Saturday, 7 July 2012

Bangalore India


Bangalore merupakan antara tiga bandar terbesar di India selepas Mumbai dan Delhi yang terletak di selatan India. Bangalore juga adalah ibu negeri Karnataka dan berada kira-kira 500km dari tempat kami belajar, Belgaum. 

Bandar Bangalore boleh dikatakan paling bersih jika dibandingkan dengan bandar-bandar lain di India jika perhatikan keadaan jalannya,orangnya dan macam-macam lagi. Bangalore juga tempat yang amat bermakna buat kami kerana ia adalah syurga membeli-belah dan yang paling penting adalah sebagai tempat persinggahan kami sebelum pulang ke Malaysia kerana di situ terdapatnya Bangalore International Airport.

Bangalore City

First time aku menjejakkan kaki di bumi India ialah di Bangalore Airport setelah 4 jam menaiki flight MAS dari Malaysia, 2 tahun yang lalu bersama dengan semua rombongan pelajar USMKLE. Masa mula-mula sampai tu rasa janggal sikit bila tengok orang India (bajet kat Malaysia takda orang India), polis India, restoran India kat dalam airport tu seperti Cafe Coffee Day dan bila nak makan tu mesti terfikir halal ke haram makanan yang dijual. Kat airport tu tak ada surau. Jadi kami cuma solat di sebuah ruangan kosong berhampiran dengan jalan menuju ke tandas. 

Sebenarnya ada sebab kenapa tetiba aku tergerak untuk hupdate pasal Bangalore ni. Buat pengetahuan anda pada 30hb Julai ini aku akan pulang ke Malaysia dan akan lepak di Bangalore mungkin dalam sehari dua sebelum berlepas. Biasanya kami akan menginap di hotel dekat dengan Mahatma Gandhi  Road sebab kat sana banyak tempat untuk shopping dan restoran seperti KFC, McD dan lain-lain. Maklumlah kat Belgaum takda KFC dan McD, jadi kalau pergi Bangalore memang wajib untuk kami makan benda alah tu.

Fakulti perubatan MSU-IMS Bangalore

Kalau malas nak lepak kat hotel berdekatan MG Road, mungkin kami akan mintak tumpang tinggal dekat rumah pelajar Malaysia dekat Gokula Tower. Kat Bangalore ada satu universiti yang menjadi tumpuan pelajar Malaysia yang dikenali sebagai MSU International Medical Student yang collaborate dengan Ramaiyah University. Sebelum ke Kashmir tahun lepas, aku juga menginap di apartment mereka dan kat sana macam best je sebab nampak la suasana Malaysia sikit memandangkan jumlah pelajar yang ramai dan ada kedai yang boleh masak makanan Malaysia.

Sebenarnya aku tak kenal seorang pun pelajar dekat Bangalore. Nasib baik ada kawan aku yang kenal mereka. Anyway abang-abang Bangalore tu memang sempoi dan baik, siap bawa kami pergi jalan-jalan lagi di sekitar bandar. Paling takleh blah mereka siap bawa kami masuk lecture hall diaorang semasa lecturer sedang mengajar. Apa yang best tentang lecture hall diaorang ialah kerusi yang cukup selesa untuk tidur!

Lecture Hall 

Lepas habis lecture, mereka terus bawa kami shopping dekat MG Road. Itulah kali pertama aku sampai di sana tapi rasanya macam jauh je dalam 30 minit dari universiti mereka. Sebelum tu kami makan McD dahulu yang terletak berhampiran dengan MSU-IMS. Untung la pelajar Malaysia dekat Bangalore ni sebab kat sana semua ada untuk korang shopping dan makan-makan. Sementara kami di Belgaum ni tak tahu nak shopping apa kecuali sari jer. Lagi pun elaun bebudak Bangalore lebih mahal berbanding kami ni sebab mereka duduk di bandar.

Dekat MG Road tu macam-macam ada seperti butik Levi's, adidas, nike, kedai souviner, kedai hanphone, KFC, McD, Pizza Hut, shopping mall tapi aku tak shopping pun kecuali nak beli traveler's bag je untuk ke Kashmir. Kawan aku yang lain pula pergi shopping winter clotch kat sebuah kedai tu. Winter clotch kat sana agak mahal la bagi aku dah la tak ada diskaun. Aku just beli mafla dan winter cap je.

