Saturday, 19 January 2013

Sydney: Madame Tussade

This is a continuation of our journey in Sydney from the previous post (Sydney Aku Datang). As the space is not allowing me to put these photos together so, that is why i made a separate post about the first day in Sydney. All the photos was taken in Madame Tussade. Nothing much can i tell here. Lets the picture speaks with you. Hehe

This is Madame Tussade( tempat yang ada banyak patung-patung berhala tuuuuihh)


Marco Polo?? I just guess!

First time jadi drummer tak bertauliah


Jumpa hantu Michael Jackson

Masa ni mak cik Oprah lebih kurus berbanding dengan sekarang.hmmm

Bergambar dengan beberapa orang pemimpin dunia dan tokoh sains

Britney Spear and the naughty boy

Mr. and Mrs Smith! Hoho siapa tak kenal Angelina Jolie and Brad Pit ye. Dapat bergambar dengan patung pun dah heppy. Kalau dapat jumpa yang real mesti gempakkan.





Bollywood Celebrities pun hada! Such as SRK, Amitat Bachan, Hritik Roshan, Aiswarya Rai, and Kareena Kapoor. Tapi kan lagi best kalau Preety Zinta, Arjun Rampal, Salman Khan, Katrina Kaif ada sekali? Selama saya di India hanya seorang saja artis bollywood yang pernah saya jumpa depan-depan iaitu Aishwarya Rai. And this is my second time i meet Aiswa. Tak sangka kali ni kita jumpa di Australia. lol










I think siapa yang datang ke Sydney memang wajib masuk tempat ini. You can meet with so many hollywood and bollywood celebrities there. Walaupun relitinya mereka hanyalah sebuah patung lilin tetapi secara mata kasar mereka seakan-akan nampak real. Pandai la orang yang mengukir patung lilin ni. Sangat-sangat berseni. So that's all from Madame Tussade. Bye..

Tuesday, 1 January 2013

Sydney Aku Datang

Assalamualaikum..

Happy New Year! Nav Varsh Ki Subhkamna!! 새해 복 많이 받으세요!!! Alhamdulillah kita baru saja memasuki tahun 2013 dengan jayanya dan meninggalkan tahun 2012 dengan _______??? Yeaayyyy tak sangka cepatnya masa berlalu. Tapi jangan hepi sangat la. Cuba tengok balik azam kita tahun lepas, adakah ianya berjaya direalisasikan atau tidak! Sebenarnya azam saya pada tahun lepas adalah ingin travel ke European country TETAPI tak jadi sebab tak cukup doit. Hurmm... Takpe Azhar tak payah nak mengeluh sebab Allah telah gantikan dengan Australia. Syukurlah dapat ke Aussie, bukan semua orang dapat ke sana  tau, tambah orang yang miskin macam saya ni. Dah la miskin, hina pulak tu. Huk3

Apa yang saya belajar dari tahun lepas ialah dimana ada kemahuan di situ ada jalan. Nak pegi Aussie macam awkward je bagi saya. Mana taknya, Aussieee kot! Biarkan apa orang nak cakap, tapi apa yang penting separuh daripada bajet itu adalah hasil daripada bisnes sari secara kecil-kecilan yang  saya jalankan kira-kira empat bulan sebelum berlepas ke Aussie. Alhamdulillah Allah permudahkan jua jalan bagi saya. Rasa gembira sangat bila dapat melancong dengan hasil titik-peluh sendiri. Walaupun tak seberapa at least saya telah berusaha untuk mencapai impian itu. So apa lagi, Sydney Aku Dataaaaaannnggg!!! (just imagine Lisa Surihani yang tengah bermimpi dalam flight dan tetiba tersedar *macam dalam citer  Istambul Aku Datang gitu*). Post Sydney Aku Datang ni actually special sikit sebab ianya 'di-published' (sebutan gaya Lisa Surihani) pada detik 12 malam iaitu pada pukul 00:00 tahun 2013. Makanya rajin-rajinlah membaca nukilan saya dibawah ini yer.


