Monday, 2 September 2013

Hatyai

Assalamulaikum. Firstly nak minta maaf sangat sebab lama tak hupdate blog hampir 3 bulan. Actually xda idea nk hupdate apa dan saya dah kurangkan travell disebabkan faktor yang tak boleh dielakkan. Lagi 3 hari nak balik India. Rasa sekejap je cuti 3 bulan di Malaysia. Apa pun tahniah buat diri sendiri dan first batch usmkle kerana berjaya lulus dalam peperiksaan professional 2 dan dapat bergelar pelajar Tahun 4. Hehe

Dalam cuti ni saya tak banyak travel makan angin ke tempat menarik. Saya cuma banyak menghabiskan masa di rumah. Dapat tolong mak menoreh getah dan bergumbira dengan adik beradik. Sempat juga jumpa kawan lama di uitm, upm, umk, dan unisza. Alhamdulillah. Best sangat dapat jumpa mereka sebab dah lama terpisah. So, cuti kali ini lebih untuk mengeratkan silaturrahim sesama manusia. heh! Trip ke Hatyai ni saya pergi pada penghujung bulan Jun. Ni pun tumpang trip orang, geng-geng imigresen Rantau Panjang. Alang-alang kakak ajak , so saya ikot je la. Kami pergi dalam 11 orang. Dalam ramai-ramai saya sorang jer belum kawin. Biasa la trip ni trip orang tua-tua katakan. 


Hatyai Central Hotel

Kami menyewa sebuah van dari Thailand yang dipanggil "ROTTO". Van tu agak selesa la siap dilengkapi dengan tv lcd lagi. Sambil tu boleh la tengok citer Thai or dengar lagu Thai. Bayaran untuk tambang kereta dan hotel cuma seratus henggit sahaja! Sangat berbaloi kan sebab kami juga sewa driver dan harganya dah termasuk dalam seratus henggit tu. Dekat imigressen Sungau Golok tu first time saya cop passport dan pakcik imigresen tu sangat la baik. Boleh cakap bahasa kelantan lagi. Hampir 3 jam jugak nak sampai ke Hatyai ni. Kat sana kami menginap di Hatyai Central Hotel.

Not bad la bilik hotel ni berpatutan dengan harga. yang paling penting bersih!

After siap solat zohor dekat hotel kami terus pergi makan dekat restoran tepi pantai. Not sure apa nama restoran tu sebab tak faham tulisan siam. Btw ada beberapa orang dalam trip kami yang tahu berbahasa Thai. Mereka la yang banyak cakap dengan orang thai dan berurusan dengan mereka. Restotan tepi pantai ni agak jauh dengan bandar Hatyai dalam sejam jugak. Tapi berbaloi sebab makanan sana sangat sedap especially tom yam dan sotong telur. Makanan lain yang saya makan adalah udang bakar, ikan siakap goreng , kerabu mangga dan air oren. I felt in love with ikan siakap goreng sebab sangat lembut dan rangup. Rasanya perrghhh memang marvelous. Sampai sekarang masih teringat lagi makanan kat sana. Tapi yang tak bestnya saya habis sebanyak 500 Bath untuk lunch hari ini. 

Restoran tepi pantai yang airnya sangat keruh



Lepas makan kami terus ke bandar hatyai. Singgah sekejap di sebuah shopping mall saja nak tahu barang apa yang ada dekat mall thailand ni. Dalam pukul 5 petang kami terus bergerak ke floating market. Tak jauh pun dengan mall ni dalam setengah jam gitu.

Tuhan-tuhan orang siam

Durian kat sini agak mahal la. 

Kemudahan untuk solat di mall tersebut turut disediakan

The most interesting place in Hatyai is floating Market. Bagi saya tempat ni agak unik sebab ramai yang jual makanan atas perahu. Makanannya pula sedap dan murah. Menariknya bila beli air kelapa dan dapat dengan bekasnya sekali iaitu gelas yang diperbuat dari tanah liat. Sebab dah kenyang saya tak makan banyak di sini. My suggestion, kalo datang sini lagi confirm nak mai makan dekat floating market sebab boleh makan pelbagai makanan yang murah-murah. Tambah dengan suasana yang agak santai dan angin sepoi-sepoi bahasa menjadikan floating market sangat mengujakan.

Floating Market

Cara penjual berniaga agak unik



Beli air dapat bekas percuma!








Shopping baju dekat area sebelum floating market

Sebelum senja melabuhkan tirainya, kami sempat ke sebuah bukit untuk menyaksikan keindahan sunset sambil melihat bandar Hatyai dari sana. Saya lupa apa nama tempat ini. Kat sana juga ada cable car dan sebuah temple yang cantik.





Selepas maghrib kami pun turun dari bukit itu dan menuju ke pasar malah. Eh sana ada jugak ke pasar malam? Actually tempat tu macam uptown la sebab banyak sangat pakaian dijual. But im not interested with that place. Hanya shopping air je then terus blah. Paling teruk tak jumpa pun baju I LOVE HATYAI dekat pasar tersebut. Lepas tu kami terus balik ke hotel dan tidur. Untuk lelaki yang gatal dinasihatkan jangan buat perkara yang terkutuk malam-malam dekat hatyai ye sebab banyak sangat pelacuran di bandar ini. Better datang dengan family or kawan yang boleh dipercayai dan baik macam saya ni. Hehe

Bandar Hatyai

Next day aktiviti kami adalah shopping! Hoho i like shopping very much, just like my sister. haha Bajet giler nak shopping sakan doit pun berapa je bawak. Orang lain dekat 4 ribu bawak doit khas untuk shopping jer. Anyway saya membeli baju i love hatyai je sehelai 150 bath. then beli makanan kering. 




looks so fresh

Saya boikot McD dan akan terus boikot sampai kiamat. Sawadekaaap..!!

Ni dekat area Lee Gardens, boleh dapatykan souvenir di sini.

Dalam bangunan ni ada jual macam-macam seperti pakaian dan makanan

Sebelum pulang singgah tempat jual ikan kering
Masjid kerisik, Pattani sudah berusia 700 tahun.

Dalam pukul 3 kami terus bertolak pulang dari Hatyai. Kami kena balik awal sebab nak tengok perlawanan bola sepak final kelantan lawan johpr. Alhamdulillah kelantan tetap juara! Gomo Kelate Gomo. hehe. Sepatutnya kami nak pergi Songkhla Beach tapi masa tak mengizinkan. Takut tak sempat nak sampai Sungai Golok sebelum maghrib. Actually dekat selatan Thailand agak bahaya travel malam-malam sebab ada kes kena culik oleh kumpulan yang dikenali sebagai 'daddu". So kami terpaksa cancel pergi songkhla beach. Anyway trip kali ni best sebab makcik2 dan pakcik2 imigresen tu sangat sporting. walaupun mereka jauh lebih tua daripada aku.  sekian..


There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...