Aku pernah makan kat Nando's ni sebelum balik Malaysia tahun lepas.



Mengidam nak makan KFC. Budak Bangalore cakap KFC sini halal.

Hard Rock Cafe Bangalore- cuma singgah untuk beli baju hard rock sahaja.

Bergambar di hadapan Hard Rock Cafe Bangaluru.

Bergambar di hadapan Element Eatery dengan abang-abang Bangalore.

Makanan paling special kat sini ialah T-Bond.

Bulan februari lepas aku pergi sekali lagi dekat Bangalore bersama Arif dan Sivaraj. Tapi kali ni kami menginap di hotel Shri Laxmi di MG Road. Sebenarnya kami hanya singgah sahaja di Bangalore kerana destinasi kami ialah Mysore. Salah satu jalan paling dekat untuk ke Mysore ialah melalui Bangalore dalam 3 jam perjalanan sahaja. Jadi kami pun membuat keputusan untuk menginap di Bangalore dan menyewa teksi untuk ke Mysore memandangkan kami ke Mysore cuma satu hari sahaja. Hari berikutnya kami hanya jalan-jalan di Bangalore.

Hotel Shri Laxmi, MG Road.

Double room.

Singgah di Mantri Mall


Makan McD dekat Mantri Mall.

Salah satu KFC dekat MG Road.

Stesen LRT dekat MG Road.




Kedai-kedai di MG Road.

Wonder La, Bangalore:


Masa nak balik Malaysia bulan ogos yang lalu aku dan kawan-kawan yang lain pergi ke Wonder La. Orang cakap kat sana best, boleh main macam-macam permainan. Kami pergi menaiki taxi yang disediakan oleh pihak hotel. Dekat sejam juga la nak sampai kat tempat tu sebab kat India ni traffic memang teruk. Kami pergi lepas zohor dan balik lepas asar. Wonder la terletak di Bidadi kira-kira 28 KM dari Bangalore. Waktu beroperasi ialah dari pukul 11 pagi sampai 7 malam.

Harga tiket kemasukan yang kami dapat hari tu ialah Rs500. Sepatutnya harga sebenar Rs750 tapi bila kami tunjuk student card mereka bagi diskaun. Berguna juga student card kami nih!

                           



Wonder La mempunyai beberapa tarikan yang dibahagikan kepada tiga antaranya ialah KIDDES RIDES, DRY RIDES dan WATER RIDES. Setiap tempat tersebut disediakan tarikan dan permainan tertentu.

KIDDES RIDES: Moon walker, convoy, kiddies wheel, funky monkey, carausel, jumping frog,
                            mini express, mery ghosts and mini pirate ship
                       
WATER RIDES: Fun racer, uphill racer, banded kraites, twisters, wavy ang vertical falls,hara-
                           kiri, wavy pools, play pools, lazy river, water pendulum, rain disco and
                           boomerang
                       
DRY RIDERS  :  wonder la bamba,  maverick, drop zone, termite train, sky wheel, insanity,
                           y-scream, Techno jump, hurricane, musical fountain and laser show, crazy
                           cars, cinemagic,wonder splash, flying jumbo, mixer, toon tango,Lion swing
                           jumbo, mixer, toon tango,Lion swing,hang glider, equinox.


Twisters



Lazy River
Dungeon Ride


 Maverick



Wave Pools

Wonder La ni memang cantik tapi masa aku pergi hari tu sempat main sikit je sebab terlalu ramai orang. Kalau nak naik maverick tu kami tunggu hampir 45minit baru boleh naik sebab nak kena tunggu orang dulu. Jadi untuk tidak membuang masa beratur di tempat-tempat tumpuan orang, kami lebih rela mandi-manda di Wave Pools. Kalau ikotkan hati geli juga nak main air kat situ sebab banyak sangat tempe yang hitam duk mandi, nasib baik je airnya nampak jernih dan kebiruan.

~Sekian~                               


There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...