Di saat ini juga saya nak ucapkan selamat tinggal selama-lamanya buat Melbourne yang banyak menyusahkan kami. Selama tiga hari tiga malam di sana, saya tak rasa Melben tu best melainkan cuacanya yang sentiasa redup dan suhunya yang terlalu sejuk. Lain pula dengan Sydney. Cuaca di Sydney selalu menyebelahi kami. Suhunya just nice, tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Hari ini hari yang kesebelas saya berada di bumi kangaroooo. Tinggal empat hari je lagi nak pulang ke tanah air. Sedih ah nak tinggalkan negara yang serba cantik ni. Siyesly rasa tak nak balik! I love this place very much! Kalau diberi peluang nak je saya belajar dan bekerja di Australia. Tolonglah transfer saya ke Sydney, saya janji akan belajar bersungguh-sungguh asalkan dapat duduk kat Australia. Hehe tak boleh blah statement, macam nak mintak penampar pun ada.

Flight kami dari Melben ke Sydney ialah pada pukul 7 pagi dan dijangka akan tiba sejam kemudian. Jarak Melben-Sydney cuma 800km je. Yim pernah cakap student Malaysia kat Melben pernah pergi Sydney dengan kereta, ambil masa 12-17 jam untuk sampai. Tapi nak senang naik je flight. Kat Aussie laluan udara adalah pengangkutan utama untuk bergerak dari satu  bandar ke bandar yang lain. Kami dihantar oleh abang Aizat dan Yim ke airport dan mereka juga sempat menemani kami hingga di pintu perlepasan. Satu lagi keunikan Australia airport ni, orang boleh hantar penumpang sampai ke Boarding Gate. Saya breakfast kat airport tu dengan dua biji donat serta satu cawan cappucino yang berharga AUD6.50. Kenyang gak makan sebab donat tu manis sangat dan memuakkan.


Selepas satu jam setengah berada diudara , akhirnya sampai jua kami di Sydney. Ohmaigoddd tak sangka dapat juga saya menjejakkan kaki di Syndey. Memang dari kecik lagi bercita-cita untuk ke Sydney dan hari ini impian saya telah tercapai. Alhamdulillah.. Niat saya datang Sydney cuma satu je, ingin bertemu dengan Opera House. Yeahhh Opera House kot! Tiba di Sydney Airport kami diambil oleh Fuad, pelajar di University of New South Wales. Kalau tak silap Fuad ni budak engineering tapi dah berpunya la. Sorry sangat-sangat ye gurl-gurl sekalian.

Fuad

Dah tu Fuad yang angkut kitaorang, sudah menjadi adat la Fuad kena bagi kami menginap di rumah dia tanpa ada keraguan padanya. Hihi buat muka tak malu pulak. Dalam setengah jam gitu kami pon sampai di rumah banglo Fuad and The Geng. Wahh besar juga rumah mereka. Rumah tu ada tiga bilik tidur dan ruang-ruang lain yang sepatutnya pun selesa juga. Tapi harga sewa untuk setiap orang sangat mahal, dalam AUD1000 sebulan kot. Saya sengaja letak 'kot' sebab tak sure harga sebenar tapi saya pasti harganya dekat-dekat AUD1000 la. Kami rehat sekejap je, no chance to sleep kay. Nak makan ke, nak bersiap ke, nak berak ke time tu lah coz dalam pukul 9.15 japgi kami akan ambil bas ke Sydney City. Tiket bas kami beli dekat pasaraya berhampiran dan harganya ialah AUD28 untuk SEPULUH kali guna or naik bas. Kami dekat Sydney cuma tiga hari, hari ini dan hari terakhir (2,5,6 September). Pelik tak kenapa ada "gap"? Pasalnya pada 3 dan 4 haribulan kami akan ke Gold Coast. Yeheewww!!So, esok pagi kami akan terus berlepas ke GC dan trip itu juga dijoin oleh Fuad.

Opera House, the heart of Sydney!

