Monday, 18 February 2013

Gold Coast & Brisbane

Assalamualaikum..Lately cuaca di Belgaum sangat awesome, sejuk dan mendung selepas beberapa bulan tak ditimpa hujan. Tapi saya pasti dalam beberapa hari lagi Belgaum akan kembali panas sebab dah nak masuk musim panas. Selama dua minggu bercuti di Australia, banyak sangat tempat yang dikunjungi dan memerlukan LIMA bulan untuk saya menghupdate kesemua tempat itu. Saya ada berita gembira di sini, ini adalah post terakhir saya tentang Australia kerana destinasi terakhir kami ialah Gold Coast. Lega rasanya dapat kekuatan untuk menulis sampailah ke penghujung perjalanan. Rasa seolah-olah berjaya melangsai hutang sejuta henggit. The most important is this mission was accomplished! Horaayyy..

Perancangan asal kami sebenarnya ingin tinggal di Gold Coast selama dua hari satu malam dengan menginap di backpakers hostel yang ada di sana tetapi secara tiba-tiba plan kami berubah. Oleh kerana kami menyewa kereta di Gold Coast Airport, kami pergi ke Brisbane untuk bermalam di rumah member yang tidak dikenali. Jarak untuk ke Brisbane cuma 78km. Kami bertolak dari Sydney ke Gold Coast pada waktu pagi, 3 September. Sebenarnya kami hanya ingin ke Movie World dengan menaiki bas tetapi setelah kami bertanya tentang harga sewa kereta, kami pun bersetuju untuk menyewa kereta dengan harga AUD154 untuk 2 hari. Jadi bila dibahagi empat, seorang perlu bayar 38.5 Dollar sahaja! Agak-agak berbaloi kot untuk pengangkutan sebab kami dapat jalan sendiri dan dapat sampai Brisbane. Total destinasi kami di Aussie sekarang menjadi enam. 


Dari airport kami terus menuju ke Movie World. Aktiviti kami pada hari pertama di Gold Coast ialah masuk Movie World dari pagi sampai petang. Dekat Gold Coast terdapat banyak taman tema tetapi kami memilih Movie World sebab nampak lebih menarik dan meriah kerana ianya bertemakan Kartun. Tiket masuk ke Movie World boleh dibeli secara online atau di counter. Tak silap saya dekat Surfur Paradise juga ada booth-booth jualan tiket masuk ke Movie World. Harga VIP untuk unlimited entry dalam tempoh sembilan bulan (up to June 2013) cuma sekitar AUD109.90 atau AUD99 (kalau beli online). Tapi nak dijadikan cerita kami tak beli online.

Nak ke Movie World ambik masa selama sejam melalui highway yang cukup selesa. Pada asalnya kami nak masuk Dream World tapi bila search balik kami dapati Dream World tak berapa best. Dalam pukul 10 kami pun sampai di sana. Kami bawa siap-siap bekalan untuk breakfast seperti roti sandwich dan uniknya kami makan dalam kereta puas-puas sebelum masuk ke Movie World supaya lebih bertenaga. Pintu masuk Movie World di buka dari pukul 10 pagi sampai 6 petang. Disebabkan kami tak beli tike online, terpaksalah beratur panjang untuk beli tiket dekat kaunter. Tapi kami tak beli yang VIP, kami beli pass masuk untuk 1 hari je. Actually rugi la sebab kalau beli yang VIP tu dapat masuk banyak kali selama 9 bulan. Bila fikir balik, mungkin dalam tempoh 9 bulan tu kami tak akan datang ke sini lagi. Kira okay la, tak la menyesal sangat.

