Wednesday, 26 September 2012

Aussie: Perth Part 2


It is nice to know that the time zone in Perth is the same as Malaysia but not for prayer time. Usually we have to wake up very early for solat subuh, otherwise terpaksa subuh gajah (subuh gajah is not advisable to be practised) sebab kat sini fajar menyinsing cepat sikit. Just like in Belgaum accept for solat Maghrib sebab maghrib masuk dalam pukul 5.30 petang. Suhu kat sini sangat-sangat sejuk menjangkaui 10 degree and this is one of the challanges that we have to face here. Sleeping bag adalah benda yang wajib dibawa kalau nak datang Aussie pada musim sejuk. Eventhough sekarang baru sahaja masuk musim bunga tapi suhunya masih sejuk sebab dalam proses peralihan musim. 

Ada satu benda lagi yang korang mesti tahu tentang Australia. Actually kat sini susah sikit nak basuh berak sebab pili air tidak disediakan di dalam tandas. Tak tahu la kenapa tetapi orang sini memang dah biasa basuh guna tisu. Tapi bagi aku, basuh berak menggunakan tisu amat menggelikan dan aku tak yakin akan kesuciannya. So how we overcome this problem? Caranya amat senang, cuma perlu masukkan air dalam baldi dan jalankan kewajipan anda. Kalau nak pergi bersiar-siar kat mana-mana pun lebih baik bawa botol air utuk senang kerja membasuh air kecil. Anyway macam takda benda lain ke aku nak cerita selain berak?haha


University of Western Australia in the reflecting pool

UWA

On the way nak pergi ke bus stop, kami bersiar-siar dahulu dekat University of Werstern Australia. Jujur aku cakap, UWA memang cantik, tenang dan santai. Apa yang paling aku suka ialah bangunan utama yang ada kolam kat depan tu memang cantik sangat-sangat. Kalau stress dengan study aku rasa kolam tu boleh membuatkan minda kita tenang dengan kelembutan airnya dan kedamaian di sekitarnya. Aku tengok ramai juga wajah-wajah Asian kat UWA especially Chinese. Kitem cakap, kebanyakan Chinese yang belajar kat sini berasal dari Singapore dan Hong Kong. Biasanya mereka ambil course business study sebab parent diaorang nak mereka jadi businessman yang berjaya. Malaysian student yang belajar kat sini pulak ada yg ambil jurusan perakaunan, engineering, commerce etc.

Waiting the bus to Esplanade Station in Perth City

Salah satu sebab yang membuatkan aku terpesona dengan bandar Perth ialah sistem pengangkutan awam yang sangat sistematic dan teratur. Kat sini the main public transport is bus and train but here they name it as transperth. Selepas puas berjalan dekat UWA kami terus pergi ke stesen bas yang berdekatan. Kalau nak ke Perth City biasanya kena turun dekat Esplanade Station la. Tiket bas boleh beli on the spot atau pun guna student card untuk dapat harga 50% lebih murah. Harga tanpa student card ialah $10 tapi kami bayar $5 jer sebab kami pinjam student card kawan Kitem.


Swan Bells Tower


The Swan Bells are a set of 18 bells hanging in a specially built 82.5 metres-high copper and glass campanile, commonly known as The Bell Tower or the Swan Bell Tower. Taking their name from the Swan River, which their tower overlooks, and forming a sixteen-bell peal with two extra chromatic notes, they are one of the largest sets of change ringing bells in the world.



Restoran dan kedai souviner




Actually Perth adalah satu bandar yang tidak begitu sibuk dan jalan rayanya agak lengang dengan kenderaan. Macam pelikkan bandar sebesar Perth ni tak ada traffic jam sangat tapi itulah realitinya. Apa yang aku perhatikan, disebabkan public transport yang sistematiklah Perth dapat mengawal kesesakan jalan raya di bandarnya dengan baik sekali. Why not? Dekat bus stop aku tengok ada satu machine dan kat situ ada screen kecil. Dekat screen tu dia tulis waktu bas yang akan tiba ke bus stop dalam beberapa minit kemudian. Kalau terlepas bas, jangan khuatir sebab dalam 4 minit je akan ada bas lain yang sampai tepat pada masanya. Cara mereka kawal bas bandar macam kawal komuter kat Malaysia. Thats why la ramai yang naik bas sebab memang cekap dan cepat.

