada jabatan air yang datang seminggu sekali di simpan di dalam tong drum ini.

 Kawasan rumah nombor 160-190 yang kami pergi interview.

 Lihatlah rumah mereka yang daif itu dengan satu dapur, satu ruang tamu dan tanpa tandas.

Walaupun kerja mereka tidak mendatangkan pendapatan yang baik tetapi mereka tetap tekun bekerja untuk menyara keluarga.

 Ada juga yang kerja buat benda nih.

 Mereka sangat sporting kalau kita mintak nak tangkap gambar.

Ada yang kerja membuat tali menggunakan mesin seperti di atas.

 Mak Cik ni peramah sikit.

Mereka selalu senyum kalau kita nak tangkap gambar.

 Mereka membasuh pakaian di luar rumah kerana ketiadaan bilik air.

 Ni macam tempat jual besi buruk je.


Balik dari perkampungan Rukmini Nagar aku berasa sangat letih dan pening kepala. Mana taknya dah la cuaca di Belgaum sangat panas, tambah pula dengan persekitaran di kampung itu yang kotor dengan kehadiran babi memang mampu menggoyahkan keimanan aku untuk pergi kelas English pada pukul 5 petang. Alhamdulillah walaupun letih aku tetap pergi kelas English setelah dipujuk oleh si Arif dan si Sepul. Balik dari kelas English aku hanya baringkan badan atas katil dan tidur sepuas-puasnya.

Untuk hari kedua dan ketiga, kami masih juga melakukan perkara yang sama iaitu pergi dari satu rumah ke rumah yang lain untuk interview mereka sampailah habis ketiga belas buah rumah. Aktiviti kami bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 4.00petang. Bagi sesi pagi pada hari kedua itu aku berasa sangat berpuas hati kerana kami mampu interview LIMA buah rumah dan petang itu pula kami berjaya menginterview lagi TIGA buah rumah. Nampaknya hasil kali ini lebih lumayan, namun begitu tidak semua rumah kami berjaya mengambil data dengan lengkap kerana ada ahli keluarga yang tiada di rumah pada ketika itu. Maka keesokan harinya kami hendaklah kembali ke rumah berkenaan untuk mendapatkan ahli keluarga yang tidak sempat kami mengambil anthropometric measurement semalam.

Dalam pukul 12 hingga pukul 2 petang kami berehat seketika di health center untuk makan, solat dan tidor.

Pada hari berikutnya kami terus cuba menghabiskan kesemua rumah itu dan seperti biasa kami terus datang berulang-kali ke rumah yang kami tidak mampu mengisi borang dengan lengkap. Ada beberapa kumpulan yang sudah siap menginterview rumah yang mereka dapat pada hari ketiga dan aku berasa sedikit cemburu dengan mereka nih macam mana la boleh siapkan kerja dengan cepat. Mungkin ahli keluarga yang mereka dapat itu adalah sedikit jumlahnya berbanding aku ada yang sampai SEBELAS orang ahli keluarga. Average aku dapat dalam LIMA hingga TUJUH orang ahli keluarga dalam satu rumah. Jangan terkejut ada juga diantara kami yang dapat 25 orang ahli keluarga dalam satu rumah!! Fuhhh memang produktif la orang India nih. Patot la dulu lecturer aku pernah cakap" Every year India will produce one Australia"!Lepas tu kitaorang semua terus je gelak.

Aku bersyukur sangat kerana pada hari keempat kami semua berjaya menemubual kesemua 13 buah rumah itu. Lega rasanya bila dah siap kerja dan lepas ni tak perlulah kami merempuh laluan yang biasa diambil oleh bb-bb di kampung itu. TETAPI harus diingatkan bahawa kami akan datang sekali lagi ke kampung itu untuk buat "intervention" pada bulan sepuluh nanti. Setelah kami selesai memenubual semua ahli keluarga bagi setiap rumah kemudiannya kami pun membuat pembetulan pada borang yang kami isi serta mengatur menjadi lebih sistematik. Borang-borang berkenaan diletakkan di dalam sebuah fail untuk memudahkan kami mengisi data dalam komputer.

Pada hari terakhir kami semua berkumpul di Health Center untuk upacara penutup. Majlis ringkas ini turut dihadiri oleh Dr. Rajashekar iaitu director USM-KLE. Dalam majlis itu kami hanya mendengar ucapan daripada beberapa orang lecturer antaranya Dr Wantamuttee, Dr. Mohan Sunkad, Dr Rajashekar dan tak lupa juga pengurus health center iaitu Dr Saudagar. Dalam ucapan itu, Dr Saudagar tidak habis-habis memuji sikap para pelajar USM-KLE yang amat coorperative, humble dan menepati masa dalam menjayakan program ini. Beberapa orang pelajar juga turut dipanggil kehadapan untuk memberikan pendapat mereka tentang pengalaman di Rukmini Nagar ini. Dr Jasmine mewakili PG student juga memberikan sepatah dua kata kepada kami.

Selamat tinggal Rukmini Nagar yang penuh nostalgia. Next time kami lawat lagi!

Program community and family survey yang julung kalinya diadakan oleh pihak USM-KLE boleh dikatakan sebagai BERJAYA kerana kami mampu menyiapkan survey dalam masa yang ditetapkan dan yang paling penting kami masih survive meskipun keadaan kampung tersebut sangatlah teruk. Tahniah diucapkan kepada semua staf USM-KLE yang turun padang dalam melancarkan perjalanan program ini dan tidak lupa juga kepada pihak Health Center Rukmini Nagar yang membenarkan kami menjalankan survey di kawasan itu. 

Akhir sekali aku ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada semua pelajar USM-KLE first batch kerana berjaya mengharungi kampung yang dipenuhi dengan bb-bb yang terbiar. Walaupun macam-macam bb telah kami jumpa yang penting kami mampu menjalankan kerja dengan baik tanpa menimbulkan sebarang masalah. Diharapkan agar junior-junior nanti juga mampu mengikut jejak langkah senior dalam menikmati pengalaman di kampung itu.

Sekian..
There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...