Bagi sesiapa yang membeli tiket VIP, nanti dekat kaunter mereka akan meminta sekeping gambar passport korang untuk buat kad masuk Movie World. Dengan kad itu korang dapat masuk Movie World bila-bila masa dan seberapa banyak yang korang nak selagi kad itu masih valid. Hebatkan Australia nih. Tak rugi pun bayar mahal sikit untuk mendapatkan faedah yang berpanjangan. So, bertuah la mereka yang tinggal di sekitar Gold Coast. Pada mulanya memang kami nak belik tiket online tapi bila sampai dekat Sydney, kawan kami suggest untuk pinjam kad mereka dan masuk secara illegal la sebab sebelum ni ada student Malaysia yang lepas. Nasib tidak menyebelahi kami kerana seorang kawan kami yang cuba berbuat demikian terkantoi dan kad yang dia pinjam itu telah dirampas oleh pihak yang menjaga pintu masuk. Jadi kami pun beli tiket dekat situ je dengan harga AUD80. Sebagai pengajaran, jangan sesekali cuba buat jahat ye. Ingat pepatah Melayu yang berbunyi," bebuat baik biarlah berpada-pada, berbuat jahat jangan sekali"!




Superman Escape




Lepas je beli tiket kami terus je masuk Movie World.  Dekat area sebelah kiri pintu masuk kelihatan sebuah ride yang dikenali sebagai Green Lantern Coaster dan dekat depan pintu masuk pula ada Batwing Spaceshot dan Superman Escape. Perghhhh sekali tengok cuak juga nak naik benda alah tu sebab sangat tinggi dan laju. Dah la saya ni jenis gayat dan takut tinggi. Mahu jugak jatuh jantung nih. Tapi alang-alang dah bayar mahal takkan latak nak try. Masa ni la nak cuba sesuatu yang baru kan. Banyak sangat benda yang ada kat situ buat kami confuse nak naikyang mana satu. Selepas berfikir masak-masak, akhirnya saya menolak  Green Lantern Coaster sebab hati saya tak yakin. Sumpah saya memang takut nak naik benda tu sebab saya risau kalau tetiba pengsang. Hermm.. Masa tu Aidil dan Fuad je yang naik. Saiful dua kali lima je dengan aku, penakut!! 

Batwing Spaceshot

Sementara mereka menaiki Green Lantern Coaster, saya merayau-rayau sekejap sambil menangkap gambar. Orang-orang di sana semua dah macam tak betul, jalan sikit tangkap gambar. Sama la dengan kami pun. Tak kisah orang nak kata apa, yang penting kami dah sampai Movie World. Masa nak masuk area Star Pavillion saya nampak satu bangunan seperti panggung wayang. Masa scane tiket tu kami sempat ambil jadual persembahan. So, kena plan la nak tengok show yang mana dulu. 

Sementara menunggu kawan kami siap naik Green Lantern Coaster, saya dan Saiful beratur dan menunggu turn kami untuk tengok  Ice Age Dawn Of The Dinasaurs. Pintu masuk dibuka 10 minit sebelum show bermula. Kelihatan begitu ramai yang sudah beratur dan apabila pintu dibuka kami cepat-cepat masuk. Tapi kat dalam tu ada lagi pintu masuk untuk ke showplace dan kami kena tunggu lagi dalam lima minit. Nasib baik kat dalam tu saya dapat seat yang tengah, so best la dapat tengok straight je ke skrin tu. Well, this is my first time tengok movie 4D dan rasa sedikit jakunlah bila kerusi kami bergerak-gerak. Kadang-kadang keluar buih dan air dari tepi kerusi especially bila binatang gajah and others jatuh tergolek-golek atas salji. Anyway Ice Age Dawn Of The Dinasaurs sangat best walaupun show cuma beberapa minit tetapi dalam masa yang singkat itulah ada adegan yang lucu, sedih, kasih-sayang dan yang penting happy ending. 