Im not sure what is the name of this street

If im not mistaken, Perth is one of the most livable city in the world which ranking at 6th out of 198 cities

We dont buy any souvenir here becouse the price is slightly expensive

Lunch with a Japanese food, not Australian food.lol

Teriyaki Chicken Bento Set with rice, sushi, soup, salad and fruit-$11.90

Setiap pengalaman yang kita lalui pasti terselit kisah lucu dan mengarut. Aku juga tidak terlepas dari lumrah ini. Seperti yang korang tahu, aku ni memang tak pandai sangat English dan English aku memang terkenal dengan kebengapannya. Inikah pula English Australia yang lain sedikit daripada English British. Jujur aku cakap aku memang susah nak faham orang Australia speaking sebab mereka cakap cepat sangat dan ada slang mereka tersendiri. 

Orang Australia ni sebenarnya sangat friendly especially yang bekerja sebagai cashier kat mana-mana kedai la. Kalau nak bayar  benda yang kita nak beli mesti je cashier tu akan borak-borak sikit dengan kita. Dia start dengan soalan how are you dan sampailah korang rasa malas nak layan sebab sama ada tak faham English dia atau nak cepat. Tapi aku ni sebab tak paham English Australia la aku jadi malas nak cakap-cakap banyak.



Perth adalah satu kota tanpa pengemis jalanan. Obviously bila aku berada dekat bandar Perth, memang tak nampak seorang pun pengemis jalanan tetapi di sini ada golongan yang mencari rezeki dengan mempamerkan bakat yang mereka ada di jalan-jalan yang ada ramai orang but they are not pengemis yang hanya tahu meminta dan mengharapkan simpati orang. Golongan ini terdiri daripada orang muda dan juga dewasa. Mereka selalu menghiburkan warga kota dengan mengadakan persembahan seperti menyanyi, main alat music, menari tapi yang paling banyak adalah menyanyi. Mereka yang tertarik dengan persembahan street performer pasti akan memberi mereka beberapa keping syiling dollar Australia.

Jangan pandang rendah pada street performer ni sebab sesetengah penyanyi jalanan siap ada album mereka sendiri lagi dan suara mereka juga sedap. Ada yang mampu mencipta lagu dan dengan lagu itu mereka mampu menarik ramai peminat untuk membeli album mereka. The best example of the street performer yang mendapat sambutan yang agak menggalakkan ialah kumpulan Set Sail. Jangan lupa cari kumpulan Set Sail dekat Fb or cuba cari kat you tube.

Calling my mom in Malaysia



Boleh bagi kepada yang tersayang!

Arcade

One of the street performer who use her talent of playing violin to earn money



Photo at the Hay Street entrance and clock

Pertama kali aku memasuki satu street yang sangat meriah dengan orang dan banyak kedai di kiri dan kanan serta tambah pula dengan street performer yang memeriahkan keadaan, aku seakan-akan jatuh hati pada keharmonian bandar Perth. Bagaikan berada di dunia yang lain yang tidak pernah aku lihat sebelum ini. Bandar Perth sangat bersih, teratur, tenang, orangnya baik, open-minded, peramah and i think this city is so liveful. Di tengah-tengah bandar Perth ada satu tempat yang bernama Ye London Court. Di situ terdapat banyak kedai souviner dan restoran. Bangunannya dibina dan dihias mengikut British Style dan sekali pandang, seolah-olah berada di Kota London. Dari sana juga aku terhidu bau aroma kopi yang sangat menusuk kalbu dan akhirnya aku tergoda. Sudah tiba masanya untuk mencuba kopi Australia. Jadi, kami singgah sebentar di DOME untuk menghirup seteguk dua air kopi.

Minum kopi dekat DOME


Cappuccino-$5.00


Im not so sure how we could reach there. We just walking by following the smell of coffee and it brings us to the restaurant named as Dome. This restaurant is so good with beautiful decorations. Kami duduk dekat meja sebelah tingkap. Dari sana kami dapat lihat kenderaan dan orang-orang yang sedang lalu lalang di bawah. Kat sini kami order tiga coffee iaitu cappucinno, flat white dan coffee latte yang bersaiz besar. The only differences between all those coffees is their ingredients and taste. Actually cappucinno ada banyak coffee tapi kurang susu tapi dia letak coklat sikit. Flat white pula kurang coffee dan banyak susu while coffee latte has an equal amount of coffee and milk. Semuanya sedap tapi aku lebih suka cappucinno.


Most of Australian are obese, esp. the adult.

Kitem cakap kerajaan Australia ada satu undang-undang bahawa mereka nak setiap warganegaranya memiliki kesenangan sama rata tanpa mewujudkan jurang yang tinggi. Mereka nak setiap rakyatnya memiliki sebijik rumah, kereta dan keluarga dan itu sedah memadai bagi mereka. Sebab itulah gaji kat sini mahal sangat. Pelajar Malaysia kat sini juga turut mengambil peluang ini untuk bekerja part time dan kadang-kadang tu mereka tak payah sentuh doit elaun.

