Friday, 8 March 2013

Bondi Beach


Alhamdulillah akhirnya sampai juga kita di penghujung destinasi di Australia. Sebelum saya menutup tirai trip yang memakan masa selama 2 MINGGU ini, izinkan saya membuat satu rumusan tentang perjalanan kami. Berbekalkan bajet sebanyak RM6000, kami telah berjaya menjelajah ke enam destinasi yang wajib dikunjungi di negara yang sangat besar dengan keluasan 6 juta kilometer persegi. Ramai yang tidak percaya bajet yang hanya sebanyak 6K mampu membawa kami round satu Australia. Mari kita meneroka apakah rahsia di sebalik trip ini?

Perancangan ke sana dirancang 5 bulan sebelum berlepas. Segala informasi tentang budget, tempat-tempat menarik dan penginapan kami dapati daripada kawan-kawan yang sedang belajar di sana. Kami bernasib baik sedikit kerana mendapat penginapan percuma di semua destinasi kecuali Melbourne kerana kami menumpang di rumah pelajar Malaysia yang merupakan kawan kepada salah seorang daripada kami. Jadi jimatlah perbelanjaan untuk penginapan. Pengangkutan awam menjadi keutamaan untuk bergerak ke bandar kerana lebih murah dan effective. Terkadang kami juga dibawa berjalan menaiki kereta oleh kawan kami.

Harga keseluruhan tiket flight ialah RM3000, yang mana separuh daripadanya ialah tiket LIMA domestic  flight untuk bergerak dari satu bandar ke bandar yang lain. Jadi, kami menghabiskan RM3000 lagi untuk public transport, makan-minum, tiket masuk ke tempat menarik, dan yang paling penting shopping. Untuk setiap destinasi saya bajet tidak lebih daripada AUD200 dan biasanya saya menggunakan kurang dari jumlah itu. Selebihnya saya akan simpan untuk shopping souvenir. Untuk menjimatkan perbelanjaan makan, kami breakfast dengan roti dan air dan sekali sahaja makan makanan berat seperti nasi. 


Setelah hampir dua minggu di sana, kami menghabiskan hari yang ke-13 dan ke-14 di Sydney. Pada hari yang ke-13 itu kami telah memperuntukan masa untuk bersantai di Bondi Beach. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk shopping souvenir di Paeddes, Sydney. Alhamdulillah masih tersisa lagi sebanyak AUD150 ditangan saya dan doit itu saya gunakan untuk shopping souvenir. Bila ditimbang, berat souvenir yang saya beli mampu mencecah 8Kg. Hehe banyak juga saya shopping untuk family sebab kakak saya adalah penggemar setia fridge magnet. Selepas siap membeli-belah di Paeddes kami terus menaiki bas ke Bondi Beach untuk mencuci mata. Disebabkan rasa kecewa tidak dapat meluangkan masa di pantai Gold Coast, hati ini terubat jua dengan Bondai Beach. Tak sangka Bondai lebih meriah berbanding Surfer Paradise.


Bondi Beach


Menghabiskan saat-saat terakhir di bumi kangaroo

Plan asal kami sebelum pulang ialah ingin ke Blue Mountain yang jaraknya sejauh 90km dari Sydney. Kata orang, once dah sampai Sydney wajib pergi ke Blue Mountain tapi kami tak jadi ke sana kerana faktor masa yang sangat mencemburui. Untuk ke sana memerlukan masa satu hari, bertolak dari pagi dan balik pada petangnya. Dan kemugkinan juga kami tidak sempat untuk shopping souvenir. Ditambah pula dengan kepenatan setelah hampir dua minggu berjalan tanpa henti, akhirnya kami terpaksa cancel trip ke Blue Mountain.

Sepatutnya kami pergi sekali lagi ke Opera House kerana ketidakpuasan hati terhadap gambar yang sebelum ini kurang cantik. Namun hampeh, semua bangun lewat dan bersiap lewat sampailah pukul 12 baru keluar. Itu pun pergi pasaraya untuk beli Correl buat ibu yang tersayang. Ada kawan saya borong Correl sampai ENAM kotak sebab mak dia buat catering. Saya beli satu kotak je sebab saya tak tahu yang Correl tu mahal gila kat Malaysia. Bila bawa balik, terkejut pula apabila kakak saya memberitahu yang harga Correl di Malaysia tiga kali ganda mahal. Hermm rasa menyesal je. Tak tau pula kakak-kakak saya juga penggemar nombor satu Correl.




Sebenarnya hati saya berasa sedih untuk meninggalkan negara yang serba indah ini tapi apakan daya, kami telah tiba di penghujung perjalanan. Lepak di Bondi Beach dapat la tenangkan fikiran dari keletihan yang melanda diri kami. Dua minggu berjalan kaki pun dah rasa nak tercabut. Apa pun saya sangat bersyukur kerana berjaya menggunakan bajet mengikut perancangan dan officially dengan dompet yang sudah kering -kontang saya telah berjaya menghabiskan RM6000 menjelajah ENAM buah bandar di Australia selama dua minggu. Kadang-kadang rasa bangga pula dapat habiskan trip ini tapi pada masa yang sama rasa sakit hati pun ada dengan doit yang keluar macam air. Tapi tak semua orang dapat datang Aussie. Yeahhh saya patut bersyukur walaupun banyak habis doit, at least saya telah sampai ke sini sekali seumur hidup. 

Akhirnya trip yang merangkumi Perth, Adelaide, Melbourne, Sydney, Gold Coast dan Brisbane ini meninggalkan kenangan yang terpampar pada 6903 gambar dan 172 video yang berjaya kami tangkap. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kawan yang sudi menumpangkan kami di rumah mereka. Kepada Kitem, Iskandar, Asraf, Razi, Nasier, Fuad, Lin, Man, kawan Fuad di Brisbane dan semua nama yang tidak saya mention di sini, terima kasih banyak-banyak. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa kalian. Kami amat menghargai kebaikan kalian atas layanan yang sangat baik terhadap kami walaupun kalian semua sibuk dengan kuliah dan peperiksaan. Nice to meet you guys! kalau ada rezeki nanti saya akan datang lagi. Bye Australia, salam perpisahan bumi kangaroo.

--------------------------------THE END------------------------------


There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...