Inilah dia Star Pavillion


Ya Allah, actually kan saya terlupa, first-first kami masuk Movie World kami terus terjah show Hollywood Stunt Driver. Then lepas tu baru kami pergi terjah tempat lain. Maaf ye dah 5 bulan balik dari Aussie, ingatan pun dah makin terhakis. Hollywood Stunt Driver ni adalah show yang penuh dengan aksi seperti dalam filem Hollywood gitu. Ia memaparkan adegan kejar-mengejar antara polis dengan perompak, kereta melayang atas bumbung bangunan, kereta bergerak menggunakan dua bijik tayar dan badan kereta terbelah dua. Lastly, kereta polizia tu meletop atas bumbung bangunan. Fuhhh bila tengok tu memang la meremang bulu roma, sangat kagum dengan kebolehan mat saleh buat show yang begitu hebat dan mantap. Caaayalah.. Ni Aussie beb! Show ni cuma 25 minit sahaja. Bagi mereka yang datang ke Movie World jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan show Stunt Driver ni. Serius best!

Hollywood Stunt Driver


Gambar ni saya ambil dari blog "kaki berangan". Sorry ye blogger saya terpaksa sebab saya takda gambar kereta terbakar kerana seat kami haritu tak strategik untuk tangkap gambar. Banyak aksi yang menarik kami terlepas nak tangkap gambar.


Ice Age Dawn Of The Dinasaurs 4D Experience



Kemudian, lepas tengok Stunt Driver tu kami terus bergegas ke Star Pavillion kerana ada Batman-Shadow Of Gotam Show. Wahh ni part yang paling bestsebab dapat tengok the real batman depan mata sendiri. Batman is one of my favourite star masa kecik-kecik dulu. Orang ramai berpusu-pusu membanjiri kawasan Star Pavillion untuk melihat Batman beraksi. Maklumlah, bukan senang nak dapat peluang macam ni kan. Ni la first time tengok Batman yang lengkap dengan pakaiannya yang smart bersama keretanya yang sangat unik. Memula para penjahat dulu keluar kat depan, selang beberapa minit tetiba Batman pun muncul. Kami semua terus je bersorak bila tengok batman dan tak sabar nak melihat aksi Batman melawan penjahat. Pastu Batman terus melawan penjahat satu persatu sampailah menang. Tapi sadisnya kami tak sempat nak bergambar dengan pakcik Kelawar nih sebab orang ramai sangat.

Shadow of Gotham Show

Scooby-Doo and The Mystery Inc. Gang show

Lepas tengok Batman, kami pun singgah di kedai-kedai yang menjual souvenir yang berhampiran. Saya nampak satu kedai yang sangat menarik kerana ada signboard 'Harry Portter'. Apa lagi, kami terus la masuk dalam kedai Harry Portter. Kat dalam tu ada banyak sangat perkakas-perkakas yang digunakan dalam citer Harry Potter seperti cermin mata Harry Potter, penyapu terbang, kayu magik tu, jubah, anak patung, dan banyak lagi benda-benda pelik. Tapi harga setiap barangan tu mahal sangat. Paling murah saya jumpa ialah cermin mata yang berbentuk bulat Harry Potter yang berharga AUD10. Oleh kerana mahu berjimat,so saya tak shopping apa-apa pun dekat kedai tu sebab saya nak cari souvenir yang menunjukkan Movie World macam keychain.

Hari masih muda, jadi kami teruskan aktiviti dengan menaiki roller coaster Superman Escape. Seperti yang diketahui saya memang takut nak naik roller coaster tu sebab dah la tinggi dan yang paling mengerikan ialah kelajuaannya mencecah 100km/jam. Perghhh memang kecut perut dibuatnya tapi setelah termakan pujuk-rayu kawan, saya pun memberanikan diri untuk mencuba. Kami simpan barang-barang kami seperti beg, wallet, jam dan semua la barang yang kita expect boleh terpelanting di atas udara, di dalam sebuah laci dengan bayaran 1 Dollar sahaja. 