Bila berada di Australia aku rasa sangat dihargai sebab orang Aussie sangat menghormati pelancong asing. For example when we want to take a photo, orang Aussie ni tak akan lalu kat depan kita tapi mereka akan lalu kat belakang kita sebab mereka tak nak kita rasa terganggu. Kalau tak pun mereka akan berhenti sampailah kita siap bergambar baru mereka akan lalu tapi mereka akan mengucapkan "sorry" dan memberi satu "senyuman" kepada kita. Sometimes ada juga orang Aussie ni yang tolong ambil gambar kami tanpa kami minta mereka berbuat begitu. Tetiba dia datang dan cakap," may i help you to take your photo?". Anyway orang Aussie ni baik la, bertamadun dan sangat friendly.

Ada jugak tempe yang sedang promot negara mereka dengan menyanyikan lagu tradisional India.





Art Galery



Perth Mosque

Berkenalan dengan orang Malaysia di masjid ini

Dari pagi sampailah petang kami berada di Perth City, akhirnya kami singgah di Perth Mosque untuk menunaikan solat. On the way nak pergi Perth Mosque kita akan melalui satu tempat yang dipanggil China Town. Dekat Australia ni semua bandar ada China Town sebab immigrant yang paling ramai selepas European ialah orang China. Mereka datang ke sini adalah untuk mencari kerja dan belajar.

Kalau perhatikan, senibina Perth Mosque sebenarnya bercirikan senibina masjid yang ada di Spain. Dekat sana juga aku terserempak dengan ramai Malaysian tapi kebanyakannya tidak bertegur sapa. Aku pula rasa serba salah nak tegur mereka sebab takut mereka tak nak layan. Nanti tak pasal-pasal pula aku yang malu. Dalam masjid itu juga datang seorang Malay man(yang tertera dalam gambar di atas) dan kami sempat berkenalan dengan dia. Lupa pula nama abang tu apa tapi yang aku tahu dia bekerja under Sime Darby dekat Perth. 

Alang-alang tu kami tanya la berapa gaji dia kerja kat Aussie. Hehe tapi dia tak cakap la amount berapa cuma cakap agak lumayan jer. Anyway abang tu ada la citer pasal kawan dia berhenti jadi engineer dan bekerja sebagai cleaner dan postman dekat Aussie. Siapa sangka gaji kawan dia tu mencecah $6000 sebulan. Lebih kurang RM18k! Padahal kerja sebagai cleaner dan postman je pon tapi itulah realiti Australia. Kalau macam tu teringin juga aku nak kerja kat Aussie. Dah la harga kereta luar negara murah je dalam $20K-$30K(dalam 70 ribu ringgit sahaja). Geram betul aku dan sakit hati pun ada bila tengok harga kereta kat sini. Budak sini cakap road tax dan minyak petrol kat Aussie mahal.



State library of Western Australia

Western Australia Museum



A good attitude of Australian who are always line up to buy the food

There is something that you have to know about Australian. Hehe Actually kan mereka ni sangat civilised dan agak berdisiplin di jalan raya. Mereka anggap polis sebagai cikgu disiplin mereka dan setahu aku orang Aussie sangat takut dekat polis sebab polis mereka memang tegas dan tidak corrupt. Kat sini orang Aussie akan sentiasa patuh pada peraturan jalan raya sebab kalau kena saman memang bayarannya mahal dalam $300( RM1000) untuk kesalahan tidak memakai tali keledar, memandu melebihi had laju, mabuk semasa memandu ect. Kalau dekat Perth tu korang jangan senang-senang nak lintas jalan macam tu je sebab kat sini orang Aussie akan tunggu dekat tepi jalan sampailah lampu isyarat pejalan kaki on. Even kalau tak ada kenderaan sekali pun mereka tetap tidak melintas sebab mereka patuh pada peraturan jalan raya. So kat sini kena jaga attitude sikit dan jangan buat style Malaysia.

Another street performer, Set Sail.

Bagi aku Perth adalah satu bandar yang sangat romantik. Patot la drama Adam Hawa lebih memilih Perth berbanding bandar-bandar lain di Australia. Kat sini aku terjumpa ramai orang Malaysia yang datang untuk melancong. Kalau yang muda tu mesti akan tegur kita tapi yang tua-tua sikit buat-buat tak kenal je, senyum pun tak. Ada juga pasangan yang datang berbulan madu macam yang aku jumpa dekat Caversham Wildlife Park tu, sweet gila diaorang. Mungkin aku akan datang lagi ke Perth dimasa yang akan datang. InsyaAllah..

Sekian..


There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...