Lama juga kami menunggu bas untuk ke Sydney City hampir 15 minit huh. I hate waiting. Waiting is HELL. Selama berada di Aussie selalu je kena tunggu dan menunggu flight. Saya paling tak suka berada di ruang menunggu di Pintu Perlepasan sebab bosan yang teramat sangat. Tapi bila flight dah sampai, sumpah rasa happy gila dan itulah saat-saat yang dinanti. Then bila bas dah sampai, cepat-cepat kami naik serta scan tiket bas dekat mesin yang telah disediakan. Pastu dekat belakang tiket tu dia print siap-siap masa dan tarikh guna tiket tuh. So saya masih ada sembilan peluang lagi untuk naik bas sebelum tiket itu tamat riwayat hidupnya. Dalam 20 minit kemudia kami pun sampai jua di Sydney City di sebuah perhentian bas. Tetapi Sydney Opera House still jauh dari tempat kami berhenti. Nak tak nak terpaksa juga jalan kaki meredah bandar itu menuju Circular Quay dan berjalan di pesisir Opera Quay (sambil melihat Harbour Bridge yang berada jauh di seberang sana) sebelum tiba di Opera House. Fuhh bayak juga dugaan untuk berjabat tangan dengan Opera House ni.

p/s: Selamat menikmati gambar-gambar di bawah, biar gambar berbicara segala-galanya :)



Sebelas hari berada di Aussie sampai muka dah jadi hangus-bingus.


Ni dekat restoran bawah Opera House

Perkara yang paling mendukacitakan saya semasa melawat Opera House ialah faktor masa! Mengapa begitu? Bagi saya waktu yang kami melawat itu tidak sesuai untuk bergambar kerana pada masa itu matahari sudah pun terletak tegak di atas kepala dan ianya juga berada di belakang Opera House. Jadi, segala gambar yang kami ingin snap dari semua penjuru dari depan adalah tidak cantik kerana terlindung dari cahaya matahari. Kesannya, muka kami akan nampak gelap dek terselindung di balik bayang-bayang sang mentari tengah hari. Disebabkan itu jugalah mood kami untuk bergambar terus berkurang. Yelah buat apa nak tangkap gambar banyak-banyak kalau hasilnya jua tidak cantik. Tapi kami terpaksa jua akur dengan lumrah alam dan tangkap gambar buat kenangan. Seperti yang saya belajar dalam kelas fotografi, waktu yang paling ideal untuk tangkap gambar ialah antara pukul 7-10 pagi dan 5-6 petang sebab masa tu cahaya matahari tengah cantik.

Sampai saja di Circular Quay anda sudah mampu melihat jasad-jasad Opera House dari jauh. Dekat sana ada persembahan live oleh orang asli Australia (Aborigin) yang sedang bermain alat muzik traditional mereka sambil memegang boomerang.  Masa tu ada dua orang Aborigin berkulit hitam yang hanya memakai cawat dan badannya diconteng-conteng dengan warna putih. Sekali tengok macam agak scary la tapi jangan risau mereka tak akan sumpit orang dan paling best mereka tu sporting untuk bergambar dengan pengunjung. Kalau ke sana jangan lepas peluang untuk bergambar dengan mereka yar! 


Semua orang excited nak bergambo dengan orang asli Australia

Lukisan yang dibuat oleh Aborigin

Bergambar dengan orang batu

Suasana di Opera Quay sangat meriah dengan kehadiran manusia dari seluruh pelusok negara. Maklumlah semua orang yang datang ke Syndey nak tengok Opera House. Kat sini saya nampak ramai sangat orang-orang dari Timur tengah, India, China, Jepun dan tak lupa juga Malaysia. Saya suka tempat yang meriah macam ni, baru la rasa enjoy. Sambil berjalan di tepi pagar Opera Quay tu kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar sampailah tiba di Opera House. Begitu juga dengan pengunjung lain, asep tangkap gambar je setiap saat dan ketika. 