Lama juga nak tunggu giliran sebab ramai sangat orang dan akhirnya saat-saat yang mendebarkan menjelma jua. Inilah pertama kalinya saya naik roller coaster dan tak sangka Superman Escape ni Australia's most awesome roller coaster experience! Serius roller coaster ni sangat laju, rasa nak melayang je masa naik. Sebab gayat, saya pegang kuat-kuat tempat duduk dan penjam mata kemas-kemas, dan dalam beberapa saat je dah habis. Part yang paling scary adalah masa nak menjunam ke bawah. Masa tu rasa nak kena heart attack je, mana taknya benda tu gerak laju macam peluru berpandu dari starting point lagi. Tapi lepas naik tu rasa sangat happy sebab tak sangka saya berjaya mengatasi ketakutan.

Star Parade

Belum lagi pulih daripada trauma naik Superman Escape, kemudian kami naik Batwing Spaceshot. Ride yang satu ni lah yang paling sikit orang naik. Mungkin sebab tak berapa mencabar kot. Mula-mula saya pun cuak juga tapi bila dah naik rasa tak takut langsung Batwing Spaceshot ni. Yang dekat Genting lagi scarry kot sebab lagi laju dan banyak kali gerak. Siap saja naik menda tu, kami terus kembali ke Star Pavillion untuk menyaksikan persembahan oleh Scooby-Doo and The Mystery Inc. Gang Show. Secara jujurnya saya tak faham pun orang Australia cakap sebab laju sangat. Dalam show Scooby-Doo ni lagi la, buat-buat paham je. Bila orang gelak, saya je yang tak gelak. Haha!


Scooby_Doo Spoky Coaster

Ini mungkin ride yang terakhir la kami naik iaitu Scooby-Doo Spoky Coaster. Best la juga naik benda ni sebab tak takut sangat. Kat dalam tu gelap gelita dan Scooby-Doo Coaster gerak perlahan je tapi part yang undur ke belakang tu cuak sikit sebab tetiba je benda tu bergerak laju. Lepas main sini kami pun berkumpul di Star Pavilion balik kerana sebentar sahaja lagi akan diadakan Star Parade! Itulah acara terakhir yang tertulis dalam tentatif jadual persembahan Movie World. Masa tu dah nak hampir pukul 5 petang. Best la jugak tengok perarakan penutup tu since semua cartoon character keluar dan berarak kat tengah-tengah jalan. Menariknya geng-geng kartun yang pakai kostum comel tu buat parade sambil menari shuffle.


Dalam kedai Harry Potter


Kat sini air minuman boleh refill, as long as riben merah tu masih di pergelangan tangan.

Habis saja Star Parade, maka berakhirlah aktiviti kami di Movie World. Sebelum keluar dari sana, kami menunaikan kewajiban solat jamak takdim terlebih dahulu. Kami juga sempat menikmati nasi dan ayam bakar yang kami bawa dari Sydney untuk mengalas perut yang sangat kelaparan. Selepas itu, kami meninggalkan Movie World dan berpatah balik ke Surfers Paradise di Gold Coast City. 

Gold Coast dan Brisbane

On the way nak ke Surfers Paradise, saya dan yang lain terus tidur sebab penat sangat. Kesian Fuad yang memandu kereta, dia je tak tidor. Sampai dekat Surfers Paradise, kami dah tak boleh nak buka mata. Rasa malas sangat nak jalan-jalan. Ingat nak menikmati angin sepoi-sepoi bahasa di pantai Gold Coast dan nak shopping souvenir sikit tapi hampeh. Semua dah kepenatan, last-last Fuad bagi idea untuk bermalam di rumah kawan dia di Brisbane. Kami setuju je la, macam biasa buat muka tak tahu malu. Pastu, kami terus la driving ke Brisbane yang jaraknya 78km. Dalam sejam lebih kot baru la sampai dekat bandar Brisbane. Terkejut pula bila tengok bandar Brisbane ni cantik sangat. Bandarnya dihiasi dengan lampu-lampu yang memukau mata yang memandangnya.

