Wednesday, 24 April 2013

Pune & Mahabaleshwar

First time mengikuti trip bebudak usmkle ni pergi berkelah. Memula tu memang malas nak join sebab dorang nak melawat National Aids Research Institute dekat Pune. Siapa suka melawat tempat-tempat bersejarah macam ni, confirm bosan kann. Tapi nak buat camna tak pepasal pulak saya kol dorang untuk join skali , so kena la ikot. Haha

Trip ni bersempena dengan World Aids Day (bulan Disember 2012 yang lalu), diorganisasikan oleh biro kesihatan. Plan asalnya akan melawat tempat aids tu pukul 10 atau 11 pagi tapi alih-alih bas kami sampai lewat, dalam pukul 12 tengah hari. So, dalam pukul 2 baru start melawat tempat aids tu sampai la petang. Lepas tu malam nanti kami akan ke Mahabaleshwar, dalam 150km dari Pune tapi dah ondaway nak balik Belgaum.


Kolam untuk aids day

Pertandingan kuiz


Antara peserta kuiz. Goup B yang menang.

Tak tau la nak cerita apa pasal NARI tu sebab actually tempat tu sangat membosankan. Pastu kami berhenti dekat shopping mall yang sangat besar dekat Pune. Lupa nama mall tu. Kat sana ada macam-macam la. Bebudak ni pula tak habis-habis shopping. Kat sini sempat la kami mengisi perut yang sangat berkeroncong kerana dari pagi lagi tidak makan. Sumpah lapar gila. Turun je dari bas, kami terus menyerbu KFC. Bila dah pukul 8 kami kena naik bas untuk ke Mahabaleshwar pulak. Masa nak bertolak tu ada beberapa orang peserta yang kehilangan barang. Selepas siasatan dijalankan, rupa-rupanya silap kami juga sebab tak tutup tingkap bas. Memang rezeki pencuri la.

Mahabaleshwar :)

Tempat penginapan bebudak laki agak awesome



Udara kat sini nyaman je. Best!


Ni aktiviti pagi yang mereka buat. Tapi saya tak join sebab tidak ada daya dan kekuatan untuk bangun. hehe


Ladang strawberry bayak sangat kat sini

Sempat pula melawat kebun bunga Mak Kiah

Minuman dekat sana best-best.

Gambar atas itulah stawberry yang ada kat sana. gambar bawah pulok dinamakan Persian Point (erkk lupa nama)

Inilah mak cik yang setia duk jaga buah strawberry. Siap pakai sari lagi.


7 comments:

  1. ya rabbi best nyer!

    nak masukkan pune dlm nxt trip! haha.

    inshallah akak akn ke perth sept ni. as per plan. n n3 awk sgt membantu dik! tq3!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh bestnya . selamat ke Perth ye akak. enjoy yr trip :)

      Delete
    2. Tq2.. Heh. Study molek2 deh.

      This time total cost for ticket alone is 1890rm. Paling murah dh tu. Promo, 766. If biasa 1699 ke brapa ntah. Huhu..

      Delete
  2. ok. sorry. not pune. its mahabaleshwar :p

    ReplyDelete
  3. cantiknya tempat.. sangat seronok tengok gambar2 you ni..

    ReplyDelete
  4. Azhar, nak share gambar-gambar azhar untuk hantar article world aids day kat Sidred boleh?

    ReplyDelete
  5. seronoknya nya awak...cantik tempat ni..pune..mmg dkt sini bnyk ladang ke?

    ReplyDelete

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...