Lastly, detik-detik yang ditunggu selama ini iaitu untuk menjejakkan kaki di atas Opera House pun terlaksana dengan jayanya. Kami melangkah dengan penuh berani menaiki anak tangga yang tinggi dan dalam sekelip mata saja kami terus berada di hadapan bangunan putih itu. Ohh inilah rupanya Opera House yang dikatakan sangat famous tuuu. Opera House ni memang besar sangat bila berada dekat dengannya. Tapi apa yang saya perhatikan, bila tengok dari dekat ni Opera House macam tak ada apa-apa pun, langsung tak special dan biasa-biasa je. Nak bergambar pun tak cantik sebab dalam gambar nanti nampak bahagian-bahagian tertentu je Opera House ni. So, nak gambar lagi cantik kenalah tangkap jauh sikit biar nampak seluruh Opera House. 

Harbour Bridge


Saiful, Fuad, saya dan Man

Gambar Harbour Bridge yang diambil dari atas ferry

Menaiki Ferry ke Darling Harbour


Di belakang saya adalah sebahagian daripada bandar Sydney yang pesat membangun

Sydney adalah bandar paling besar di Australia tetapi Sydney bukanlah ibu negara tersebut kerana tampuk pemerintahan terletak di Canberra. Nassier pernah beritahu, dulu Sydney dengan Melbourne pernah berebut untuk menjadi ibu negara atau pusat pemerintahan Australia tetapi untuk mengelakkan pergaduhan maka mereka menjadikan Canberra yang terletak dia antara Sydney dan Melben sebagai pusat pemerintahan. Satu lagi daya tarikan yang ada di Sydney ialah Harbour Bridge. For me, Harbour Bridge is nothing but just a bridge. Tak pasti la apa yang special sangat pasal jambatan tu. Apa yang saya tahu jambatan ini telah lama dibina. Boleh dikatakan jambatan yang bersejarah la. 

Bagi pelancong pula rasanya Harbour Bridge ni sangat significant untuk Opera House. Kenapa saya cakap begitu? Saya rasa jika anda inginkan pengalaman yang lebih mencabar dan gambar yang lebih bermakna, maka anda boleh panjat jambatan itu dan tangkap gambar bagi nampak Opera House. Confirm gambar nampak vogue kan. Kat sana memang ada perkhidmatan untuk panjat jambatan itu dan saya tidak pasti berapa bayarannya. Tentang keselamatan jangan risau, ini Australia beb. Mereka akan bagi korang pakai pakaian khas dan siap pakai tali lagi. Then mendaki secara berkumpulan. Once dah berjaya mendaki  ke puncak Harbour Bridge mereka akan memberi korang sijil penghargaan.

Dari Circular Quay kami menaiki ferry ke Darling Harbour

The panoramic view of Sydney City


Tiba di Darling Harbour

Pelancong dari Timur Tengah


Tengok haiwan laut di Sydney Aquarium

Lepas sejam lebih kami lepak dekat Opera House, next kami nak pergi Darling Harbour. Tapi sebelum meninggalkan Opera House kami menunaikan solat di tepi bangunan itu. Nak pergi sana boleh naik ferry dari Circular Quay tuh. Ada banyak ferry kat situ dan bayaran untuk ke sana cuma AUD11 (kalau tak silap la). Disebabkan ramai sangat orang yang nak pergi Darling Harbour, jadi kami kena tunggu la. Bila ferry dah sampai, kami terus bergegas masuk ke dalam bersama pelancong-pelancong lain. Ferry tu okay la, besar macam ferry dekat Langkawi je (macam saya pernah pergi pulak kat Langkawi tu). Masa duduk atas ferry tu anda akan dapat tangkap gambar sambil di belakang anda adalah Opera House dan Harbour Bridge. Tapi sinaran cahaya mentari yang terlalu terang mencacatkan gambar kami. Sementara menaiki ferry tu kami dapat melihat keindahan bandar Sydney secara keseluruhannya. Subhanallah.. Sydney memang la cantik sesangat. Dah la bersih dan pembangunannya juga hebat.