Bila tiba di rumah kawan Fuad di University Of Queensland, jam baru menunjukkan pukul 9 malam. Alhamdulillah kami disambut dengan baik oleh kawan-kawan Fuad, siap dapat dinner lauk sup ayam lagi. Keesokan harinya kami plan nak keluar awal sikit sebab takut tak sempat nak shopping puas-puas di Harbour Town dan nak jalan-jalan makan angin di Surfers Paradise. Tapi alih-alih kami keluar lewat sikit, iaitu dalam pukul 11 pagi. Pagi tu kami melawat University of Queensland (UQ). Suasana kat UQ haritu agak riuh-rendah sebab mereka sibuk mengadakan kempen sempena pilihan raya universiti yang bakal tiba. Menurut kawan Fuad, hampir seribu orang pelajar Malaysia yang belajar di UQ terutamanya dalam bidang engineering. Lama juga kami lepak sambil berbual-bual dekat padang UQ sampai tak sedar dah nak pukul 1 tengah hari. Sebelum meningalkan UQ kami sempai solat di surau university itu dan menjamu selera dengan memakan fish and chips dekat Food Court.


Harbour Town

Kami bertolak ke Harbour Town hampir pukul 2 petang. Actually kami dah memang lewat sangat ni, timing pun dah lari banyak. Tak sure la dapat ke tak nak lepak dekat Surfers Paradise sebab tepat pukul 6 petang kena pulangkan kereta yang kami sewa di Airport. Tiba di Harbour Town kami tidak membuang masa dan kami terus la menjelajah dari satu kedai ke satu kedai yang lain untuk shopping. Kat sana banyak sangat kedai dan butik seperti Levis, Adidas, Fossil dan lain-lain. Harga barangan pun agak murah la sebab mostly ada diskaun dalam 50-90 percent. Saya tak shopping sangat pun, sempat la beli kasut yang berharga AUD10, beli baju yang kalau beli dua dapat percuma satu. Tapi kami memang tidak puas shopping dan tak habis lagi nak meronda kedai-kedai yang ada di situ disebabkan faktor masa, maka dekat pukul 4 kami bertolak ke Gold Coast

Ini la dia Surfers Paradise yang pemes tu.

Apartment yang tinggi-tinggi banyak sangat di Gold Coast

Pantai Gold Coast


Sampai dekat Surfers Paradise dekat pukul 5 petang. Hari pun dah nak gelap, jadi kami tak sempat nak lepak kat tepi pantai. Sedihnya tak sempat pun nak sentuh air pantai Gold Coast. Masa yang sangat berharga itu kami gunakan untuk shopping souvenir je. Saya dapat la jugak beli baju Gold Coast yang berharga AUD10 untuk tuan punya badan dan beberapa fridge magnet. Lepas siap shopping, hari dah makin gelap dan kami pun terus bertolak ke Gold Coast Airport. Apa pun saya tetap sedih tak dapat shopping lama-lama dekat Harbour Town, dah la barangan kat situ murah-murah especially pakaian. Yang lebih menyedihkan adalah tak dapat nak lepak-lepak dekat Surfers Paradise. Geram la ni semua sebab lama sangat lepak dekat UQ.

Kereta Hyundai yang kami sewa. Amacam, okay tak?

Trip dua hari satu malam di Gold Coast dan Brisbane saya habis dalam AUD150 sahaja termasuk pengangkutan, tiket ke Movie World, makan dan shopping! Wahh amazingly, biasanya student Malaysia yang datang ke Gold Coast rata-rata cakap mereka habis at least AUD300-AUD600. Dalam trip ni kami memang cuba berjimat seboleh yang mungkin la sebab bawa doit pun cukup-cukup makan je dan doit yang selebihnya tinggal, saya allocate untuk shopping souvenir di Sydney. Flight kami untuk ke Sydney ialah pada pukul 8. Alhamdulillah dalam pukul 9 lebih kami pun tiba di Sydney. Post ini bukanlah post terakhir saya tentang Australia kerana kami masih ada 2 hari lagi di Sydney sebelum pulang ke tanah air. Nanti bila ada masa free saya akan update tentang Bondai Beach yang kami lawati dekat Sydney.


There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...