Dalam setengah jam kot barulah tiba di Darling Harbour. So apa lagi, kita enjoyyyy! Pada masa tu saya tak tahu apa-apa tentang Sydney kecuali Opera House dan Harbour Bridge dan sekarang kami tiba di satu  tempat yang agak famous. Orang datang ke sana berpusu-pusu. Tempak apekah sebenarnya Darling Harbour ni? Okehh kat sini sebenarnya tempat untuk lepak-lepak sambil makan angin sebab ada banyak restoran, bar, cafe, kedai-kedai, dua buah museum, satu Chinese Garden, aquarium, IMAX Theatre dan satu Wild Life. Whoaaaahh banyak gila daya tarikan yang ada di Daring Harbour nih! Turun je dekat sana saya nampak ada satu muzeum yang besar gedabak iaitu Australian National Maritime Museum dan Powerhouse Museum, yang terletak di atas Maritime Museum itu. 

Darling Harbour yang tampak lagi cantik pada sebelah malam

Kami terus berjalan menuju ke food court (lupa nama bangunan tu) untuk mengalas perut. Dekat sana ada bermacam restoran la dan kebanyakannya haram sebab ada khinzir. So, kena pandai-pandai sikit pilih restoran yang tak jual makanan berunsurkan khinzir, even McD pon ada jual burger daging khinzir tu. Kami lunch dengan makan burger jugak tapi yang Australia punya brand (lupa nama lagi). Lepas dah kenyang bagai, kami pun terus jalan dekat area berdekatan. Kami pergi ke Madame Tussade dan untuk memasuki bangunan itu kena bayar tiket dulu la. Madame Tussade ni adalah tempat pameran patung-patung lilin yang nampak real. Patung lilin yang mereka pamerkan adalah terdiri daripada mereka yang popular seperti Ratu Elizabeth, artis-artis Hollywood dan Bollywood, tokoh-tokoh sains dunia dan jaguh sukan Australia. Saya terpaksa membuat post yang berasingan khas untuk Madame Tussade kerana terlalu banyak gambar yang ingin dikongsikan. Apa pun Madame Tussade sangat best sebab saya boleh bergambar dengan Angelina Jolie. 

Saya dan manusia tidak bernyawa. ngeh3


Gambar Sydney City yang diambil dari Sydney Tower

Kami lepak dekat Madame Tussade agak lama sebab nak bergambar dengan patung lilin satu per satu. Dah la dalam tu berjuta patung lilin. Dari pagi sampai ke petang berjalan kaki pun dah mula penat tapi kami teruskan aktiviti dengan melawat Sydney Aquarium. Actually saya tak berapa minat haiwan-haiwan laut ni, alang-alang dah sampai baik masuk je. Ok la dalam aquarium tu ada pelbagai haiwan terutamanya ikan jerung. Yang paling best dapat tengok ketam dan udang gergasi serta penguin. Keluar saja dari aquarium kami baru sedar senja telah melabuhkan tirainya. Kami diselubungi oleh kegelapan tetapi dalam kegelitaan itu Darling Harbour sangat indah dengan hiasan lampu pada bangunan dan kedai di sekitarnya. Aktiviti terakhir untuk hari ini adalah melawat Sydney Tower. Dari Darling Harbour kami hanya berjalan kaki menuju Sydney Tower yang jaraknya tidaklah begitu jauh. Sydney Tower takda apa pun. Dari atas menara itu dapat la kami tengok pemandangan bandar Sydney. 

Total perbelanjaan hari ini hanya AUD100 termasuk pengangkutan, makan dan pass masuk ke tempat menarik. Mak oihh penatnya satu hari jalan dekat Sydney sampai nak tercabut kaki. Esok nak bertolak ke Gold Coast pula. Harap kami semua dapat bangun awal sebab flight kami pada pukul 7 pagi esok. Dont forget my next hupdate about Madame Tussade and also Gold Coast..Bye!!

Sekian..


There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...